Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Drama ke 2 saya tonton tahun ni. Lebih 2 minggu ambil masa nak habiskan. Best tapi masa kurang nak tonton. Drama 16 episod ni saya tonton di Netflix.
Sinopsis5 orang manusia bergabung membanteras jenayah dan menghukum penjenayah dengan cara mereka yang tersendiri. Mereka membalas dendam bagi pihak mangsa dan berselindung di balik operasi syarikat Rainbow Taxi. Mereka adalah Mr Jang (mastermind), Mr. Kim (hero yang terror nak mati ala John Wick), Miss Go-Eun (a hacker yang terror nak mati boleh godam merata), Mr Choi (pakar kereta) dan Mr Park (mekanik kapal terbang). Setiap episod mereka berjumpa pelanggan berlainan. Ada yang menjadi mangsa video lucah, macau scam, buli di sekolah dan lain-lain lagi.
Bagi saya best cerita ni. Langsung tak de kisah cinta. Even ada few part cam tak logik tapi tak ganggu jalan cerita. Recommend.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)