Friday, February 11, 2022

Review Novel : Kenzi x Embun




Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Novel kedua saya baca bulan Januari. Lama dah beli novel ni. Beli masa penulisnya buka preorder lagi. Biasanya karya Anna Lee lain dari yang lain story linenya tapi kali ni kisahnya cliche. Awal-awal penulis dah mention di page permulaan novel. Tapi saya masih suka. Walaupun banyak typing error dalamnya. Masih je boleh paham kisahnya. Saya maafkan. 

Sinopsis

Embun Nashmia di ceraikan suaminya Jovi kerana orang ketiga / kawan kolejnya / setiausaha suaminya, Salina. Lebih buruk lagi mereka kerja 1 bangunan yang berlainan department. Nak resign? Tak semudah itu. Embun anak sulung, ada adiknya yang masih di kolej universiti, ayahnya pula di serang stroke selepas Embun diceraikan depan ibu ayahnya. Ibunya pula berhenti kerja untuk menjaga suaminya. Kenzi lak asyik diasak oleh pakciknya, Ross untuk berkahwin. Alasannya mereka perlukan pewaris untuk harta mereka. Bagi Kenzi, mencari isteri tak semudah beli barang. Hatinya masih pada Iva. Bosan didesak Ross, Kenzi setuju dengan syarat wanita yang dipilih takkan buat dia jatuh cinta. So, Ross pun pilih Embun. Baginya Embun tiada kriteria wanita idaman Kenzi. Bertudung, pakaian tak branded dan biasa-biasa, wajah tipikal perempuan melayu. Bermacam cara Ross buat. Hadiah branded dihantar ke rumah Embun tapi Embun bolayan. 

Dapat ke Ross takluki Embun untuk Kenzi selepas kisah rumahtangga dengan Ross? 

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...