Friday, May 6, 2022

Review drama : Juvenile Justice

Assalamualaikum dan salam sejahtera 
Drama 6/2022

JUVENILE JUSTICE (2022) - 
netflix 10 episode

Series ni berkisah ttg hakim2 mahkamah juvana yg menghakimi kes-kes berkaitan remaja bawah umur. Tiada kisah cinta atau anything yang tak logik. Kisah dunia sebenar kita. 

"Membesarkan seorang anak memerlukan satu kampung
Kita nak salah kan siapa kalau anak itu bermasalah? Sbb semua pihak pun salah. 

Benarlah kata-kata itu, anak yg dilahirkan ke dunia ibarat kain putih & tanpa dosa. tetapi ibu bapa, penjaga dan mereka yg disekitarnya lah yg membentuk keperibadian & masa depan anak-anak itu sehingga dewasa. 

Membentuk dan membesarkan anak ini adalah satu perjalanan dan bukan destinasi. Kita takkan dapat lihat hasil didikan anak-anak kita serta merta tetapi “produk” (anak) yg kita hasilkan itu akan nampak apabila mereka meningkat dewasa. Dan bila tika itu, tiada guna lagi kita nak betulkan atau lentur mereka lagi kerana kita dah terlambat… 

Ibu bapa wajib tengok cerita ni & ambil iktibar. Sebab pendidikan dan pembentukan anak semuanya bermula dari rumah & tanggungjawab ibu bapa.

semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...