Assalamualaikum dan salam sejahtera.
lama dah saya tonron drama ni. Ada banyak season. 6 season kot. Saya tengok yang fist je. Rasa cam banyak lak nak maraton then quite slow. Diorang tak de special ability pun. Mungkin ada di season seterusnya tapi rasa cam malas lak nak tengok semua.
Sinopsis - Kredit
Kisah bermula ketika kejadian di dalam filem The Avengers di mana Loki telah berjaya memperdayakan Thor malah Loki turut menikam Agen Phil Coulson dalam usahanya untuk melarikan diri dari pesawat S.H.I.E.L.D. Secara teknikal, Agen Phil Coulson mati di tangan Loki. Namun, sebenarnya lelaki tersebut telah diselamatkan oleh pasukan medik S.H.I.E.L.D. dan dihantar ke Tahiti sehingga sembuh sepenuhnya. Maklumat ini terpaksa dirahsiakan oleh Nick Fury (Samuel L. Jackson) dari pengetahuan Avengers untuk memudahkan kerjasama mereka sebagai satu pasukan.
Sejak dari peristiwa battle of New York itu, Agen Phil Coulson kembali menerajui sebuah pasukan kecil yang terdiri daripada agen berkemahiran tinggi untuk menyiasat apa sahaja kuasa luar biasa yang mengancam keselamatan dunia. Pasukan ini dikenali sebagai ‘Agents of S.H.I.E.L.D.’, disertai oleh Agen Melinda May (Ming-Na Wen), Agen Grant Ward (Brett Dalton), Agen Skye (Chloe Bennett), Agen Leopold “Leo” Fitz (Iain De Caestecker) dan Agen Jemma Simmons (Elizabeth Henstridge).
Kelima-lima agen ini mempunyai kemahiran berbeza. Melinda May merupakan seorang juruterbang dan pakar senjata yang dikenali dengan nama samaran ‘The Cavalry’, Grant Ward ialah pakar Black Operation atau Black Ops, Skye ialah penggodam komputer, Leo Fitz ialah seseorang yang pakar dalam bidang kejuruteraan khususnya teknologi senjata manakala Jemma Simmons adalah pakar dalam sains hayat (manusia dan makhluk asing).
No comments:
Post a Comment
Thanks :)