Showing posts with label Marvel. Show all posts
Showing posts with label Marvel. Show all posts

Thursday, January 5, 2023

Review Drama : Agent Marvel of S.H.I.E.L.D

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

lama dah saya tonron drama ni. Ada banyak season. 6 season kot. Saya tengok yang fist je. Rasa cam banyak lak nak maraton then quite slow. Diorang tak de special ability pun. Mungkin ada di season seterusnya tapi rasa cam malas lak nak tengok semua.

Sinopsis - Kredit

 

Kisah bermula ketika kejadian di dalam filem The Avengers di mana Loki telah berjaya memperdayakan Thor malah Loki turut menikam Agen Phil Coulson dalam usahanya untuk melarikan diri dari pesawat S.H.I.E.L.D. Secara teknikal, Agen Phil Coulson mati di tangan Loki. Namun, sebenarnya lelaki tersebut telah diselamatkan oleh pasukan medik S.H.I.E.L.D. dan dihantar ke Tahiti sehingga sembuh sepenuhnya. Maklumat ini terpaksa dirahsiakan oleh Nick Fury (Samuel L. Jackson) dari pengetahuan Avengers untuk memudahkan kerjasama mereka sebagai satu pasukan.

Sejak dari peristiwa battle of New York itu, Agen Phil Coulson kembali menerajui sebuah pasukan kecil yang terdiri daripada agen berkemahiran tinggi untuk menyiasat apa sahaja kuasa luar biasa yang mengancam keselamatan dunia. Pasukan ini dikenali sebagai ‘Agents of S.H.I.E.L.D.’, disertai oleh Agen Melinda May (Ming-Na Wen), Agen Grant Ward (Brett Dalton), Agen Skye (Chloe Bennett), Agen Leopold “Leo” Fitz (Iain De Caestecker) dan Agen Jemma Simmons (Elizabeth Henstridge).

Kelima-lima agen ini mempunyai kemahiran berbeza. Melinda May merupakan seorang juruterbang dan pakar senjata yang dikenali dengan nama samaran ‘The Cavalry’, Grant Ward ialah pakar Black Operation atau Black Ops, Skye ialah penggodam komputer, Leo Fitz ialah seseorang yang pakar dalam bidang kejuruteraan khususnya teknologi senjata manakala Jemma Simmons adalah pakar dalam sains hayat (manusia dan makhluk asing).

Monday, December 26, 2022

Review Drama : She Hulk

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama dah habis tonton drama ni tapi terlepas pandang nak buat review. 

Sinopsis

Sepupu Bruce Banner iaitu Jennifer Walters yang mempunyai kerjaya sebagai seorang peguam berjaya. Beliau menjadi She-Hulk apabila kemalangan bersama Bruce dan darah Bruce mengalir ke darahnya. Dia menjadi peguam untuk mengendalikan kes-kes berkaitan dengan manusia luar biasa.

Setiap episod ada kisah berlainan tapi masih berkaitan di antaranya. 

Monday, October 17, 2022

Percy Johnson Sea of Monster


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lepas tonton filem Percy Johnson yang 1st terus niak suggestion filem ni. Rupanya ada lagi siri. Terus layan.

Sinopsis

Di Half Blood camp semua penghuni dilindungi dari anasir jahar dari sebatang pokok di panggil Thalia Tree. Tapi pelindung dah dirosakkan. Percy dan 3 lagi rakannya termasuk adik tirinya nekad mencari penawar untuk Thalia tree iaitu bulu kambing emas di segitiga bermuda. Berjaya kah mereka kerana semua yang meredah lautan itu tidak pulang semula.

Ni pun best. Kalau tak tengok yang nombor 1 pun paham je filem ni. Tapi kalau tengok lagi best.

Monday, October 10, 2022

Review Filem : Thor : Love and Thunder


Lama tunggu nk tengok movie ni. Plan asal nak tengok kat wayang. Tapi tak lepas masuk Malaysia, so bersabar la tunggu tayangna Disney+. Nampak je kat Disney+ terus tonton tapi kecewa. Tak de la best mana pun. Story line pun rapuh je. 

Sinopsis

Kisah percintaan Thor dulu-dulu then latest dengan Jane. In Love sangat la dengan Jane sampai lepas break up bawa diri. Jane lak lepas break up kena cancer stage 4. On kemo pastu dia dengar ke rasa Mjolnir panggil. Dia pegi pa kat New Asgard. Sebab pernha cinta dengan Thor, Mjolnir kenal dia dan Jane berjaya satukan serpihan Mjolnir. Dengan Mjolnir Jane dapat diri yang baru. Lebih kuar dan superpower. Tapi tanpa Mjolnir, dia masih Jane penghidap cancer. Thor dan Jane punya mission hapurkan Gorr. Gorr ni ada pedang yang leh bunuh dewa. Last Jane mati.

Tak berbaloi tengok wayang kalau wujud di wayang Malaysia 

Thursday, September 22, 2022

Review Drama : inHuman


Assalamualaikum dan salm sejahtera.
Drama 8 episod di Disney+. Cerita superpower dari Marvel.

Sinopsis 

Mereka manusia yg ada kebolehan, tinggal di bulan. Ada kerajaan sendiri. Setiap rakyat akan lalui Tregenesis untuk tentukan kebolehan. Klaau kurang kebolehan atau tak de kebolehan kena jadi buruh. Maximus, adik kepada raja, Black Bolt tak puas hati dengan pemerintahan sebab dia tak de kuasa fizikal. Dia manipulasi fikiran rakyat untuk menentang abangnya. Raja, pemaisuri dan fee family larikan diri ke bumi sementara nak berunding semula dengan Max. Malangnya tempat mereka di hantar tak sama. Ada kena tangkap dengan polis, ada dalam kawah, ada dalam hutan. Mereka ken cari each other untuk selamatkan rakyat dan diri mereka sendiri.

Thursday, September 15, 2022

Review Series / Drama : Moon Knight


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Series di Disney+ Hotstar. 6 episod. Saya tengok sebab ni dalam list MCU phase 4. Tapi series ni bukan genre saya. Agak berat jalan ceritanya.

Sinopsis

Marc Spector dalam siri TV ini adalah seorang askar upahan yang mempunyai penyakit kecelaruan identiti. Identiti lain beliau yang aktif adalah Steven Grant seorang pekerja kedai hadiah muzium dengan perwatakan yang lucu. Beliau digelar sebagai Moon Knight kerana telah melakukan perjanjian bersama dewa bulan Mesir, Khonshu. Lama kelamaan memori Marc mula mengganggu memori Steven dan secara tidak langsung musuh mereka mula menjadikan hidup beliau kacau bilau.

Monday, September 5, 2022

Review Drama : Ms Marvel


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

6 Episod di Disney+

Sinopsis 

Kamala Khan minat sangat dengan Captain Marvel, suka berangan, Islam, famili yang sangat protective. Dia kawan baik dengan Bruno.
Masa parti AvengerCon dia curi-curi pergi dengan kostum ala² Captain Marvel. Masa dia sarung gelang yang neneknya beri tetiba Kamala dapat kuasa. Bruno bantu Kamala figure out tentang superpower dan handle stabilize powernya.

Post end credit best :)

Saturday, August 27, 2022

Review Series : Hawkeye


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Betul-betul marathon filem dan series cuti ni. Tak sampai 24 jam saya habiskan 2 filem dn 6 episod series ni. Saya memang minat Marvel series selain Harry Potter


Sinopsis 

Clint selamatkan Kate bishop yang tanpa sengaja menggunakan pakaian Ronin dimana musuh masih mencari Ronin untuk membalas dendam kerana akitiviti yang dilakukan nya sewaktu Blip.
Tanpa sengaja mereka berdua terlibat dalam selesaikan masalah yang saling berkait.

Nasib dah tengok BlackWidow semalam. Kalau tak, blur pasal Yelena.
Best walaupun Clint tak de superpower.

Wednesday, August 24, 2022

Review Filem : Black Widow

Hujung minggu yang panjang masa raya haji lepas. Anak-anak tak sihat, melepak di rumah je.

Sinopsis

Filem ni nak cerita asal usul Natasha Romanoff. Natasha, adiknya Yelena, bapaknya dan Melissa, mak dia hidup seakan keluarga untuk misi undercover di Ohio. Even bukan family betul Yelena sayangkan Natasya. Mereka dipisahkan dan join Black Widow. Pasukan yang ditubuhkan untuk rekrut kanak-kanak perempuan menjadi seperti yang mereka kehendaki. Jika gagal akan dibunuh. Natasha dan Yelena nekad nak bunuh pengasas Red Room kerana nak hentikan penyeksaan kepada wanita dan kanak-kanak. Semasa misi ni, mereka mencari Melissa dan 'ayah' bagi mengesan kedudukan. 

Slow sikit kisahnya tapi kena tengok la sebelum tengok Hawkeye. Kalau tak pelik lak tetiba muncul Yelena nak bunuh Hawkeye.

Monday, August 22, 2022

Review Filem : Doctor Strange in the Multiverse of Madness

Hujung minggu yang panjang dihabiskan dengan menonton movie. Anak-anak tak sihat, melepak di rumah ja la.

Sinopsis

Strange bermimpi dia berlawan dengan villain bersama seorang budak perempuan. Dia mati semasa ingin mengambil kuasa budak itu. Bila tersedar dari mimpi dan budak tu wujud. Budak bernama America Chavez, ada keupayaan merentasi alam. Strange membantu America dari diburu Wanda kerana Wanda nak pergi alam lain untuk bersama dengan anak-anak. 

CGI cun movie ni. Kena tengok series Wanda Vision dulu baru paham kenapa Wanda hebat sekarang. 

Sunday, August 7, 2022

Review Drama / Series : Loki

 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selepas selsai menonton Falcon, saya teruskan dengan Series Loki. Loki lebih menarik berbanding Falcon.

Sinopsis

Loki ditangkap oleh TVA (Time Variance Authority) apabila dia membuat garis masa baru setelah melarikan diri dari Pertempuran di New York bersama dengan Tesseract pada tahun 2012. TVA perlu menetapkan semula garis masa dan "varian" Loki ini dibawa kehadapan Hakim Ravonna Renslayer atas jenayahnya pada "Sacred Timeline". Namun Loki menyalahkan Avengers. Loki cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya. Loki bersetuju untuk membantu Mobius mencari Variant Loki yang diburu olem TVA.

Monday, June 13, 2022

Review Drama / series : Falcon and The Winter Soldier

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Masih meneruskan marathon Series Disney HotStar sebelum menonton filem Dr Strange. pendapat saya series ni agak slow dan straighforward. 

Sinopsis

Captain America telah menyerahkan perisainya kepada Falcon. Tetapi Falcon merasakan dia tidak layak menggunakan perisai tersebut lalu menyerahkan kepada kerajaan amerika. Kerajaan America pula merasakan america memerlukan CA yang baru lalu melantik  captain america baru. Falcon kembali semula ke kampung halamannya. Dalam masa yang sama, Falcon kena berhadapan dengan Flag-Smasher. Falcon dibantu Winter Soldier. Tetapi campur tangan CA baru menyukarkan mereka.


Banyak yang saya tak paham masa menonton series ni. Kena la google nak tahu ni sapa dan sapa. Mungkin sebab tu saya rasa bosan menonton. watak mereka tak familiar dengan saya.



Saturday, June 11, 2022

Review Drama : What If



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Series di Disney. Saya tonton series ni sebelum nak tengok movie Dr Strange.

Episod 1
Kisah tentang Captain America tapi versi Perempuan yang namanya Captain carter.

Episod 2
Kisah tentang Black Panther tapi cam gabung dengan Guardian of The Galaxy

Episod 3
Kisah tentang Avengers. Iron Man, Black Widow, Hawkeye, Hulk mati dalam episod ni.

Episod 4
Kisah tentang Dr Strange

Episod 5
Kisah Avengers dan Zombie.

Episod 6
Kisah tentang Iron Man, pastu ada selit kisah black Panther dan kerajaan Wakanda. Balck Panther dibunuh oleh cousin dia sendiri, Killmonger

Episod 7
Kisah Thor datang bumi dan jadikan bumi tunggang langgang.

Episod 8
Ultron yang dicipta oleh Iron Man berevolusi dan bunuh semua orang. Dah hbais manusia kat bumi dia bunuh, dia p cari planet lain lak sampai dia jumpa Watcher. Watcher pun dia nak bunuh. Tu yang Watcher terpaksa minta bantuan Dr Strange.

Episod 9
Last episod. Watcher minta bantuan Dr strange then diorang tubuhkan kumpulan untuk lawan Ultron. Kumpulan ni terdiri dari Capten Carter dari Episod 1. Black Panther dari episod 2. Thor dari episod . Killmonger sepupu Black Panther dari episod 6. Gamora dari episod mana ntah. Black Widow dari episod 8.

Dengan menonton series ni peminat Marvel ada perspektif lain kalau kisah sebenarnya bukan macam yang kita tonton selama ini. Not bad walaupun versi kartun.

Thursday, January 27, 2022

Review filem : Eternals

 


Tak perasan pun filem ni dah keluar. Biasanya saya ni follow la jugak filem Marvels. Tak de la die hard fan. Rasanya semua filem Marvel saya follow. Tapi sejak Disney Hotstar dah tak ikut. Cam laju sangat. Loki dan Black Widow pastu tajuk apa ntah yang not familiar. Eternals ni pun ternampak di group Telegram. Hujung minggu tengah lipat baju, boleh la layan. Tengok preview je dulu. Watak semua tak familiar. So baca ulasan, sinopsis di Facebook. Dah nampak rentak baru layan movie. Baru la faham kisahnya. 


Sinopsis

Mengisahkan tentang sekumpulan pahlawan dari luar angkasa yang telah melindungi Bumi untuk menentang Deviants sejak awal peradaban manusia. Selepas Deviants lenyap, mereka berpisah dan meneruskan hidup masing-masing. Selepas 7000 tahun, Devians muncul dan Eternals harus bersatu kembali untuk menyelamatkan manusia dan bumi.


Filem ni 2 jam. Kalau nak tonton di panggung dengan anak-anak dan husband tak kot. Mereka pasti bosan. Kat rumah ni pun banyak pause. Sidai baju la, angkat baju, lipat baju, solat, makan, layan anak dan banyak lagi aktiviti yang kena buat. Even banyak kali pause, paham je jalan cerita.


Untuk pengenalan, movie drag kenalkan watak-watak. Tapi biasa la. Kalau tak, tak paham. Cuma part gay tak perlu la masukkan. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...