Friday, May 19, 2023

Staycation 2/2023 : The Grand Moment Hotel | Sunway Lagoon

 Assalamualaikum dan slaam Sejahtera,

Mac adalah bulan Birthday Anas dan Auni. Birthday Auni dah masuk Ramadhan. Plan nak bercuti masa birthday Anas. Sekaligus dua-dua punya sambutan. Nanti dengan family sambut kemudian dengan makan-makan. Bincang dengan husband destinasi kami. Sementara masih belum expired kad Sunway Lagoon, husband pun setuju spend time di sana saja dengan mereka. Lagipun belum  habis pusing lagi kesemua tempat di SL tu. Plannya nak stay semalam je area Bandar Sunway. Kami pilih hotel yang pernah stay sebelum ni. Bilik je downgrade dari Studio ke Family room. Plan awalnya dari Penang - check in - masuk SL - Stay sampai Night Park. Esoknya lepas breakfast - check out - Sunway Lagoon - check in hotel lain.


Trip.com RM 183.30
Family Room
1 night include breakfast for 3
Minyak : Rm50
Tol


1/3/2023 - Rabu
Bertolak dari Penang jam 7.30 pagi. Hujan renyai sepanjang perjalanan. Stop lunch di Rumah Makan Nasi Kampung. Banyak menu, rambang mata jadinya. Semua makan nasi. Auni lauk siput sedut, Anas lauk ayam goreng, saya ambil daging salai masak lemak, sayur buncis dan husband ambil daging bakar dan sambal sotong. Air teh o ais, air suam dan ais kosong. Bayaran RM31.

Lepas makan drive ke hotel. Sampai depan hotel 2.15 petang. Check in 3 petang. Kalau nak masuk sebelum 3 kena bayar RM10. Bayar deposit RM50. Husband ajak cari Pizza dulu untuk makan dalam bilik. Domino dalam kawasan sini jugak, husband masuk beli, tunggu siap pesanan, masuk kereta balik dah 2.45 petang. Ambil barang, masuk lobi 2.53, terus dapat kunci masuk bilik. 



Kecik sikit bilik compare dengan hari tu. Haritu Studio room, kali ni family room.
Toilet, shower agak besar compare dengan bajet hotel lain. Tak sampai 24 jam pun nak stay, so saya ok je. Remote control tv tak function. Call reception, staf akan datang tukar bateri. Elok husband masuk bilik lepas parking, staf pun sampai tukar bateri. Malangnya tv ada 2 channel ja. Petang nya kami Rest, solat.

Hujan sepanjang hari. Plan nak masuk SL Night Park tapi hujan. Rasa cam aktiviti tak de kot bila hujan Saya ajak husband masuk Sunway Pyramid lepas solat Maghrib. Elok sampai kat kereta, tak hujan dah. Terus kami jalan ke SL. Masuk pun dah 9 malam. Tinggal 2 show je yang tinggal. Sementara tunggu show bermula, kami bergambar dan jalan-jalan. 

Saya ajak Auni naik ride yang belum pernah naik. Menyesal lepas naik. Hahaha. Pening, dan laju. Rasa nak tercampak dari ride tu. Tapi Auni suka lak. Siap ajak repeat. Setiap ride naik tak yah beratur. Orang tak ramai pun. Show menari cowboy. Dah tengok hari tu. Lepas show diorang panggil kids naik stage. Anas Auni naik sekali.

Semua main game musical chair tapi tak guna chair. Guna hola hoop. Auni tersingkir awal. Anas top 3. Top 3 dapat hadiah. Pensil dan pemadam Spongebob. Last show 10.30 malam. Saya duduk je kat tempat disediakan. Hujan. Anas auni je kenap pergi sana sini. Sampai 10.50 malam tak de shownya. Mungkin hujan lebat tak leh teruskan show. 

Nak balik cari jalan keluar tak jumpa. Sebab masuk ikut Sunway Pyramid. Dah 11 malam, tutup dah mall. Kena la pusing kot jauh. Tu pun risau takut tak jumpa hotel. Alhamdulillah, kami di jalan yang benar. Sampai area hotel, masuk restoran makan dulu. Order megi goreng dengan mi goreng je. Masuk bilik mandi dan tidur.


2/3/2023 - Khamis

Lepas solat Subuh, husband turun ambil breakfast. Kami makan dalam hotel tapi tak sedap. Husband minta 2 nasi goreng 1 bihun goreng. Yang dibaginya sebaliknya. Lepas check out husband simpan barang dalam kereta, saya temankan Anas Auni breakfast. Order roti telur dan teh o panas je. Siap semua baru jalan masuk ke SL. 

12 tengah hari gak baru masuk dalam. Anas nak pergi area bird dulu. Jalan dalam tu tengok semua haiwan yang ada. Lepas tu ke Nickelodeon Lost Lagoon. Diorang mandi situ. Ramai orang kat sini. 

Kejap je kat sini. Anas Auni tak nak lama-lama. Kami pergi area beach. Diorang nak main pasir. Saya dn husband beli makanan. 2 burger king dan nasi goreng kampung. Smbil mandi sambil makan. Pastu Anas nak tengok bird show 3 petang.

Habis bird show kami terus ke area mandi kanak-kanak depan vuvuzela. Mandi la sampai 4.30 petang. Saya dan suami gilir tukar baju. Pastu keluar Sunway lagoon dan terus ke next destination.


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...