Monday, May 22, 2023

Staycation 3/2023 - Dash Box Cyberjaya

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selepas Check out Grand Moment, Sambung excitement di Sunway Lagoon, kami check in di dash Box, Cyberjaya. Saya dah pernah book hotel ni tahun 2020 tapi terpaksa cancel sebab PKP dan larangan rentas negeri. Kali ni sebab tujuan utama nak ke Sunway Lagoon, saja selit sekali check in hotel lain untuk relaks. Saja ambil 2 malam sebab hari check in tu dari Sunway Lagoon. Rasanya tak banyak aktiviti boleh buat hari pertama tu. Nak pusing hotel pun tak sempat rasanya. Mesti masing-masing letih. Saya buat juga simple intineary untuk trip ini sebab husband ada cakap dia nak singgah few place.


Traveloka RM457
Bilik : Studio King Pool View
Duration : 2 nights 


2/3/2023 - Khamis

Keluar dari Sunway Lagoon jam 4.30pm petang. Berjalan dari SL ke kereta, simpan barang, baru gerak ke Hotel. Lebih kurang 6 petang baru sampai hotel. Terus ke lobi. Kejap je check in. Bagi IC dan deposit RM100. Terus dapat kunci masuk bilik. Parking percuma. Boleh park luar bilik kalau ada kosong. 



Bilik kecil je. Tiada almari, cuma rak untuk letak barang dan sangkut baju. Hanger disediakan. Toilet besar. Separate shower toilet dan sink. Cermin dalam bilik air besar. Ada hot water. Basic toileteries. Shower gel, shampoo, conditioner dan moisturiser. Toothbrush, soap dan sanitary kit.



Katil king dengan cermin besar di bahagian kiri katil. 4 batal. Bahagian Kanan sliding door direct access ke pool. Kiri kana ln katil ada table dan juga boleh jadi kerusi. Televisyen attach di corner dinding. Working table dan kerusi ada di depan katil. Set kettle dan coffee pun ada. Mineral water ada 2. Mug 2 dan disposable spoon. Plug ada 3.


Mini fridge ada di bawah working table. Safety deposit pun ada tapi nampak tak safety. Solat dulu then Anas Auni terjun kolam. Saya dan suami gilir jaga. Ada slide 2. 1 tu agak dalam, 1.2 meter. Yang satu lagi untuk kanak-kanak, 0.2 meter. Diorang mandi sampai 8.30 malam. 




Masuk bilik, mandi, solat dan keluar makan. Tak tau nak makan mana. Google maps je suggestion sampai la ke Putrajaya. Kami makan di Medina Tomyam. Husband order Nasi goreng Pattaya Special. Saya order Mi Chambo Special. Agak lambat minuman dan makanan sampai. Orang pun ramai. Foodpanda pun sama. Lepas makan pergi Mcd. Cari siap-siap makanan Anas Auni malam ni. 



3/3/2023 - Jumaat

Saya plan nak rehat dalam bilik je rini. Layan anak mandi kolam. Tapi husband ajak keluar. Kami plan lunch then pergi Mitsuit Outlet Park (MOP). Lunch di Zam Ikan Bakar. Husband jumpa di TikTok. Kami ambil siakap bakar, sotong goreng, cendawan goreng. Harga menu termasuk air rm49.10. Parking di sini RM2


Mujur kami sampai awal. Tengah makan hujan lebat dan pekerja pejabat sekitar makin ramai. Hujan reda terus gerak ke MOP. Selepas parking terus masuk jalan-jalan dalam MOP. Besar, parking pun banyak. Tak ramai pun orang masa kami sampai. Semua kedai kami masuk. Dari Zohor ke Asar di situ.


Saya beli perfume di butik Bath & Body Work. Beli yang harga murah je. Ada juga beli baju untuk Auni. 

Ada juga kami masuk restoran untuk makan. Anas nak makan piza. Kami masuk Gao! Gao! Italian Restaurant. Order coppucino, pasta, nugger dan fries. Pizza yang Anas nak tak available. Jumlah bayarn di kedai makan ni RM48.05



Lepas makan kami gerak balik hotel. Bayaran parking RM7. Cas je TnG kad. Balik bilik Anas Auni mandi kolam. Malam dah malas nak keluar. Husband sorang je keluar beli.


4/3/2023 - Sabtu

Lepas solat Subuh, kemas beg dan barang-barang. Kereta parking depan bilik je. Mudah nak kemas barang. Anas Auni bangun nak mandi kolam dulu. 11.30 pagi kami ke kaunter untuk check out. Deposit diberi selepas pulangkan kunci bilik. 


Selepas selesai semua urusan, kami bergambar sekitar hotel. Ada la beberapa port OOTD. Lepas bergambar kami tak de hala tuju. Tapi husband dah janji dengan anak-anak nak ke Tambun.

Saya ajak husband ke Genting Premium Outlet. Jalan sesak. Sampai je di GPO, kami solat Zohor. Then husband tengok maps. Dia ajak ke Tambun terus. Next time baru jalan-jalan GPO.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...