Friday, September 15, 2023

Staycation 5/2023 Pesta Buku

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hotel : rm209.25
Tol : rm35.51
Minyak rm50
Parking : RM15

1/6/2023 - Khamis

Kali ke 2 saya ke Pesta Buku. Pujuk husband nak pergi, pilih date, check kalendar, apply cuti. Drama sana sini, berjaya jugak sampai.
Bergerak dari rumah jam 5 pagi. Stop solat di Semanggol dan breakfast di Tapah.  Sampai PWTC 11 pagi lebih kurang. Sebab tak familiar tempat ni masa nak cari parking, pusing dah jadi makin jauh dari dewan. Sambil pusing semula saya google cari parking. Then decide nak try cari dalam PWTC tingkat atas. Full. Turun semula dan husband masuk ke Sunway Putra Mall. Parking dalam tu. Tingkat 8 baru available. Dari Sunway Putra Mall ada jejantas di tingkat 1 yang boleh cross ke PWTC. 

Turun jejantas ada stall jual makanan dan minuman. Husband stop beli keropok lekor. Ada 2 pintu di sini. Saya masuk je pintu yang nampak booth Prolog Media. Terus ambil kombo 6 dan bayar. Nak jumpa Anna Lee tapi tak de. Saya pass jeruk je kat staf di situ. Pusing dalam tu. Jumpa booth yang ada buku saya nak beli terus beli. Semurah RM5. Pastu Auni nak buku cerita. Harga RM2. 

Kemudian masuk dewan Mawar sebab nak cari booth Poreng Kertas. Husband dengan Auni dah tak nak jalan. Diorang tunggu kat tepi pintu masuk. Saya dan Anas je jalan-jalan tengok booth dan cari semua senarai buku saya. Ada booth yang buat game. Booth Edukids rasanya. Saya dan Anas join. Cari kata. Sapa menang dapat free 1 buku dan yang kalah dapat baucar. Saya menang dan Anas pilih buku yang dia nak. 

Then jalan cari booth Poreng Kertas. Semua penulis Poreng favourite saya. Jumpa 2 penulis je. Sempat bergambar dan kirim goodies. Lepas tu saya sambung round. Stop booth, beli novel yang saya belum ada. Ada booth yang minta register dan bagi gift. Singgah jugak booth Popular beli buku terbaru Acik Lana. Lepas 4 jam dalam ni kami keluar. Parking RM15, cas by hour. 

Terus ke hotel. Check in Grand Moment Hotel. Hotel yng biasa kami stay depan Sunway Pyramid. Last minute booking, masa cuti sekolah ada 1 malam je. Esok pagi kena check out dah. Ambil Family room. Harga Rm209.05 termasuk breakfast untuk 3 orang. 

2/6/2023 - Jumaat

Solat Subuh, kemas barang, kejut anak-anak dan ready nak check out. Husband simpan barang dalam kereta, saya bawa anak-anak ke restoran untuk breakfast. Ada 4 pilihan menu sahaja untuk breakfast di sini. Kami ambil nasi goreng dan bihun goreng, teh panas dan sirap. Bilangan silap hantar. Saya pun malas bising, makan je mana yang sampai sempat lama sangat tunggu. 

Lepas selesai breakfast terus jalan kaki ke Sunway Lagoon. First ikut Anas, dia nak masuk Sharknado Alive. Macam rumah hantu tapi versi oversea then ada Shark juga. Yang seramnya sebab staf pakai kostum dan buat kita terkejut bila tiba-tiba muncul. 

Lepastu pergi Widlife Park, tengok haiwan-haiwan kat situ. Anas tak pernah bosan dengan haiwan kat situ.

Habis pusing Wildlife Park kami ke Nickelodeon Park. Biar Anas Auni mandi situ. Husband order makanan. Kejap diorang pergi makan, kejap mandi. Ulang alik la sampai jemu.


Kemudian kami naik Hippo Valley.  Mencuba nasib, ikutkan selalu Auni tak lepas ketinggian. Kali ni lepas. Lam lanjugak tunggu turn. Lepas naik Hippo Valley kami pergi lepak di water park. Biar Anas Auni mandi sambil saya dan suami gilir tukar baju. Saya survey Hotel untuk malam nanti. 

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...