Showing posts with label selangor. Show all posts
Showing posts with label selangor. Show all posts

Wednesday, June 19, 2024

Staycation 4/2024 - KL / Selangor

Assalamualaikum dna Salam sejahtera.
Check in Hotel kali ke 4 tahun ni. Lama dah plan trip ni sebab nak ke Pesta Buku. Ikutkan tak suka bercuti masa cuti sekolah kerana jalan sesak, hotel mahal dan banyak masalah lain tapi sebab pesta buku memang berlangsung masa cuti sekolah, maka pergi la jugak. Hotel booking dalam masa 10 hari sebelum check in. Malas nak fikir banyak dan survey merata, booking hotel selalu stay je. Bilik pun ambil yang selalu. 4 hari 3 malam. Kebetulan saya masih MC. Anas Auni ponteng sekolah 2 hari dan husband memang dah cuti sepanjang minggu tu.

Hotel : RM 586.08
Tol : RM28.13
Minyak RM75.86
Parking RM29


23/5/2024 - Khamis

Bertolak dari ruma jam 11 am. Singgah tempat kerja jap hantar barang. Gerak lewat sebab husband pun ada urusan nak selesaikan. Lagipun awal pagi waktu kerja jalan sesak. Stop Juru settle stocker RFID, pastu Gunung Semanggol isi minyak dan beli Ramly Burger. 
4 petang singgah Ulu Kinta, lunch. Husband google je kat Maps. Kedai nama Saudagar Sup Junior. 3 menu rm37 sekali air 2 gelas. Boleh la buat hilang lapar. Daging urat lembut. Tiada harga dipaparkan dalam kedai. Lepas makan smabung perjalanan dan terus ke hotel.

Sampai hotel, mandi, solat dan rest. 8 malam keluar semula masuk ke Sunway Pyramid. Jalan-jalan dalam tu sampai mall tutup. Mall tutup balik hotel, masuk kereta dan cari kedai makan. Ikut Google Maps dan sampai la ke kedai Mama Tomyam. Order set je. Nasi putih, sup ekor, daging masak merah, telur dadar dan tomyam seafood. Hujan masa sampai kedai. Add on juga lokching dan jeruk pelam. Cepat je sampai menunya. Tak sama macam baca review pun. Habis makan balik bilik tidur.


24/5/2024 - Jumaat

Lepas solat subuh, iron tudung, mandi dan turun breakfast jam 9 pagi. Dapat 3 baucar. Kami berdua je turun. Anak-anak tidur. Ambik nasi goreng, roti telur dan half boiled egg. Air teh o panas. Kemudian balik bilik, kejutkan anak, mandi dan bersiap. 11 pagi baru gerak ke PWTC. Ingat nak parking dalam Sunway Putra Mall macam last year tapi penuh lak. Husband drop je kami dekat parking Mall then dia pergi cari parking. Saya dan anak² jalan dulu masuk PWTC. Sempat la round beli dekat 1 booth sebelum husband sampai. Then bawa anak² makan dulu dekat luar Seri Pacific Hotel.

Kali ni tak pusing semua pun. Pergi aim terus ke booth yang nak je. Saya dah list down novel apa nak beli pastu singgah booth yg jumpa dalam perjalanan ke booth yang saya nak tuju. Beli buku cerita untuk Anas Auni untuk projek Nilam nanti. Cuma nya masa bazir banyak sebab lama beratur di booth Karya Seni. Ramai line up beratur nak bayar buku terbaru Anjell. Nak tak nak beratur la jugak sebab memang dalam list pun. Malas dah nak beli kemudian. Sambar sekali mana-mana buku Anjell yang belum beli. Lain-lain singgah booth Prolog Media dan Poreng Kertas. Mujur sebelah-sebelah je. 

Habis semua yang nak dah beli, singgah Surau solat dulu then baru ke Shah Alam. Sebelum tu singgah Melavosa dalam Sunway Putra Mall sebab masa sampai tadi diornag bagi try lasagna. Sedap. Ingt nka beli bawa balik Penang tapi frozen. Bilik hotel tak de fridge. Rosak la nanti. Beli kerepek² je 8 bungkus rm80. Then usband nak ke kedai aksesori kereta. Jalan sesak. Sampai pun dekat Maghrib dah. Tinggal kereta then pergi makan. 3 jam baru siap. Makan kedai area situ je. Masakan panas. Alhamdulillah sedap dan kenyang.

Siap kereta, balik hotel. Rest, solat dan tidur 

25/5/2024 - Sabtu

10am turun breakfast. Kami berdua je makan. Pagi ni ambil nasi goreng 2, nasi lemak 1. Tambah ayam cincang dengan telur mata. Sedap ayam cincang. Naik bilik kejutkan anak-anak dan siap nak ke tempat lain. Ikut plan kami nak ke Sunway Lagoon tapi tadi masa breakfast tengok ramai orang. Tukar plan, kmai ke Petrosains. Tapi Anas Auni makan dulu kedai kami breakfast tadi. Nasi putih dengan ayam cincang. 

Terus ke KLCC. Parking je mana yang nampak laluan masuk. Terus naik ke tingkat 4. Nampak signage tulis next slot masuk Petrosains 4 petang. Masa tu belum 1 petang. Husband pergi tanya kaunter. Sebab kami beli membership setahun boleh terus masuk. Tunjuk husband punya IC je. Explore la bebudak ni kat dalam. Ramai orang, saya pun mata tak ok. Banyak duduk je. Kerusi banyak di sediakan. 

Habis pusing Petrosains, pergi makan di foodcourt KLCC. Lapar kot. Saya cari je kedai yang kurang orang. Beli macaroni cheese, fries loaded cheese dan nasi dengan popcorn Chicken. Lepas makan kami jalan-jalan dalam KLCC lepas tu solat dan ke Taman KLCC. Dah maghrib masuk semula shopping dan terus shoot ke kedai makan. 

Abang ipar dah tunggu kat kedai makan. Lepak jap sembang² then terus balik hotel. Sampia hotel mandi, solat dan rehat


26/5/2024 - Ahad


Lepas solat Subuh, mandi dan packing barang. 10am turun breakfast dengan husband 11.30 pagi check out hotel dan terus ke muzium coklat. Saya booking slot 12 tengah hari. On the way nak pergi staf muzium call. Diorang dah nak start. So kami postponed ke 2 petang. Husband cari kedai untuk Anas Auni lunch dulu. Kedai BB seafood kot. Order nasi 1. Tomyam seafood, telur dadar dan jus buah. 

Lepas makan terus shoot ke Muzium Coklat. Sesi buat coklat 2 petang dengan orang² lain. Seronok la Anas Auni deco sendiri coklat. Sampai ke wrapping dan tunggu coklat keras. Lebih kurang sejam. Habis tu kami masuk ke muzium 2 lak. Muzium 2 ni kena bayar. Tapi tiket tu sekali dah dengan kelas buat coklat tu. Ada la sejarah coklat dan pameran coklat macam-macam versi. 

Lepas tu masuk muzium 1. Muzium ni percuma je. Habis pusing kat hujung sekali ada jual coklat. Borong la sini tak payah bayar tax cam Langkawi. Ada yang buy 2 free 1. Yang dapat free tu expired nak dekat dah. Lain² saya check harga kat shopee murah g. Shopee kena bayar shipping. Nak terus makan beli sini. Borong² rm200 lebih gak habis. 

Habis membeli belah terus shoot balik Penang. Sebelum tu singgah solat dan Taiping. Hajat nak makan di situ tapi ramai la manusia. Bungkus bawa balik. 10 malam sampai rumah. Alhamdulillah.

Thursday, October 26, 2023

Staycation 6/2023 - Geo Boutique Hotel - Seri Kembangan



Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Kami check in hotel ni lepas trip ke Pesta Buku dan Sunway Lagoon. Pilih hotel ni sebab lokasi nak ke UPM Serdang dekat. Plan lepas ke Pesta Buku, Sunway Lagoon dan next day nak ke Ladang Farm Fresh. Saya ada dapat tiket percuma ke sana. Hotel yang first tak available untuk 2nd night. Kena la book hotel lain.

Geo Boutique Hotel
Family Triple Room
Rm169.28

Kami check in pun dah lambat, melebihi jam 5. Lepas bersihkan diri, mandi, solat terus plan cari makan sekitar hotel. Makan malma di kedai masakan panas. Nampak cam Thai food. Order mi celup je. Husband ambil colek buah. Lepas makan, balik bilik.

Buka je pintu bilik penuh lipas berlari-lari. Terus saya ke kaunter, request tukar bilik. Staf bagi pindah bilik sebelah nya. Ada juga cleaner datang check lipas. Malangnya bilik baru ni pun sama. Ada je lipas cuma tak banyak macam bilik first. 

Tidur ayam la kami malam tu. Pagi-pagi esok kami check out. Plan pagi ni nak ke UPM Serdang. Sampai di lokasi, orang ramai. Fikir nak pergi makan dulu baru datang semula. Tapi cancel plan. Tak jadi nak masuk Ladang farm Fresh. Next time je datang. Kami malas sesak orang ramai. Nak bergambar pun tak cun nanti. 

Husband ajak ke Decathlon sebelum bertolak pulang ke Penang.

Friday, September 15, 2023

Staycation 5/2023 Pesta Buku

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hotel : rm209.25
Tol : rm35.51
Minyak rm50
Parking : RM15

1/6/2023 - Khamis

Kali ke 2 saya ke Pesta Buku. Pujuk husband nak pergi, pilih date, check kalendar, apply cuti. Drama sana sini, berjaya jugak sampai.
Bergerak dari rumah jam 5 pagi. Stop solat di Semanggol dan breakfast di Tapah.  Sampai PWTC 11 pagi lebih kurang. Sebab tak familiar tempat ni masa nak cari parking, pusing dah jadi makin jauh dari dewan. Sambil pusing semula saya google cari parking. Then decide nak try cari dalam PWTC tingkat atas. Full. Turun semula dan husband masuk ke Sunway Putra Mall. Parking dalam tu. Tingkat 8 baru available. Dari Sunway Putra Mall ada jejantas di tingkat 1 yang boleh cross ke PWTC. 

Turun jejantas ada stall jual makanan dan minuman. Husband stop beli keropok lekor. Ada 2 pintu di sini. Saya masuk je pintu yang nampak booth Prolog Media. Terus ambil kombo 6 dan bayar. Nak jumpa Anna Lee tapi tak de. Saya pass jeruk je kat staf di situ. Pusing dalam tu. Jumpa booth yang ada buku saya nak beli terus beli. Semurah RM5. Pastu Auni nak buku cerita. Harga RM2. 

Kemudian masuk dewan Mawar sebab nak cari booth Poreng Kertas. Husband dengan Auni dah tak nak jalan. Diorang tunggu kat tepi pintu masuk. Saya dan Anas je jalan-jalan tengok booth dan cari semua senarai buku saya. Ada booth yang buat game. Booth Edukids rasanya. Saya dan Anas join. Cari kata. Sapa menang dapat free 1 buku dan yang kalah dapat baucar. Saya menang dan Anas pilih buku yang dia nak. 

Then jalan cari booth Poreng Kertas. Semua penulis Poreng favourite saya. Jumpa 2 penulis je. Sempat bergambar dan kirim goodies. Lepas tu saya sambung round. Stop booth, beli novel yang saya belum ada. Ada booth yang minta register dan bagi gift. Singgah jugak booth Popular beli buku terbaru Acik Lana. Lepas 4 jam dalam ni kami keluar. Parking RM15, cas by hour. 

Terus ke hotel. Check in Grand Moment Hotel. Hotel yng biasa kami stay depan Sunway Pyramid. Last minute booking, masa cuti sekolah ada 1 malam je. Esok pagi kena check out dah. Ambil Family room. Harga Rm209.05 termasuk breakfast untuk 3 orang. 

2/6/2023 - Jumaat

Solat Subuh, kemas barang, kejut anak-anak dan ready nak check out. Husband simpan barang dalam kereta, saya bawa anak-anak ke restoran untuk breakfast. Ada 4 pilihan menu sahaja untuk breakfast di sini. Kami ambil nasi goreng dan bihun goreng, teh panas dan sirap. Bilangan silap hantar. Saya pun malas bising, makan je mana yang sampai sempat lama sangat tunggu. 

Lepas selesai breakfast terus jalan kaki ke Sunway Lagoon. First ikut Anas, dia nak masuk Sharknado Alive. Macam rumah hantu tapi versi oversea then ada Shark juga. Yang seramnya sebab staf pakai kostum dan buat kita terkejut bila tiba-tiba muncul. 

Lepastu pergi Widlife Park, tengok haiwan-haiwan kat situ. Anas tak pernah bosan dengan haiwan kat situ.

Habis pusing Wildlife Park kami ke Nickelodeon Park. Biar Anas Auni mandi situ. Husband order makanan. Kejap diorang pergi makan, kejap mandi. Ulang alik la sampai jemu.


Kemudian kami naik Hippo Valley.  Mencuba nasib, ikutkan selalu Auni tak lepas ketinggian. Kali ni lepas. Lam lanjugak tunggu turn. Lepas naik Hippo Valley kami pergi lepak di water park. Biar Anas Auni mandi sambil saya dan suami gilir tukar baju. Saya survey Hotel untuk malam nanti. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...