Tuesday, December 26, 2023

Staycation 11/2023 : Le'venue Hotel + Bangi Wonderland + Ladang FarmFresh

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya berkunjung ke Matta Fair Penang penghujung September lepas dan antara yang saya beli adalah baucar ini. Baucar ini berharga RM368 merangkumi:

1. Penginapan 
2H1M di Hotel Le'venue
Deluxe Family room with 2 queen beds.

2. Breakfast untuk 4 orang

3. 4 tiket ke Bangi Wonderland 

Ada la beberapa syarat-syarat untuk redeem baucar ni dan kami suami isteri decide untuk gunakan semasa bithday husband. Dah confirm date untuk cuti, dah apply cuti dan kami proceed. Saya contact hotel untuk reservation guna whatsapp. Beri details dan dapat balasan dari mereka. Sebelum perjalanan saya ada buat itinerary percutian kali ini. roughly je buat, at least ada plan.

Perbelanjaan 

Hotel : RM368
Minyak : RM82
Tol : RM43.81
Parking : RM6

9/12/2023 - Sabtu

Kami bertolak dari rumah jam 6 pagi. Berhenti RnR untuk solat Subuh dan ke tandas. Kami sampai di hotel jam 10.30 pagi. Saya ke lobi hotel untuk check in, then staf cakap check in 3 petang. Boleh ke Bangi Wonderland dulu. Kami pergi makan dulu kat foodcourt. Anas Auni tidur sepanjang perjalanan. Sampai Bangi baru bangun. Kami order Nasi Ayam je 3. Lepas makan terus ke BW. Parking disediakan dalam ni. Bayaran parking RM6 per entrance. Sebab Sabtu, banyak orang, susah sikit nak dapat parking. Hujung-hujung baru ada. Anas Auni tukar baju dalam kereta sementara husband keluarkan barang. Siap semua saya ke kaunter tiket. Tunjuk baucar baru diorang keluarkan 4 wristband. 

Turun lif terus masuk. Kecil je banding dengan Tambun / Sunway Lagoon yang kami biasa pergi. Ramai orang. Sangat ramai. Semua tempat duduk penuh orang. Dalam air pun penuh. Nak naik ride pun beratur panjang. 4.30 petang kami keluar dari BW. Elok kami keluar, hujan lebat. Terus ke hotel untuk check in. Parking di sediakan. Valet RM20 sehari, multi storey depan bangunan hotel percuma tapi kena validate kad touch n go sebelum keluar dari parking. Bilik dah ready terus masuk je. Hotel konsep memanjang. Ada 2 tingkat je. 


Bilik kami family room. Ada 2 katil queen dan sofa. Kemudahan asas lengkap seperti hotel-hotel lain. Cuma kurangnya tiada berus gigi. Iron sharing di luar. Mini fridge kotor, penuh rambut. Mineral dan tea set disediakan untuk 4 orang. Air cond lambat sejuk. Masuk je bilik, mandi, solat rest. Husband ajak keluar makan. Tapi masing-masing letih, minta husband belikan je bawa balik bilik. Lepas makan malam, saya terus tidur.

10/12/2023 - Ahad

Lepas solat Subuh, mandi dan kemas barang. Plan lepas breakfast dan check out. Breakfast dari jam 7 pagi. Kami turun 8 pagi. Simple je menu breakfast. Nasi minyak, kurma ayam, kuewteow goreng, hash brown, sosej, scramble egg, salad, buah, roti, jem, mushroom soup, bubur, cereal, jus buah dan kopi. Lepas habis sarapan naik bilik, kemaskan barang, Anas Auni mandi dan check out.

Husband drive terus ke FarmFresh, Serdang. Parking disediakan percuma. Lepas parking turun bawah terus ke kaunter tiket. Saya tunjuk baucar yang saya menang di handphone. Dapat pass dan untuk Anas Auni kena beli tiket. Sorang RM10. Kami pusing je area situ. Ada kandang lembu, tapi tak de lak lembu yang kena perah susu. Pastu pergi tengok kambing, arnab, cacing. Cacing tu diorng biakkan kot. Tak nampak pun cacing sebab dalam tanah. Anas suka la main-main tanah.

Cuaca panas. Mujur bawa payung. Ada bahagian ikan laga, husband lepak dalam tu sebab ada aircond. Anas Auni naik kids barrel. Orang ramai, kena beratur la tepi tu. Tapi ada 2 trip. Tak la lama masa nak menunggu. Barrel bawa diorang pusing tengok apa ada atas tu. Kami tak jalan naik dah atas tu. Lepas naik Barrel kami bergambar jap area tu. Masing-masing dahaga, stop makan dan minum jap di restoran yang ada kat situ.


Makan di Restoran The Acre. Auni nak corndog RM8.90. air balang RM5 satu. Lepas makan kami naik truck. Tapi kena beratur tunggu kat stesyen truck. Ramai orang. Ada kerusi disediakan. Naik truck dalam 15 ke 20 minit. Driver bawa pusing ladang. Nampak la tanaman kat situ. Pastu stop kat atas. Dia bagi masa bergambar area situ. 

Dah habis naik truck, bergambar kat pagar putih. Dari jauh nampak cantik. Lepas bergambar, husband naik ambil kereta. Saya dengan Anas Auni pergi beli air Jom Cha. Dahaga teruk panas-panas. Cuci mata tengok keadaan sekeliling. Cantik, kalau datang awal pagi atau petang best la nak explore bergambar. Husband sampai, masuk kereta dan shoot ke Farm in The City.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...