Tahun ke 8 tinggal di rumah ni baru berkemampuan nak renovate porch. Bulan 8 minta quotation. Bulan 9 baru start buat.
Kos 14kLantai porch + tiles + hack lantai porch lamaNaik tembok kiri kanan sisi rumahTutup lubang angin di tembok kiri kananTukar sliding door ke tingkap 3 panelTambah tembok pagar kiri kananTutup lubang pada bumbung area sliding door
Seminggu sebelum start renovation, kami ke kedai tiles di Kulim untuk pilih tiles untuk porch. Kedai ni memang pilihan kontraktor. Di minta datang pilih 2 jenis tapi kami decide ambil 1 je.
15/9/2023 Jumaat
Hari pertama renovation, saya cuti, boleh la saya pantau hari pertama kerja ni. 8.30 pagi, kontraktor mulakan kerja. Mereka hack lantai porch. Husband request nak porch sama tinggi dengan yang asal. Kemudian lori simen dan pasir sampai. Husband juga minta untuk robohkan 1 tembok bahagian gate. Sebelum ni ada 2 tembok. 1 untuk pos box dan sampah bahagian bawah. 1 lagi stor simpan tools. Pagar akan jadi lebih lebar. Pos box akan pindah ke bahagian sebelah lagi.
16/9/2023 - Sabtu
Tukang sambung hack lantai, runtuhkan tembok. Bata kiri kanan di pasang.
17/9/2023 Ahad
Staf sampai 7.30.pagi dan mula bekerja jam 8. Sebab kan hari ni cuti, kami minta staf tak hack atau apa-apa bunyi bising. Risau ganggu jiran. Awal pagi mereka cat dinding, kemudian buka grill sliding door. Ketuk lantai sliding door dan korek batu bahagian lantai. Tengah hari hujan. Beberapa jam juga hujan. Kerja mereka tergendala. Bahagian dinding kiri kanan di plaster. Side belah jiran pun plaster jugak. Hujan berhenti dan tingkap sampai. Mereka buang sliding door dan ukur tingkap. Bahagian lebihan dipasang bata dan simen. Tembok pagar yang tinggal dipasang semula post box ke tembok. 6 petang mereka stop.
18/9/2023 Isnin
Saya dan suami bekerja. Lepas 2 petang baru husband balik dan tengok kerja² mereka. Tiles dah sampai. Husband transfer RM1300 ke kedai tiles. Dinding yang letak bata semua dah siap plaster iaitu tembok kiri kanan, lubang angin kiri kanan dan lantai porch. Tembok kiri kanan dah dicat termasuk side jiran. Tembok pagar depan pun dah plaster semua. Bahagian kaki lima longkang husband minta simenkan
19/9/2023 Selasa & 20/9/2023 Rabu
Tiles dah pasang sepenuhnya. Cuma bahagian depan tak cukup tiles. Kena tunggu sampai yang baru. Bahagian dalam rumah tukang skim bagi licin. Lori datang angkut barang-barang yang dah tak guna cam grill, kusyen, almari make up,
21/9/2023 Khamis
Hujan lebat dari pagi. Staf kemaskan cat bahagian dalam rumah. Diorang tak leh buat kerja bila hujan.
Balik kerja saya tengok simen bahagian hujung porch sebelum masuk dalam rumah dah pasang. Divider bahagian tepi longkang pun dah simen. Penutup lubang pun dah keras. Kami suami isteri tanya harga kalau nak tambah bumbung tutup bahagian tepi rumah. Dia minta rm1000. Atas tutup bumbung, bawah di pasang plaster siling. Husband request dia buat penutup lubang area laundry. Kontraktor yang buat area tu tak letak apa-apa besi atau cover. Cuma tutup dengan tiles. Hari tu dah pecah. Lepas tu husband risau ada antara kami berempat jatuh kalau terpijak. Lubang tu dalam gak. Dia setuju buat dengan harga RM1000.
22/9/2023 Jumaat
Pekerja buat penutup lubang di bahagian belakang rumah. Plaster ceiling sampai dengan besi. Bumbung belum sampai. Tak de apa-apa dah yang dibuat di rumah kami. Porch dah siap. Cuma nak touch up cat. Cat bahagian tingkap nampak kekuningan. Bahagian luar pun nampak luntur. Sekarang hari-hari hujan. Husband minta diorang cat minggu depan ja masa nak pasang pintu. Patut bagi baki bayaran hari ni.
23/9/2023 Sabtu
Staf pasang bumbung dekat balkoni dan plaster siling bahagian porch macam dalam gambar. Bila hujan ruang hujung tu tak la berkulat. Sebelum ni naik hijau bila kena hujan area situ. Lagipun tiles kena hujan panas pun akan jadi tak sama warna. Elok la kami minta buat tutup sekali lubang ni
Baki bayaran Rm8820 dibayar cash pada kontraktor. Dia bagi diskaun RM20. Total bayar RM8800.
Cerita tentang pintu saya buat di entri lain.
alhamdulillah...dpt porch baru...hihhi..
ReplyDeletetp besar jugak lubang dekat area laundry tu
ye besar, laundry tu kami tambah. Kalau tak area belakang rumah untuk repair paip
Deletetgok gmbar header, rsenya pernah folo masa zaman bride to be...hihihi...tp skang linda x boleh comeback dah dekat blog lama, terpaksa buat yg baru...
ReplyDeletea'ah, dulu aktif zaman b2b. Sekarang sendu dah sikit :0
Delete