22/10/2023 - Ahad
11 pagi, bertolak dari rumah. Pergi lunch then terus gerak ke The Top, Komtar. Dah janji dengan Anas nak singgah sini sebab ada Halloween sebab Bulan Oktober. Sudahnya decorations je Halloween, lain-lain sama je. Kami masuk Jurassic Research Centre, Zombie, Boutique Aquarium dan bump car. Sama je semua cam sebelum ni. Dah puas main, gerak ke hotel nak check in tapi husband ajak makan laksa di Masjid Terapung .
Dah makan, terus ke hotel. Lobi hotel tengah renovate. Nak check in kena masuk ke Rock Shop. Kedai jual souvenir. Kecil je kedai ni, nak check in ramai. Lama juga beratur. Welcome Drink disediakan. Masa check in, staf suruh pilih waktu untuk breakfast untuk elak kesesakan tpi saya tak pilih. Boleh je pergi random time cuma kalau penuh kena utamakan yang reserve. Lepas check in, staf bagi baucar RM50, boleh redeem sepanjang stay. Mungkin sebgi tnda mint maaf atas segala kesulitan. Cepat-cepat masuk bilik sebab belum solat Zohor. Tak sempat pun nak buat video tour bilik.
Lepas solat Asar, baru bawa Anas Auni turun mandi pool sampai Maghrib. Dah alang-alang tunggu diorang mandi saya redeem baucar yang dapat tadi. Beli fries 2 set dan air. Gemuk-gemuk fries. Sos, cheese sedap. Lepas Mghrib, keluar cari dinner di kedai selalu makan. Saya ada singgah beli apom balik popular area Batu Feringgi. Malam takde aktiviti, tidur terus.
23/10/2023 - Isnin
8.30 pagi turun breakfast. Tak pack pun. Terus je dapat tempat duduk. Anas Auni cam biasa, not a morning person. Anas langsung tak makan. Auni makan juga cereal. Saya ambil ommelette, chicken ham, sosej dengan pasta apa ntah. Ada juga ambil half boil egg, scone, bread butter puding. Lepas makan, naik bilik, kemas barang. Lepas check out, Anas Auni sambung mandi pool sampai 2 petang. Diorang lapar, order pizza dengan fries. Lepas tu, terus balik rumah.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)