Tuesday, January 9, 2024

Tukar Main Door ke security door

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Lepas plan nak renovate porch, husband cakap nak tukar front door ke security door. Pintu sekarang memang dari developer dan kami tambah grill, tapi grill dah lama tak pakai. Rosak bahagian kunci. Lepas rosak grill, kami lock pintu kayu je. Lepas sembang berkenaan quotation porch, kami pergi survey untuk pintu lak. Plan nya nak minta tukang buka pintu dan plaster, kemaskan selepas pintu baru di pasang. Tukang minta RM500 untuk kerja buka pintu lama dan kemasan. Kami pergi Top Securtity Door di Perai. Harga RM2000. Tapi Untuk Stainless steel bahagian grill jadi rm2500. 

Minggu selepas tu kami ke kedai lain lak di BM, THC Security Door. Design lebih kurang cam kedai sebelum ni tapi harga lebih murah. Untuk stainless steel harga kurang dari RM2000. Kami tak booking lagi tapi shortlisted la kedai ni kalau tak de pilihan lain. Then husband cakap nak tunggu Home Expo hujung bulan nanti. Kot ada pilihan lain dengan harga yang lebih menarik.

Kami ke Home Expo hujung bulan Ogos tapi tak de dealer untuk pintu. Kemudian tukang untuk renovate porch pun dah deal nak start kerja. Kami kembali semula ke kedai di BM. Terus lock untuk ambil dan bayar deposit 40%. Pintu akan siap dalam masa sebulan paling lama. Lepas dah bayar deposit , staf kedai buat group whatsapp untuk maklumkan berkenaan proses pintu.

Tukang yang renovate porch start kerja 15/9/2023. Janjinya 2 minggu untuk siapkan semua. Tapi 8 hari dah siap. Cuma tinggal nak kemaskan cat sebab cuaca hujan, cat tanggal. Kebetulan jiran saya minta tukang renovate juga bahagian rumah dia. Sempat la mereka buat rumah jiran dulu sementara tunggu pintu.

Kami push kedai pintu untuk cepatkan proses. Bagi alasan tukang dah siap kerja. Diorang check dengan kilang dan 27/9/2023 11.30 pagi boleh datang pasang. 26/9/2023 kena settle baki bayaran. Lepas transfer duit baki, staf arrange untuk pemasangan pintu jam 11 pagi. Husband minta cepatkan ke 10 pagi kerana tukang ada kerja lain. Saya dan suami dua-dua bekerja hari tersebut. Saya hanya tengok pintu waktu petang.

Petang saya balik pintu dah siap pasang, dinding dah plaster semula. Semua dah elok. Cuma habuk yang banyak. Malam tu kerja vacuum dan mop rumah berkali-kali. 

2 comments:

  1. Renovate rumah nie.. Habuk2 tu yg x tahan...lawa pintu nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... Habuk banyak sangat tapi tak pe lah, nak cantik punya pasal :)

      Delete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...