Thursday, February 1, 2024

Staycation 1/2024 - Scapes Hotel, Genting Highlands

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Baucar dibeli masa Matta Fair 2023. Beli 2 baucar sebab nak stay 2 malam. Dapat free baucar makanan boleh claim sepanjang stay hotel. Plan awal nk guna lepas Raya tapi disebabkan perubahan waktu kerja saya, saya ajak husband claim siap-siap. Whatsapp agen yang jual baucar dan booking untuk date kami nak pergi. 

Baucar Scapes Hotel RM230 x 2
Deluxe room twin with breakfast 
FOC Food Voucher RM50


Perbelanjaan 
Hotel : RM460 
Minyak : RM82
Tol : RM44.01
Parking GPO : RM20
Parking Genting Theme Park : RM6

20.1.2024 Sabtu

Bertolak dari rumah jam 8.40pagi.
Stop R&R untuk isi minyak, makan, ke toilet dan sampai di Hotel jam 3.30 petang. Saya terus ke lobi hotel untuk check in. Ada 3 kaunter. Tak ramai orang, terus sampai turn saya. Bagi nombor booking, IC dan baucar. 

Hiasan di lobi hotel

Bayaran rm100 deposit dan rm3 bayaran untuk kerajaan negeri Pahang. Kami stay 2 malam, bayaran rm6. Saya request mountain view. Selesai semua, masuk kereta dan ke parking. Parking di sediakan di basement dan ianya Percuma. Angkut barang naik bilik dan terus ke lif. Ada 3 lif sahaja. Hotel full house dengan seminar, kursus dan meeting. Lif kecil je. Muat 6 orang camtu. 

mountain view tapi nampak pembangunan
yang tengah dijalankan

Kad akses bilik dapat 2. Bilik king size bed dan sofa bed. Ada working table, tv, mini fridge, coffee set, mineral water, iron, iron board. Toilet separate dengan shower dan sink. Bilik mengadap construction, ada la bahagian yang belum di construct. Lain² kabus. Tak nampak apa pun.

Pool

Lepas letak barang, Anas Auni ajak tengok pool di ground floor. Ada juga gym, cafe, playground. Luas juga pool tapi hujan rintik. Tak lama di sini, saya ajak anak² naik bilik nak solat dan rehat.

outdoor gym ke Kids Area.
Indoor gym pun ada. 
Tutup 10 malam

7 malam kami keluar cari makan. Plan awal nak pergi makan dalam GPO. On the way pergi sana jumpa kedai makan tepi jalan. Ajak husband singgah makan situ je. Kami order kueteow celup (RM10) dan satay ayam 10 cucuk (RM14) + nasi impit (RM1). Lepas makan, husband ajak pergi Speedmart je beli jajan untuk Anas Auni makan malam nanti kalau lapar. 

Lepas tu terus balik hotel semula. Keluar parking jumpa staf yang kami beli baucar. Dia ajak belanja latte. Lepas tu balik bilik dan housekeeping datang tukar cadar. Masa jumpa staf di parking ada cerita yang selimut kotor kena sos petang tadi. Lepas tukar cadar, dia bagi extra towel 2.

21 Januari 2024 - Ahad

Lepas Subuh tengok view bilik. Kabus kurang sikit, nampak view atas. Semalam pun ada nampak. Lagi cantik sebab berlampu semalam. Pagi ni breakfast slot 8.30 pagi. Terlewat sikit turun sebab tunggu Auni. Sampai depan cafe kena line up tunggu meja kosong. Full house dengan penghuni hotel dan yang meeting kursus. Tunggu la dalam 15 minit baru ada yang bangun.

Makanan lebih kurang macam hotel-hotel lain breakfast. Nasi lemak, sup, moi, salad, buah, roti canai, egg, cereal, pastri, jus, kopi. Auni nka makan cereal dan waffle. Saya ambil kueteow sup, scramble egg, chesse dan chicken ham. Husband makan bihun sup dan nasi lemak. Penutup Auni makan ais krim. Habis makan naik bilik. Masa keluar cafe lagi panjang beratur nak makan. Nasib saya tak ambil yang slot 9.30 pagi. 


Dinner di Lemon3

11 pagi kami keluar semula. Plan hari ni nak ke Genting Premium Outlet. Kami jalan-jalan di GPO dari 11 pagi sampai 4 petang. Hujan. Orang pun ramai. Beli baju untuk Anas Auni, then masuk SaSa beli hair product. Masuk foodcourt makan. Saya beli nasi ayam untuk Auni RM15, Husband beli nasi goreng RM22, set Marrybrown burger dan ayam. Line nak beli air panjang. Sementara tunggu Auni makan saya beratur beli air di kiosk Boost. Panjang juga beraturnya. 

chicken chop Lemon3 RM45

Siap beli air, habiskan nasi Auni. Husband ajak balik hotel, sebab Anas complain sakit kepala. Parking di GPO kmai kena RM18. Sampai bilik, tengok bilik tak kemas. Call housekeeping minta buang sampah, top up air dan tukar towel. Then, kami rehat dan solat. 6 petang husband bawa Anas Auni mandi kolam. Saya tak ikut, rehat dalam bilik. Malam saya ajak husband makan di cafe sebab ada baucar RM50 dapat masa beli baucar Matta Fair. Husband teman je. Dia kata dia kenyang. Order air je. Saya order chicken chop. Lepas makan naik bilik dan rehat.

22 Januari 2024 - Isnin

Lepas Subuh saya tidur semula. Kepala pening, buka mata semua benda nampak berputar. Husband je turun breakfast dengan Auni. Lepas husband balik breakfast baru saya bngun mandi. Kurang sikit sakit. Lepas packing barang terus ke lobi untuk check out. Bergambar kejap area hotel then terus cari lunch. Plan hari ni nak naik Genting Theme Park. Nak melawat kawasan je. Tiket apa pun tak beli. On the way naik hujan. Nampak la kereta kabel stop tak jalan. Mujur tak beli tiket siap-siap.

Kami beli air je kat sini. Masih kenyang lunch tadi. Pusing area indoor je. Outdoor tak boleh masuk tanpa tiket. Nak beli tiket pun macam tak berbaloi sebab dah 4 petang. Semua ride close at 6pm. Janji dengan Anas Auni next time. Cari oedai yang boleh top up Toch n Go card sebab parking charge di kad. Baki tak cukup. Parking kena RM6. Area parking sejuk berkabus. Indoor tak sejuk, mungkin sebab dalam building. Then masuk kereta ke next destination.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...