Monday, February 5, 2024

Review Drama : My Demon

 


Drama 16 episod di Netflix. Kisah romantis + scifi. Saya tonton sebab scifi. 

Sinopsis

Jung Gu Won, Syaitan / iblis / demon yang dah berusia 200 tahun. Untuk memastikan dia terus hidup, ada kuasa, dia perlu cari manusia yang terdesak. Tunaikan permintaan mereka dan selepas 10 tahun jiwa mereka akan dimasukkan ke neraka. Accidentally dia terjumpa dengan Do Do Hee semasa makan desert di restoran. Do Hee ke restoran tersebut kerana blind date yang di aturkan oleh Puan Ju yang pelihara since umur 11 tahun selepas kematian ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Sejak dari itu mereka kerap bertemu dimana Gu Won menyelamatkan Do Hee dari penjahat. Kejadian itu menyebabkan tatu pada  tangan Ju won berpindah ke tangah Do Hee. Ju Won perlu memegang tangan Do Hee jika ingin menggunakan kuasanya. Do Hee meminta Gu Won menjadi body guard nya selepas beberapa kali dia di ancam bunuh. Kerana mereka saling memerlukan Gu Won bersetuju untuk menjadi bodyguard Do Hee sehinggalah Do Hee melamar Gu Won mnjadi suaminya di upacara kematian Puan Ju untuk melayakkannya menjadi pengerusi kumpulan Mirae. Malangnya, Gu Won menolak lamaran itu.


Bagaimanakan kesudah hubungan mereka? Siapakah dalang di sebalik semua kejahatan yang berlaku?

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...