Thursday, April 4, 2024

Staycation 2/2024 - Villa Renai, Janda Baik


22/1/2024 - Isnin

Villa Renai Resort RM343
1 bedroom chalet + 1 sofa bed
pool view
Breakfast for 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Lepas check out Scapes Hotel, Genting Highland, kami ke GH Theme Park. Keluar dari Theme PArk, masuk RnR Genting Sempah untuk solat. Masa ni la kami suami isteri bincang untuk destinasi seterusnya. Sama ada terus balik rumah atau ke tempat lain. Saya dah awal-awal list 2 tempat dan suruh husband pilih. Kalau tak ok terus balik je. Saya cakap teringin nak pergi Janda Baik atau Bukit Tinggi. Janda Baik tak pernah pergi dan Bukit Tinggi last pergi 2013 sebelum lahirkan Anas. Husband pun scroll Tiktok tengok penginapan di Bukit tinggi dan Janda Baik dan suruh saya cari penginapan untuk malam ni. 


Ada contact beberapa penginapan. Ada yang tak balas, full dan ada yang overprice. Saya scroll Agoda, baca descripion dan nampak Villa Renai Resort. Husband search location dan tak bagi book lagi. Nak pergi tengok dulu then baru decide nak stay atau tidak. Sampai di Villa, semua tutup. Call nombor yang diberi tapi tak berjawab. Line fon pun ada Maxis je. Kami decide nak cari penginapan lain. Jam pun dah 6 petang masa tu. Masa tu nampak 1 kereta masuk. Di pun macam kami agaknya. Sebab kan buka tingkap dengar la perbualan telefon, merek tengah cakap dengan staf Villa. Kami keluar dan sambil tu cari resort lain. Lalu semula depan Villa Renai, nampak pintu pagar dah buka. 

Terus masuk dan ke lobi. Saya tunggu urusan check in keluarga tadi selesai dulu kemudian saya tanya tentang bilik. Bilik masih available dan harga RM500. Saya tanya boleh tak saya beli di Agoda sebab harga Agoda lebih murah. Staf ok dan saya request nak guna wifi sebab fon saya langsung tak de line. Staf bagi guna wifi mereka dan selepas selesai booking di Agoda, bilik pun dah ready. Boleh terus masuk.Deposit RM50, Staf bagi kunci bilik dan remote control (tv, astro, kipas dan aircond). Order sekali dinner sebab Auni asyik sebut lapar je. Order Spagheti Carbonara, Nasi goreng Kampung dan teh o ais limau.


Bayaran harga bilik termasuk dengan sarapan untuk 2 dewasa. Staf tanya kami nak tambah ke tak makanan untuk kanak-kanak. RM8 seorang. Saya proceed je tambah makanan untuk mereka walaupun dua2 bukan jenis breakfast.
Husband keluarkan barang sementara Anas main di Game Room di sebelah lobi. Seronok dia bila ada table pool, dart, congkak dan game-game lain dalam tu. 

Saya ke bilik dulu, snap photo dan angkat barang masuk bilik. Villa kami yang ke 5 dari pintu masuk. Perjalanan nak ke bilik ada laman yang ada bangku kerusi untuk lepak dan swimming pool dewasa, kanak-kanak. Bilik kami bertentangan dengan pool kanak-kanak. Boleh mandi 24 jam atas tanggungjawab sendiri




Lepas selesai angkat barang, husband ke game room temankan Anas Auni dan saya bersihkan diri, solat dan prepare baju untuk Anas Auni pakai malam nanti. Connect siap-siap semua phone dengan wifi bilik. Setip bilik ada wifi sendiri. Agak laju Wifi. Then, Staf datang ke bilik hantar makanan yang order di reception tadi. Makanan di tutup dengan plastic wrap. Anas Auni balik bilik, bersihkan diri dan makan. Ada juga try buka televisyen dengan Astro tapi tak tau nak guna. Konsep astro channel macam netflix. Dah tak tau nak guna camna kami tutup terus televisyen. 

23/1/2024 - Selasa


Lepas Solat Subuh, saya keluar ambil angin sekitar resort. Jalan-jalan tengok semu bilik. Rasanya 5 bilik je occupied. Lepas tu kembali semula ke bilik dan staf tengah tunggu depan bilik bawa breakfast. Rupanya dah lama diorang ketuk pintu dan bagi salam. Saya minta maaf dan ambil makanan masuk dalam bilik. Ada nasi lemak, cereal, susu kotak, air teh, 4 keping roti, marjerin dan peanut butter. Saya masuk dalam rumah mandi dan makan nasi lemak. Agak pedas sambal nasi lemak. Saya kemas barang-barang. Mana yang dah tak guna packing masuk beg. Kejutkan Anas Auni, suruh mandi kolam. 




Ada 3 budak lain tengah mandi kolam kanak-kanak. 2 orang yang datang check in sama masa dengan kami. Saya dan husband sambung kemas barang. Mana yang boleh masuk kereta terus ke kereta. Auni dah puas mandi kolam, suruh bersihkan badan dalam bathroom dan dia makan nasi lemak baki yang saya tak habiskan. Saya ke reception untuk check out. Bawa sekali 4 remote control yang dapat masa check in. Staf pulangkan semula deposit RM50. Suruh Anas mandi di area reception kemudian kami bergambar area resort sebelum keluar dari sana.





No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...