Monday, April 1, 2024

Staycation 12/2023 : Farm in the City, GM Moment, Sunway Lagoon

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

10/12/2023 - Ahad

Selepas check out dari hotel di Bangi, kami ke Farm Fresh di Serdang. Saya ada cerita di entry sebelum ni.



Selepas itu kami singgah makan kedai area Seri Kembangan. Kedai Nasi Ayam. Husband je makan. Lepas makan baru masuk Farm in the City. Tiket masuk ke sini dibeli semasa Matta Fair. Harga untuk tiket RM 29 untuk dewasa dan RM 24 untuk kanak-kanak. Cuaca redup masa ni. Tak la besar sangat kawasan nya dan tak juga kecil. 



Banyak juga haiwan ada. Dah macam masuk petting zoo LWOT. Ada kura-kura, ular, ayam, landak, hedhog, rusa, arnab, kambing, ikan, Lembu, seladang, merak



Habis round di Farm in the City, saya request nak pergi Pesta Buku Selangor di MBSA. Husband drop depan MBSA, saya dan Auni je turun. Kawasan ni sesak dengan kereta sebab jalan nak keluar masalah. Elok saya habis pusing, husband baru je lepas keluar dari jem. Dah kena pusing semula dia nak pick up saya. Kecil je Pesta Buku ni. Saya grab buku baru Prolog Media dan buku membaca untuk Auni. Tak best pun sebab tak banyak sale then penulis pun tak kenal.


Lepas tu terus husband ajak makan siap-siap sebelum ke hotel. Dia search di google maps je. Kami ke Man Bai Ikan Bakar, Subang. Ambil set ikan siakap bakar, tomyam campur, telur dadar, nasi, ulam. Rm59 rasanya harga untuk set tu. Kami tambah sotong untuk goreng tepung dan air je. Lepas makan terus ke hotel. Hotel yang biasa kami check in kalau nak ke Sunway Lagoon. Kali ni booking di Agoda untuk 3H 2M dengan harga RM432.60 termasuk breakfast. Sampai lobi baru bayar. Deposit RM50. Masuk bilik terus mandi. Husband keluar pergi dobi semua baju. Selalu nya dapat bilik depan.Tapi Kali ni bilik area belakang dan kecil pula. Kemudahan pun dah kurang. Berus gigi dah tak de supply. Tapi kami ok je, sebab nak tidur je. Ruang muat je untuk solat.

11/12/2023 - Isnin

Lepas solat Subuh, rest je sementara nak kejut anak-anak bangun. 9.30 kami turun breakfast. Menu breakfast dah tambah. Saya ambil nasi lemak 1, nasi goreng 1, telur separuh masak 1. Air semua teh o. Selesai makan, kami terus masuk ke Sunway Lagoon. Hari ni public holiday negeri Selangor. Agak ramai orang dalam ni. First kami naik cawan pusing-pusing tu. Entah apa namanya. Lepas tu Anas Auni nak masuk rumah hantu. Husband teman diorang. Saya jaga barang. 



Lepas masuk rumah hantu, kami turun ke area Nickelodeon. Mandi situ. Husband beli pizza, nugget, mineral dan latte ais. Rm48 rasanya harga. Tunjuk member kad dapat less 10%. Lepas mandi, makan Anas Auni ajak naik Jungle furry. Ride dalam air yang boleh naik 4 orang. Kali ke 2 naik ni sejak Auni lepas ketinggiannya.


Lama beratur nak naik Jungle Furry. Naiknya kejap je. Habis naik ni kami turun pergi area beach. Husband nak rileks ka sini. Anas Auni main pasir, mandi. Saya rest je kat kerusi scroll phone. 4 petang camtu saya tukar baju, nampak cuaca dah gelap cam nak hujan. Elok habis tukar baju, hujan turun. Singgah beli popcorn dan balik ke hotel. 6 petang kami keluar cari kedai costume. Anas nak sangat pergi, sudahnya tutup. Terus cari kedai makan malam. Stop je kedai yang buka area situ. Lepas makan terus balik hotel.



12/12/2023 - Selasa

Selepas mandi, solat Subuh, saya kemas barang sebelum kejutkan anak-anak. Lepas breakfast, check out hotel. Plan hari ni nak pusing dalam Sunway Pyramid sebelum gerak balik Penang. 

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...