Showing posts with label 5km run. Show all posts
Showing posts with label 5km run. Show all posts

Friday, November 22, 2019

Teluk Ayer Tawar Run for Fund


Event : Teluk Ayer Tawar Run for Fund
Date : 17 November 2019
Time : 7am
Venue : SKTAT
Distance : 5km
Fee : RM38


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Event berturut-turut dalam masa 2 hari. Sungguh letih tapi berbaloi. Race kit collect awal sehari. Lepas larian di Padang Kota terus shoot ambil baju yang ni pulak. Rushing sebab waktu collection pendek, 3 jam je.

Rupanya collection smooth. Pembahagian mengikut nombor pendaftaran, cepat je prosesnya kalau nak dibandingkan dengan event sehari sebelumnya.


Hari larian kami terus ke tempat larian. Anas Auni nak follow. Semangat bangun awal pagi. Stroller tak bawa, bawa scooter je. Tu pun ada satu. Kongsi la korang dua. Masa sampai semua dah berkumpul di garisan permulaan. Tepat 7 pagi peserta dilepaskan.


Larian sepanjang jalan raya dengan kereta lalu lalang. Ada trafik yang menjaga tapi masih saya rasakan bahaya. Kemudian laluan di bendang lak tapi masih di tepi jalan raya. Anas Auni keletihan. Bergilir-gilir naik scooter dan mintak dukung. Nasib la ada adik2 saya dan adik ipar. Mereka pun bergilir dukung.


Kami set apps di phone dan masing2 menunjukkan jarak larian melebihi 6.4 km tidak seperti iklan di banner yang jaraknya 5km. Memang letih dan penat. Habis larian, bergambar dan kami terus balik. Tak tunggu pun lucky draw. Balik semua menuju ke Kedai Nasi Kandar.

Tuesday, September 10, 2019

Butterworth Fun Walk 2019


BUTTERWORTH FUN WALK 2019.

Date: 08-09-2019
Time: 7.30 am
Location: Tepi Padang Haji Ahmad Badawi Butterworth.
Early Bird Fee : RM 31
Distance : 6.4km

Bulan September saya dah habis belajar, so boleh la join fun run balik. Ini event pertama saya join selepas habis belajar. Rasanya event ke 4 untuk tahun 2019.


Sehari sebelum ambil baju. Alamat penuh ada bagi tapi landmark office tak bagi. Jenuh pusing cari tempat. Lebih dari sejam baru jumpa. Tu pun saya call event management. Staf datang pick up tunjuk jalan. Sepanjang sejam tu memang jumpa beberapa orang yang sesat cari tempat.



Flag off 7.30 pagi. Anas Auni tinggal kat rumah family saya. Kami pergi naik motor je. Masa sampai tengah warm up. 7.30 pagi semua dilepaskan. Husband saya lari, saya jalan. Selepas 1 jam lebih baru saya sampai.


Dah sampai, ambil medal, air dan roti. Kami bergambar dan gerak balik.

Monday, March 19, 2018

I ❤ Penang Run 2018


I ❤ Penang Run 2018
11/3/2018
Flag off : 7.30 pagi
Padang Dewan Dato' Haji Ahmad Badawi
6km

Register dari Januari dengan Bayaran RM20. Bayaran murah kena grab cepat. Nanti cepat je habis slot. Collect baju hari kedua di bahagian Seberang perai, MPSP Perda. Ramai sangat orang masa nak ambil baju. Beratur dari dalam bangunan hingga luar bangunan. Nasib saya baik sebab kawan husband dah beratur awal. Masa saya sampai, dia dekat nak sampai turn dah. Saya terus masuk pas resit pada diorang. Kami saja collect 20 baju.


Kami sampai di kawasan Event sebelum 7 pagi. Pusing cari parking. Ingatkan sampai awal ada lagi parking, rupanya dah penuh. Nasib la orang kawasan sini. Tahu la lubang² rahsia. Berjaya park di kawasan yang dekat dwngan tempat flag off. Semua dah berkumpul di stage. CM Lim Guan Eng pun dah sampai. Selepas perasmian, 13000 peserta di lepaskan. Saya bersama suami. Anak² tinggal kat rumah mak. Cepat sikit kami bergerak. Pertengahan jalan husband lari dulu. Saya masuk jalan short cut dan husband sampai dulu. Dia collect medal dan lepas kami sampai, selfie sat dan terus gerak balik.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...