Showing posts with label bercuti bawa anak kecil. Show all posts
Showing posts with label bercuti bawa anak kecil. Show all posts

Monday, December 30, 2019

Trip ke Legoland, Johor dan Melaka 2018 - Day 3

Trip ke Legoland, Johor dan Melaka 2018 - Day 1 & 2


22 Oktober 2018 - Isnin

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lepas solat Subuh, kami ke cafe untuk sarapan. Selepas sarapan mandi dan bersiap untuk ke Theme Park Legoland. Kami parking di Medini Mall, bayaran mengikut jam. Hari ni kami berempat saja. Keluarga abang ipar tak dapat join. Lepas parking terus ke kaunter. Tak perlu ambil tiket. Tunjuk barcode dari voucher yang terima melalui email. Auni tak perlukan tiket. Husband lupa ambil part kamera. Lepas tinggalkan kami kat dalam theme park dia ke kereta. Staf benarkan keluar masuk. Saya bawa Anas Auni jalan-jalan sekitar The Beginning.


The Beginning ada kedai-kedai jual merchandise, cafe, toilet, ATM, sewa stroller, surau. Nak jalan jauh susah lak sebab ada 2 stroller nak tolak, beg lagi. Kami bawa air masak. Beg ada di check di kaunter tapi tak terlalu details. Ada banyak maskot halloween berkeliaran, menari buat show. Anas seronok tapi Auni takut. Anas je la bergambar.


Husband sampai, kami ke side kanan dulu, Lego City. Bergambar dengan Halloween statue. Masa ni dah rasa panas. Nasib bawa payung. Tapi nak tolak stroller pegang payung memang susah. Di Bahagian ini Kami naik Junior Driving school, Lego Rescue Academi, Lego City Airport, Boating school, Legoland Express dan Lego City Stage. Yang mana lepas untuk Anas, husband atau saya gilir-gilir teman. Yang mana Auni lepas, kami masuk je berempat.


Kemudian kami pergi ke Land of Adventure. Kat sini tak banyak sangat aktiviti yang sesuai dengan Anas Auni. Yang sesuai pun Anas tak nak naik. Yang Anas dan Auni suka Pharaoh's revenge. Berkali-kali main. Lepas tu masuk Lost Kingdom Adventure.


Cuaca panas, cari port nak stop yang berbumbung. Lepas tu ke Imagination. Ada 7 aktiviti je. Saya teman Anas Auni naik Duplo Express. Lepas tu biar budak-budak main kat Duplo Playtown dan Build & Test. Kami rest kejap. Cuaca panas, kalau nampak kerusi memang stop rest kejap. Masa ni Anas Auni dah letih. Mood tak ok dah.


Then kami teruskan ke Lego Kingdom. Masa kami sampai kat sini ada Halloween Show kat castle stage. Lepak tengok show then budak2 dipanggil menari sekali. Anas pergi ikut menari then di bagi gula2 pada kanak-kanak. Lain2 tak sesuai untuk Anas Auni.

Kemudian lalu ikut Lego Technic. Anas Auni main lego dalam ni. Dah petang dah masa ni. Luar panas terik, section lego ni lak berhawa dingin. Memang lega la duduk dalam ni. Masuk star wars miniland, figurine star wars dari lego di sini. Pastu masuk Technic Twister. Pening kepala, pusing2.

Ada lakonan dalam dewan tentang ninjago tapi tak ingat section mana. Memang ini last show kami tengok. Auni dah tertidur masa ni. Habis show, hujan lebat kat luar. Miniland tak sempat pergi. Nasib la kami ada bawa baju hujan dan payung. Lari2 tolak stroller usung Anas Auni. Terus masuk cafe sebelum keluar terus dari Legoland.

Ralat juga tak semoat masuk miniland tapi rasanya dengan anak kecik ni susah nak habiskan semua tempat dalam masa 1 hari. Better beli je annual pass. 2 hari baru habis explore. Tu pun kalau tak penat.

Balik kami terus ke hotel rehat. Malam baru keluar cari makan.

Wednesday, March 14, 2018

Trip ke Krabi - Hatyai 2018 - Agen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Kami gunakan Barracuddas Tour untuk trip kali ni. Harga yang di bayar meliputi :

Harga Pakej Dewasa.        
👉🏻 *Rm499*
Harga pakej kanak(3-11 tahun)
👉🏻 *Rm295*
*Pakej termasuk*
🚐 Van komuter Thailand utk 3 hari perjalanan( wifi/lcd/karaoke)
🏪Hotel 2 malam di Aonang(3 star)
🚢 SpeedBot utk aktiviti 4 pulau (chicken island, poda island, Railay island, Tup Island)
💸 Insuran bot
🍛 1x makan tengahari semasa aktiviti laut
🏊 peralatan snokling
⛵Bot sewa khas  ke Restoran Terapung
👲 TourGuide
🔵Kaedah Bayaran
1) Deposit Rm100 (Dewasa)
2) Deposit Rm50 (kanak-kanak)
* baki bayaran dalam Baht*



Bayaran yang kami buat (ikut tukaran wang semasa)
RM 487.50 / dewasa
RM 287.50 / kanak-kanak
Bayaran ke Taman Negara RM50 / orang (2 pulau) - dewasa dan kanak-kanak sama bayaran.

Jumlah bayaran untuk kami 2 dewasa 2 kanak-kanak (5 & 2 tahun)
RM 1412.50

Bayaran kami lebih murah dari harga masa awal² deal sebab matawang nilai Baht lebih rendah banding dengan 2017 masa saya ke Hatyai.

Tentatif perjalanan juga diberi sebelum trip bermula.

Pakej Krabi - Hatyai

Hari Pertama
7.30am - berkumpul di Duty Free, Bukit kayu Hitam, Kedah,
11.00 am- Bertolak ke Hatyai setelah selesai Urusan Passport/money changer, sarapan
12.00 pm- Tiba di Andaman Gateway ( photo session)😘🐘🐳
1.30 pm - Tiba di RnR Trang/ makan/ solat jamak
2.00pm- bergerak ke Gua khaokob
✅ Bayaran masuk bath100

5.00pm- Tiba di Krabi Town. Bertolak ke Stimboat house
7.30 pm- Night market
9.30pm- Urusan  pendaftaran Hotel. Aktiviti bebas

Hari kedua
8.00 am- Berkumpul utk Sarapan
9.30 am-bertolak ke Jetty utk aktivity 4 Island hoping + snorkling🏊🏼
1) Railey Beach/Phranang cave
2)Chicken Island
3) Poda Island( National Park)
4) Tup Island( National park)
✅Bayaran masuk utk National park (Poda Island & Tup Island Bath 400)

4:00 pm: Tiba di Hotel
6:00 pm: Bertolak ke 7 heaven (bayaran 100baht)
9:00pm : Aktiviti bebas

Hari ketiga
9.00am- check out hotel.
10:00- sarapan pagi & kem gajah
1.30pm- bertolak ke Trang
singgah di RnR Trang
3:00 pm - bertolak ke hatyai Floating market
6:00 pm- tiba  di Hatyai floating market
7.00pm- bertolak ke Danok
8.00pm - tiba di Danok & Shopping terakhir Di danok
8.30pm- urusan passport
peserta dihantar ke Duty Free Shop.

Bagi yang perlukan percutian santai, tak nak fikir destinasi nak dituju, cari arah jalan boleh ikut pakej dan agen. Memang full activity dan semua mengikut jadual. Kami yang biasa independent bila dengan agen jadi tak best. Bukan salah agen. Agen ok. Kami dengan anak, memang susah nak ikut waktu. Nak makan pun terkejar. Kami suami isteri kalau boleh lepas ni nak holiday macam biasa. Redah je sendiri. Makan pun enjoy nak pilih kedai mana. Nak bergambar berapa jam pun tak de masalah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...