Trip ke Legoland, Johor dan Melaka 2018 - Day 1 & 2
22 Oktober 2018 - Isnin
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lepas solat Subuh, kami ke cafe untuk sarapan. Selepas sarapan mandi dan bersiap untuk ke Theme Park Legoland. Kami parking di Medini Mall, bayaran mengikut jam. Hari ni kami berempat saja. Keluarga abang ipar tak dapat join. Lepas parking terus ke kaunter. Tak perlu ambil tiket. Tunjuk barcode dari voucher yang terima melalui email. Auni tak perlukan tiket. Husband lupa ambil part kamera. Lepas tinggalkan kami kat dalam theme park dia ke kereta. Staf benarkan keluar masuk. Saya bawa Anas Auni jalan-jalan sekitar The Beginning.
The Beginning ada kedai-kedai jual merchandise, cafe, toilet, ATM, sewa stroller, surau. Nak jalan jauh susah lak sebab ada 2 stroller nak tolak, beg lagi. Kami bawa air masak. Beg ada di check di kaunter tapi tak terlalu details. Ada banyak maskot halloween berkeliaran, menari buat show. Anas seronok tapi Auni takut. Anas je la bergambar.
Husband sampai, kami ke side kanan dulu, Lego City. Bergambar dengan Halloween statue. Masa ni dah rasa panas. Nasib bawa payung. Tapi nak tolak stroller pegang payung memang susah. Di Bahagian ini Kami naik Junior Driving school, Lego Rescue Academi, Lego City Airport, Boating school, Legoland Express dan Lego City Stage. Yang mana lepas untuk Anas, husband atau saya gilir-gilir teman. Yang mana Auni lepas, kami masuk je berempat.
Kemudian kami pergi ke Land of Adventure. Kat sini tak banyak sangat aktiviti yang sesuai dengan Anas Auni. Yang sesuai pun Anas tak nak naik. Yang Anas dan Auni suka Pharaoh's revenge. Berkali-kali main. Lepas tu masuk Lost Kingdom Adventure.
Cuaca panas, cari port nak stop yang berbumbung. Lepas tu ke Imagination. Ada 7 aktiviti je. Saya teman Anas Auni naik Duplo Express. Lepas tu biar budak-budak main kat Duplo Playtown dan Build & Test. Kami rest kejap. Cuaca panas, kalau nampak kerusi memang stop rest kejap. Masa ni Anas Auni dah letih. Mood tak ok dah.
Then kami teruskan ke Lego Kingdom. Masa kami sampai kat sini ada Halloween Show kat castle stage. Lepak tengok show then budak2 dipanggil menari sekali. Anas pergi ikut menari then di bagi gula2 pada kanak-kanak. Lain2 tak sesuai untuk Anas Auni.
Kemudian lalu ikut Lego Technic. Anas Auni main lego dalam ni. Dah petang dah masa ni. Luar panas terik, section lego ni lak berhawa dingin. Memang lega la duduk dalam ni. Masuk star wars miniland, figurine star wars dari lego di sini. Pastu masuk Technic Twister. Pening kepala, pusing2.
Ada lakonan dalam dewan tentang ninjago tapi tak ingat section mana. Memang ini last show kami tengok. Auni dah tertidur masa ni. Habis show, hujan lebat kat luar. Miniland tak sempat pergi. Nasib la kami ada bawa baju hujan dan payung. Lari2 tolak stroller usung Anas Auni. Terus masuk cafe sebelum keluar terus dari Legoland.
Ralat juga tak semoat masuk miniland tapi rasanya dengan anak kecik ni susah nak habiskan semua tempat dalam masa 1 hari. Better beli je annual pass. 2 hari baru habis explore. Tu pun kalau tak penat.
Balik kami terus ke hotel rehat. Malam baru keluar cari makan.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)