Showing posts with label bercuti bersama anak kecil. Show all posts
Showing posts with label bercuti bersama anak kecil. Show all posts

Wednesday, January 31, 2018

Pengalaman bercuti di Padi Box

Blok utama, bilik kami berhadapan dari sini

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya nak kongsi pengalaman saya menginap di Padi Box, Sekinchan. Kami stay di sini hari Ahad dan check out hari Isnin. Beberapa minggu sebelum ke sana saya call untuk semak availibility. Weekend memang full. Saya ada juga blogwalking baca pengalaman orang lain stay di sana dan teliti website mereka untuk tengok bilik yang akan dapat best view. Saya study juga bulan yang sesuai untuk bercuti. Lepas call cek bilik yang sesuai dan tarikh, saya diberi details untuk bayaran. Lepas transfer duit, beri bukti pembayaran dan print resit semasa check in. Bayaran kami adalah RM138 untuk :

                             

Room RateRM138.00
Weekend RateRM178.00
Promotion RateRM138.00
School Holiday RateRM138.00
Public Holiday RateRM178.00
                                      

Kami sampai di Padi Box 4 petang. Parking di sediakan di luar Padi Box. Husband masuk dulu untuk urusan pendaftaran. Pintu di kunci. Perlukan access card untuk keluar masuk. Nak masuk boleh cakap di speaker untuk check in. Kena bayar deposit RM50. Urusan pendaftaran di dalam tetapi bilik kami di kontena luar. Kami sahaja di situ, tak berkongsi dengan orang lain. Rasanya ada 3 biji kontena yang serupa macam ni. Rak kasut ada di luar.

                                               
Masuk bilik terus nampak pemandangan sawah padi. Damainya rasa. Sliding door dikunci dari dalam. Luar kontena ada pintu yang akan staf tutup bila malam dan buka semula bila pagi.


Kerusi juga di sediakan di tepi pintu kontena. Kot nak ambil angin petang² boleh guna. Katil saiz queen. Ada tv, karpet tepi katil. Buka sliding door angin masuk sambil lepak tepi sliding door. Bilik jenis memanjang. Tepi katil ada meja untuk guna semasa makan dan tepi meja adalah bilik air. Ada penghawa dingin yang memang sangat sejuk. WiFi macam tak berfungsi. Langsung tak de coverage.


Di tepi kontena ada taman permainan, buaian, jongket untuk riadah petang. Kafe pun ada dalam blok utama. Di luar tepi parking pun ada western cafe di dalam bas. Nice deco. Tai saya tak sempat pun masuk dan snap photo.


Kat blok utama selain cafe, ada dobi, BBQ, dan perkhidmatan sewa basikal juga di sediakan. Baca beberapa review katanya kanak² boleh main pool tapi tak nampak pun pool. Kami pun tak bertanya. Hari pertama di sana kami keletihan selepas sehari aktiviti sky mirror. Lepas rehat, petang kami cari tempat untuk mendobi baju dan tapau makan malam makan di bilik sambil tengok astro. Kemudian tidur.


Esoknya bangun sebelum check out bergambar sekitar blok utama dan terus drive untuk ke destinasi lain. Tak sempat pun nak explore banyak. Husband cakap next time kena ambil 2 malam dan enjoy semua benda yang boleh buat di sini.

Itu sahaja perkongsian pengalaman saya disini.


Monday, November 6, 2017

Jalan-Jalan makan Angin - #AnSHoliday - Sekinchan, Sepang, Bagan Lalang - Day 3

23/10/2017 - Isnin

Mentarang - RM26
Tol - RM16.90
Hotel - RM416.95


Assalamualaikum,
Hari ketiga bercuti. Pagi ni bangun tidur di Padi Box. Bestnya bangun tengok matahari naik dan padi menghijau. Alhamdulillah, indahnya ciptaan Allah. Kemas baju dan barang, 11.30pagi check out.


Lepas check out kami teruskan misi mencari mentarang. Dah sampai sini rasa rugi lak tak mencuba kan. Drive sampai ke Faridah Mentarang bakar yang popular tu tapi tak berhajat nak singgah makan. Ramai review kata servis kurang memuaskan. Banyak lagi kedai, gerai yang jual mentarang area sini. Malangnya banyak yang tutup. Mujur la satu buka. Rumah yang dijadikan kedai dan gerai. Din Mentarang Bakar kalau tak silap saya namanya.

Mentarang celup tepung

Tanya harga dan menu. Semua makanan berasaskan mentarang, sup, tomyam, bakar, goreng tepung dan nasi goreng mentarang. Harga mentarang bakar ikut saiz. Yang besar RM30/kilo, kecil RM25/kilo. Mentarang celup tepung RM40/kilo.Saya ambil bakar ½ kilo yang kecil dan celup tepung RM10. Sedap. Husband yang mula-mula tak mau pun kata sedap. Di bagi sekali air asam untuk cicah tapi kami makan camtu je pun dah sedap. Kami bungkus je makan dalam kereta.

Mentarang bakar
Dalam perjalanan, singgah beli coconut shake. Semalam lalu tengok orang ramai. Ada 3 saiz dengan 3 harga RM3, RM6, RM9. Rasanya, just nice. Klebang menang.


Teruskan perjalanan ke Sepang. Jauh juga. 6 kali masuk tol. 3.30 petang sampai depan Avani Sepang. Husband settle barang dan saya ke reception. Bagi nombor ID dan nama booking. Husband yang booking, kena tunjuk IC. Kejap je proses check in. Semua detail dah ada, sign, letak nombor telefon dan email je. Dah boleh masuk bilik. Masuk baju dalam beg dan husband park kereta. Then ke bilik naik buggy. Sebut nombor bilik dan mereka hantar sampai depan tangga. Bilik kami tingkat atas.



Masuk bilik mandi, rehat. 5 petang pergi pool mandi. Seronok la budak² mandi. Kolam budak cangkat je air. Auni keluar masuk kolam macam buka pintu almari je. Saya yang risau. Ajak husband cepat² naik. 6 petang masuk bilik, mandi dan siap nak keluar makan. Keluar naik buggy ke lobi. Dari lobi ke parking naik van. Adik yang bawa van ramah dan baik. Dia suggest makan di Saujana apa ntah nama kedainya. Kedai nombor 2. Siap cadang menu lagi. Terbaik adik ni.


Kami ikut cadangan adik tu. Tak ramai orang. Pilih pari 2 ketul untuk bakar, sotong nak goreng tepung dan siput masa telur pedas. Air fresh orange. Cepat sampai makanan kecuali pari bakar. Kami lapar. Makan laju-laju dan lalat sangat banyak. Kehadiran lalat mengganggu kami. Sampai dah habis makan, pari bakar masih tak sampai. Lauk sedap. Lepas 10 minit habis makan baru pari bakar sampai. Ratah je, dah nasi habis. Sedap perapan pari. Husband tambah lagi lauk sotong bakar, nasi putih untuk makan kat bilik. Fresh orange lagi 2 bungkus. Semua harga RM86.40.
Masa nak balik orang dah ramai. Nasib kami awal.


Park kereta dan guard inform driver untuk.pick up kami ke lobi. Adik yang sama juga. Ramah tamah adik ni. Naik buggy masuk bilik dan rehat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...