Showing posts with label danok. Show all posts
Showing posts with label danok. Show all posts

Monday, July 1, 2019

Short Trip ke Narathiwat, Golok, Thailand


Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Weekend yang panjang bagi saya 😂 sebab sorang² je kat asrama bila satu aras semua balik kampung, holiday dan etc. Ajak kawan pergi JJCM dan dia suggest masuk Golok. Plan awal nak masuk secara Halal dan Sah. Set time dan hari. Hari kejadian, dia cakap nak masuk secara illegal. I follow je.


Drive ke Rantau Panjang, lalu Imigresen. Park kereta kat rumah² orang dengan bayaran RM5. Pergi kat jeti, naik bot eh sampan kat Sungai Golok. Jarah 50 meter je kot. Sampai balik sana, bayar RM2 sorang. Pastu tunggu Sofia, kawan kepada adik kawan saya 😅. Sofia naik motosikal. Kami berempat naik motosikal tanpa helmet.
Tempat first Wawa Seafood, sebab masing² belum makan. Malangnya menu siap jam 12 tengah hari. Lebih kurang 30 minit. Ok la, just tunggu, minum², snap gambar.


Tepat 12 tengah hari (waktu Thailand) semua makanan sampai. Tomyam sedap sangap. Ikan Tilapia bakar lembut dan fully cooked. Kena makan dengan suhun ikan tu then cicah sambal hijau. Somtam biasa je. Order 2 somtam, somtam.ikan masin dan somtam buah. Satu lagi menu Lab daging. Daging cincang rasa macam kerabu. Harga semua lebih kurang RM70 termasuk nasi 3, air 4.


Lepas makan kami ke Sawasdee Coffee and tea untuk dessert. Kami order 4 menu yang berlainan dan portionnya sangat besar. Tak habis pun kami makan semuanya. Sedap lepak situ cozy, hipster, aman dan tenang. Port yang cun nak bergambar. Sebelahnya tempat massage tapi harga agak mahal. Menu yang diorder Bingsu strawberi dan mango, banana toast with chocolate dan Kung Chae Nampla. Bingsu tu ais krim ais agat ada pulut dan buah. Saya suka yang mango. Manis sedap. Mango banyak dan mango yang masak ranum. Memang manis terasa. Yang strawberi agak masam. Banana toast adalah roti dan diletak hirisan pisang dicurahi sos coklat sedap gak. Kung Chae Nampla pulak adalah Udang mentah cicah sambal belacan. Lepas makan tak rasa pun udang tu mentah.


Lepas kekenyangan dan kesejukan kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu 7 eleven. Banyak list makanan nak beli tapi malangnya rak banyak kosong. Ambil mana yang ada je la. Yang tak de dalam list pun amik. Camna? Lepas beli belah di 7e, kami dihantar semula ke jeti. Naik bot dan pulang ke Malaysia dengan bayaran RM2. In case pergi tak dak kenalan boleh je naik Grab. Grab mereka tu motosikal ye dengan cas RM5 atau RM10 sorang bergantung pada jauhnya lokasi.


Monday, February 19, 2018

Jalan² Thailand 2017


short escape to Thailand. Full story will be ready soon.

Tuesday, May 2, 2017

#AnSHoliday : Hatyai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lepas seminggu kenduri, kami bercuti ke Thailand. Adhock plan je ni. Jumpa kawan saya masa kenduri, dia inform nak pergi Thailand. Cakap nak join, bincang ngan husband dan terus jadi. Sebab singkat sangat plan tak sempat nak study. Ambil info dari kawan saya je. Kami plan nak drive sendiri. Kena bawa geran kereta asal dan pasport. Malam sebelum pergi siap² barang dan kemas kereta. Minyak dah isi 20 liter.

Sabtu, 1/4/2017
Minyak 40 liter (RM2.13x40)
Tol : RM14.60
Insurans kereta : RM29
Simkad : 250B
Lunch : 590B
Pancake : 80B
Tut² : 200B
Hotel : 1300B
Selipar Anas : 100B
Air : 75B
Massage : 400B

7.10 pagi gerak ke RnR Gurun. Disini berkumpul dan breakfast. Kami sampai 8 pagi. Mandikan Auni. Anas masih tidur. Tak rasa nak makan pun. Isi minyak lagi 20 liter.

9 Pagi - bertolak ke Bukit Kayu Hitam. Stop di kedai area Changlun untuk buat Insurans kereta dan tukar duit. Di sini kena bagi sekali passport untuk ambil dokumen. Lepas tu gerak ke bahagian imigresen Malaysia. Drive thru je, hulur passport dan akan di cop. Kami parking tepi sebab ada satu kereta sangkut imigresen sebab kes PTPTN. Ambil masa sikit nak settle, so kami drive dulu ke Border untuk check masuk Thailand.


Parking kereta tepi dan semua kena turun beratur di kaunter. Masa ni baru perasan, selipar Anas tak bawa. Dukung la dia beratur untuk cop pasport. Setiap passport kena selit RM2. Kena tunjuk muka di kamera kaunter. Dah selesai kami semua tunggu depan. Driver kereta kena bawa passport dan dokumen kereta untuk pengesahan pula di kaunter lain. Staf kaunter minta RM5 dari husband. Kereta kawan saya sangkut di sini. Katanya dokumen tak bagi masa keluar dari Thailand dulu. Kena denda 10000B kalau nak masuk gak.


Hampir 2 jam.kami sangkut di sini berkenaan isu kereta. Kami semua 5 kereta. 2 kereta sangkut. Lastly, semua sumbat dalam 3 kereta dan 2 kereta yang sangkut tinggal di sempadan. Di sini husband beli sim kad 250B dengan unlimited data + kredit untuk call. Phone saya dah off data dan guna wifi dari fon husband. Bila semua dah setel, kami pergi lunch di Tai Kod Decha. Restoran yang popular dengan teh buih, tomyam kelapa, pulut ayam.


Kami order air 3, tomyam seafood, sotong rebus dan ayam goreng. Tomyam pedas sangat. Dalam tomyam ada ikan. Sotong besar sangat, 2 ekor yang ada telur. Memang puas makan. Semua sekali harga 590B. Lepas makan survey cari hotel. Husband kawan saya yang cari through internet. Jumpa hotel setelkan check in dan rest. Dah deal nak jumpa semula di lobi 5 petang. Kami stay di Grand Pink Hotel dengan bayaran 1300B semalam. Hotel yang selesa dan kemudahan seperti yang kami harapkan. Kami sangat berpuas hati dengan keadaan hotel, parking juga di sediakan (parking tal berbumbung). Kami park kereta dan gerak guna tut².


5 petang jumpa di lobi dan gerak naik tut² ke Klong-Hae Floating Market. Sampai kat sini cari selipar untuk Anas dulu tapi masa ni hujan dan payung kami tertinggal di kedai makan tadi. Gigih la kami 4 beranak lari² dalam hujan dengan selindung bawah khemah. Jumpa selipar Anas dengan harga 100B, turun bawah ronda sepanjang sampan cari makanan. Beli air je 2 bekas. Anas nak sangat bekas air tanah liat muka ultraman. Makanan beli gak, nama apa ntah. Macam otak² tapi iso ketam. Pedas yaamat. Lain² rasa yang kawan² beli, kerabu megi, aiskrim coconut, dan lain-lain lagi.

25B


Banyak kedai area sini tapi hujan, tak leh nak jalan-jalan. 9 malam kami gerak balik naik tut² yang sama. Sampai hotel aktiviti bebas. Kami masuk 7eleven area hotel, beli air. Kawan saya kata air ni sedap. Kat Malaysia tak de pun air sedap camni. Lepas beli air tengok kat luar 7e ada penjual banana pancake. Terus teringat Krabi. Mesti nak try pancake tu. Rupanya macam roti canai tapi lebih nipis. Inti dalam boleh request nak apa. Saya ambil pisang dan nutella. Harga satu 40B.


Lepas beli banana pancake, jalan nak masuk hotel ada kedai urut. Kami urut dulu sebelum masuk hotel tidur. Seorang 200B je upah urut. Lepas urut masuk bilik rehat dan tidur.


Ahad, 2 April 2017
Breakfast : 280B
Lunch : 350B
Tut² : 240B
Shoot : 100B
Gambar : 120B
Baju : 500B
Massage : 200B
Shopping : 145B + RM40
Tol : RM14.60


10 pagi check out hotel dan pergi breakfast di restoran muslim. Mulanya saya order roti canai telur, husband ambil nasi lauk dengan daging salai dengan harga makanan hubby. Tapi roti saya tak sampai². Mungkin lupa buat. Saya pergi ambil set nasi kerabu (60B). Lepas makan sementara tunggu yang lain² sampai, kami jalan dari restoran ke parking hotel. Rest jap dalam kereta. Then naik tut² ke ChanG Puak Camp. Ada yang naik gajah. Naik gajah dengan cas 500B (dewasa) dan 250B (kanak²). Husband ambil gun shooting je 150B, pastu beli gambar kami 120B.


Kemudian ke Songkhla Sports Shooting Club. Untuk yang nak merasai pengalaman menembak dengan senhata sebenar boleh ke sini. Dengan bayaran 850B, 15 peluru diberi. Lepas selesai menembak, masing² dah lapar. Berhenti makan di Restoran Kelantan. Kami order 2 nasi putih, sup ayam, udang goreng tepung dan udang petai. Air kat sini semua sama harga 25B. Lepas makan gerak ke Plaza. Ada yang nak shopping. Saya beli t-shirt 4 helai dengan harga 500B.


Seterusnya hilangkan lenguh² badan dengan berurut. Rumah urut yag berlainan tapi masih cas yang sama 200B. Husband je urut. Lepas urut kami gerak ke Danok. Kat sini beli barang² yang di pesan. Saya beli maggi 1 box (150B), pes tomyam (50B), sirap botol (55B) nescafe 45g (30B) dan keropok (20B). Ini sesi terakhir habiskan duit Thailand. Ada baki dalam 16B. Kedai² di sini terima duit Malaysia. Maggi, mainan Anas dan Nescafe guna duit RM.

Lepas shopping, masuk border. Drop kawan saya di bahagian pejalan kaki dan kami terus ke bahagian kastam. Ada 2 kaunter kena lalu. First untuk pulangkan slip dan cop pasport individu. Tak perlu turun kereta pun. Jangan lupa selit RM2 untuk setiap passport. Selesai di kaunter sini, ke kaunter seterusnya untuk kereta. Pulangkan form kereta bersama RM5. Form kena sign by driver. Driver je turun. Jangan lupa RM5, nanti ada lak kereta tak lepas masuk next time. Selesai di sini, drive terus ke bahagian Kastam Malaysia. Kena bagi passpirt untuk pemeriksaan dan driver kena buka boot kereta untuk sahkan barang yang di beli.


Selesai disini, boleh teruskan perjalanan pulang. Sampai rumah 12.30 pagi. Beberapa kali stop, kalau tak sampai awal lagi. Husband cakap next time boleh pergi lagi. Banyak lagi tempat tak explore. Tunggu currency cantik sikit, nak berbelanja pun seronok sikit. Makan di Thailand agak mahal. Huhu. Yang pergi ni banyak habis duit untuk makan je. Banyak.lagi tempat yang plan nak pergi tapi tak jadi pergi. May be next time plan lain 😉


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...