Monday, July 1, 2019

Short Trip ke Narathiwat, Golok, Thailand


Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Weekend yang panjang bagi saya 😂 sebab sorang² je kat asrama bila satu aras semua balik kampung, holiday dan etc. Ajak kawan pergi JJCM dan dia suggest masuk Golok. Plan awal nak masuk secara Halal dan Sah. Set time dan hari. Hari kejadian, dia cakap nak masuk secara illegal. I follow je.


Drive ke Rantau Panjang, lalu Imigresen. Park kereta kat rumah² orang dengan bayaran RM5. Pergi kat jeti, naik bot eh sampan kat Sungai Golok. Jarah 50 meter je kot. Sampai balik sana, bayar RM2 sorang. Pastu tunggu Sofia, kawan kepada adik kawan saya 😅. Sofia naik motosikal. Kami berempat naik motosikal tanpa helmet.
Tempat first Wawa Seafood, sebab masing² belum makan. Malangnya menu siap jam 12 tengah hari. Lebih kurang 30 minit. Ok la, just tunggu, minum², snap gambar.


Tepat 12 tengah hari (waktu Thailand) semua makanan sampai. Tomyam sedap sangap. Ikan Tilapia bakar lembut dan fully cooked. Kena makan dengan suhun ikan tu then cicah sambal hijau. Somtam biasa je. Order 2 somtam, somtam.ikan masin dan somtam buah. Satu lagi menu Lab daging. Daging cincang rasa macam kerabu. Harga semua lebih kurang RM70 termasuk nasi 3, air 4.


Lepas makan kami ke Sawasdee Coffee and tea untuk dessert. Kami order 4 menu yang berlainan dan portionnya sangat besar. Tak habis pun kami makan semuanya. Sedap lepak situ cozy, hipster, aman dan tenang. Port yang cun nak bergambar. Sebelahnya tempat massage tapi harga agak mahal. Menu yang diorder Bingsu strawberi dan mango, banana toast with chocolate dan Kung Chae Nampla. Bingsu tu ais krim ais agat ada pulut dan buah. Saya suka yang mango. Manis sedap. Mango banyak dan mango yang masak ranum. Memang manis terasa. Yang strawberi agak masam. Banana toast adalah roti dan diletak hirisan pisang dicurahi sos coklat sedap gak. Kung Chae Nampla pulak adalah Udang mentah cicah sambal belacan. Lepas makan tak rasa pun udang tu mentah.


Lepas kekenyangan dan kesejukan kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu 7 eleven. Banyak list makanan nak beli tapi malangnya rak banyak kosong. Ambil mana yang ada je la. Yang tak de dalam list pun amik. Camna? Lepas beli belah di 7e, kami dihantar semula ke jeti. Naik bot dan pulang ke Malaysia dengan bayaran RM2. In case pergi tak dak kenalan boleh je naik Grab. Grab mereka tu motosikal ye dengan cas RM5 atau RM10 sorang bergantung pada jauhnya lokasi.


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...