Showing posts with label drama keluarga. Show all posts
Showing posts with label drama keluarga. Show all posts

Monday, July 10, 2023

Review Drama : Dr Cha

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Drama yang disebut-sebut di media sosial. Saya jenis tak suka twngok drama on going sebb bila drama tu best mesti bak cepat-cepat tahu ending. Tapi ntah camna terjebak jugak tengok. Ingatkan sempat la tengok sehari 1 episod dah masa semua episod dah release saya masih keep in track. Rupanya tak, sebab best tak sedar saya klik ke next episode. Sudahnya saya pun join team on going every week tu. 

Sinopsis

Kisah wanita yang kahwin masa belajar. Dia dna husbandnya student medic. Hbis belajar, dia bersalin dna uruskan rumahtangga. Ada ijazah Doktor tapi tak kerja pun. Husband dia lak bekerja dan dah jadi ketu jabatan pun. Rupanya husband dia jalinkn hubungan sulit dengan cinta pertamanya yang bekerja sam hospital. Awalnya lepas anak² dh besar, Dr Cha buat keputusan nak bekerja sebagai doktor. Tapi dia kena bermula dari awal. Ambil ujian, lulus ujian dia masuk housmanship. Masa ni baru husband dia tahu dan marah. Husband dia tak benarkan bekerja tapi dia insist jugak nak. Actually husband di takut kantoi hubungan sulit tu sebab ketiga² mereka kerja 1 bangunan lain department ja. Falam masa yang sama Doktor Roy Kim yang rawat Dr Cha baru ditukarkan ke hospital mereka juga. Doktor ni lak nampak sangat suka kat Dr Cha. Husband Dr Cha tergugat. Then bila kantoi hubungan sulit, Dr Cha minta cerai, harta sepencarian dan lain-lain lagi lagi la husband dia tak senang duduk. 

Ending? Dr Cha cerai tak? Dr Kim luah perasaan tak dekat Dr Cha? Hububga sulit husband Dr cha lak?

Thursday, December 2, 2021

Review Drama : Flower Of Evil


16 episod. Saya tonton di Netflix. Pernah beberapa kali tonton tapi bila tonton Episod pertama dimulakan dengan adengan Sxx terus saya stop. Malas lak nk tengok drama xxx ni. Then few friends suggest suruh tengok. Kali ke tiga berjaya habiskan. Genre thriller, murder, family.

Sinopsis

Do Hae Syung hidup dengan identiti Baek Hee Sung selama 15 tahun dan mengahwini detektif bernama Cha Ji Won. Kisah silam dia adalah anak pembunuh bersiri yang kisah pembunuhannya tamat selepas ayahnya ditemui mati tapi mangsa terakhir belum ditemui mayatnya. Apabila terjadi pembunuhan, kes dibuka semula. Semasa menjalankan siasatan CJW perasan ciri-ciri DHS seperti ciri-ciri suaminya. Dia semakin curiga kepada suami hingga dia minta untuk berpisah. Kemudian kakak DHS muncul dan mengaku dia adalah pembunuh ketua kampung. Setelah identiti DHS terbongkar, dia menafikan jenayah itu dan menjadi pemberi maklumat kepada polis. Tetapi bukti-bukti menunjukkan DHS adalah pembunuh. Benarkah DHS tidak melakukannya? 

15 episod saya ras apuas menonton tapi episod terakhir rasa kecewa. Episod tu loose sangat. Tak wujud pun tak pa episod tu. Drag betul nak completekan 16 episod.

Thursday, February 25, 2021

Review drama Korea - Sky Castle

 


Lama dah habis tonton drama ni tapi check balik post, rupanya belum buat review. Drama ni tonton tahun lepas lagi. Drama ni banyak watak. Masing-masing mainkan part masing-masing. Mula-mula memang confuse dengan nama watak dan karakter. Dah suku drama tonton dah boleh adapt mana satu. Kisahnya memang real jadi kat kehidupan kita. Masing-masing berlumba-lumba anak sapa paling pandai sampai tak kisahkan perasaan anak. 


Sinopsis


Kisah sebuah kejiranan mewah yang setiap keluarga berlumba-lumba nak beri pendidikan terbaik buat anak. Semua nak anak masuk SNU (Seoul National University). Yang tinggal situ memang golongan elit sahaja. Doktor-doktor dan profesor. Jadi semua nak suruh anak berjaya macam mereka. Sampaikan anak-anak tertekan. Hidup takde makna hanya nak puaskan hati mak ayah diorang. Belajar sepanjang hari. Sekolah, kelas tambahan, tutor, ulangkaji di rumah lagi. Siang malam kena belajar. Aktiviti hujung minggu pun bosan. Join kelab buku. Kena baca buku-buku falsafah berat yang tidak sepadan dengan umur mereka.


Cerita ni ada banyak plot melibatkan 5 keluarga di SKY Castle tu. Masing-masing ada peranan menghidupkan drama dan saling berkait. Semua keluarga ada masalah tersendiri walaupun hidup mereka nampak gah dan hebat di mata orang lain. Ada kisah 5 keluarga. 5 cerita la. Masing-masing nak tunjuk hebat dan ada kisah disebaliknya. Berkejar nak Tutor Kim. Sebab dia bukan calang-calang. Semua yang dia ajar berjaya, tak kurang juga mati. Kenapa? Kena la tengok. 


Drama ni bukan drama cintan-cintun. Bukan drama yg nak tengok awek comel dan suweeet sangat, atau nak cari hero yang acah romantik giler caring 'namatey'. Bahasa budak-budak sekarang. Ya Bukan! Bukan untuk remaja. Tapi kami tgk satu familiy ok je. Anak-anak pun boleh faham.


Siapa kena tengok cerita ni? Semua orang pun boleh tengok. Tapi yang dah jadi mak ayah sangat disarankan. Cikgu-cikgu pun sama. Dah tentu la cikgu pun patut tengok. Kisah berlatar belakangkan sistem pendidikan kan. Jujurnya, apa yang digarap dalam drama ni sebenarnya ada juga dalam masyarakat kita. Stigma belajar pandai, dapat masuk U, kemudian ada kerjaya bagus barulah dikira berjaya, sudah lama berakar umbi dalam pemikiran masyarakat. Susah nak ubah dah. Kita mansuhkan peperiksaan bertahap pun ada yang meroyan. Ok, tak nak ulas panjang yang tu. Tapi selepas menonton cerita ni, sedikit sebanyak hati terjentik jugak la. Saya la... Orang lain tak pasti. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...