SinopsisPelokon wanita terkenal Bollywood, tiba-tiba hilang. Kes jadi siasatan polis dan setiap ahli keluarga nya ditemu ramah tetapi setiap dari mereka menyembunyikan kisah sebenar. Kematian jurusolek dan pasangannya dalam movie terbaru menyebabkan mereka menyangka kan dia juga mati. Siapa dalang di sebalik semuanya?
Thursday, March 24, 2022
Review Drama : The Fame Game
Thursday, December 9, 2021
Review Drama : The Bridge season 2
SinopsisSelepas kematian Mia, Megat tak lagi bekerja dengan CIA. Serena dari CIA Singapura bekerjasama dengan Heriyanto ICD Singapura untuk kes pemerdangan manusia dan juga pembunuhan. Megat bekerja dengan Dato Ishak sebagai undercover untuk memberi maklumat kepada CIA. Misi undercovernya hanya diketahui oleh 2 orang tetapi Serena mula mencurigai Megat bila Megat mencuri datanya dan maklumat itu dibocorkan kepada Dato Ishak.
Thursday, December 2, 2021
Review Drama : Flower Of Evil
SinopsisDo Hae Syung hidup dengan identiti Baek Hee Sung selama 15 tahun dan mengahwini detektif bernama Cha Ji Won. Kisah silam dia adalah anak pembunuh bersiri yang kisah pembunuhannya tamat selepas ayahnya ditemui mati tapi mangsa terakhir belum ditemui mayatnya. Apabila terjadi pembunuhan, kes dibuka semula. Semasa menjalankan siasatan CJW perasan ciri-ciri DHS seperti ciri-ciri suaminya. Dia semakin curiga kepada suami hingga dia minta untuk berpisah. Kemudian kakak DHS muncul dan mengaku dia adalah pembunuh ketua kampung. Setelah identiti DHS terbongkar, dia menafikan jenayah itu dan menjadi pemberi maklumat kepada polis. Tetapi bukti-bukti menunjukkan DHS adalah pembunuh. Benarkah DHS tidak melakukannya?
Thursday, May 27, 2021
Review Drama : Vincenzo
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya tonton drama ni sebab suggestion dari rakan-rakan di FB. Ikutkan waiting list drama lain banyak lagi. Tapi tak menyesal pun tengok. Best gak. Hero pun kacak bergaya.
Sinopsis :
Vincenzo Cassano adalah penasihat untuk geng Mafia di Itali. Dia pulang ke Korea untuk keluarkan emas yang di simpan di bawah bangunan miliknya. Tapi pelbagai perkara terjadi semasa proses itu. Secara tidak langsung dia terlibat dengan kes saman keatas Syarikat Babel. Bos Babel dan peguamnya yang bengang dengan Viscenzo cuba pelbagai cara untuk hapuskan Vincenzo. Begitu juga Vincenzo guna pelbagai cara untuk melawan Babel. Bertambah buruk bila semua orang atasan dalam sektor kerajaan Korea berpihak pada Babel.
Total 20 episod. Every episod tak bosan, tak sabar nak move ke next episode.
Thursday, February 18, 2021
Review Drama Korea - The Girl with Sees Scent
Rasa lama dah tak marathon drama. Banyak tengok movie je tahun ni. Bukan tak nak tengok. Ada la beberama drama tengok tapi boleh tonton 2 ke 3 episod je. Lepas tu rasa tak sesuai dengan jiwa. Stop camtu je la. Tak rasa excited pun nak tau ending. Drama ni suggestion dari group Netflix. Best. Kurang seminggu selesai tonton. Drama 16 episod tapi tak rasa lama sebab setiap episod rasa menarik nak tau kesinambungannya.
Sinopsis
Chan Eun Sol, yg menyaksikan ibu bapanya dibunuh masa zaman sekolah. Dia dburu pembunuh bersiri tetapi di langgar hingga koma. Bila sedar dari koma, dia hilang ingatan dan ada superpower. Boleh melihat bau. Dia tak tahu parents dia dah mati dan di jaga oleh pegawai polis yang pernah kendalikan kes parentnya dengan identiti lain, Oh Cho Rim.
Choi Mu agak, yang ingin balas dendam atas kematian adik perempuannya. Dia menjadi polis supaya mudah untuk melihat fail kes adiknya.
1 kemalangan menemukan Cho Rim dan Pegawai Choi. Cho rim tolong Choi selesaikan kes jenayah sehingga pegawai Choi dimasukkan ke unit khas untuk memburu Pembunuh bersiri Kod Bar.
Tak banyak plot twist dalam drama ni. Even pada awal ingatkan si pembunuh adalah X tapi rupanya orang lain. Walau dah tau siapa pembunuh, masih nak teruskan menonton sebab nak tau camna pembunuh ditangkap. 2 episod terakhir memang rasa jantung laju sebab Leftenan ditangkap dan akan menjadi mangsa seterusnya.

