SINOPSISSemua orang inginkan kisah cinta yang indah, macam dalam kisah-kisah dongeng yang pernah dibaca lewat zaman kanak-kanak dulu. Dan Nea Azalea juga tak terlepas daripada mempunyai angan-angan itu. Cumanya Lea tak sangka, dia akan terperangkap dalam cinta tiga segi antara dua orang sahabat baik.
“Yang sebenarnya aku suka cupcake. Suka yang teramat sangat!” ~ Johan
“Saya suka awak.” ~ Adam
Antara Adam dan Johan, tak sukar sepatutnya untuk seorang Lea buat pilihan. Sejak lama dulu, memang Adam yang terlebih dahulu mencuit hatinya. Namun, untuk menolak Johan, dia tak sampai hati, sementelah lelaki itu terlalu banyak membantunya.
Saat Lea bersedia untuk buat keputusan, satu tragedi berlaku, hingga mengubah landskap kehidupannya. Kisah cintanya menjadi tak indah, dan yang pastinya banyak hati yang akan terluka dan terkorban…
“Sometimes I wish I didn’t fall in love but I fall off a bridge instead. At least it hurt less.” ~ Lea.
Showing posts with label farah hussain. Show all posts
Showing posts with label farah hussain. Show all posts
Friday, June 14, 2024
Review novel: Ini Sebuah Cerita Cinta
Novel dari Prolog Media tahun 2023, baru selesai bacaan tahun 2024 bulan 6. Bak kata penulis, ini kisah cliche, percintaan zaman monyet membawa ke dewasa. Ok la, boleh dibaca. Layan juga kisahnya even banyak monolog dalaman.
Thursday, May 30, 2024
Review Novel : Kimpilasi Siri 1 : Mimpikan Cinta
NOVEL KOMPILASI SIRI 1 - MIMPIKAN CINTA (LAYDEE AMARFI, NUREEN MIRZA, AIDAH BAKRI, DHIYA ZAFIRA & FARAH HUSAIN)
5 cerita bergabung di dalam satu naskhah.
• Hargai Aku – Laydee Amarfi
Cinta yang ditolak membuat Adi tekad mahu memalukan Ami. Mampukah Ami bertahan bila maruah dirinya menjadi taruhan dendam lelaki itu?
• Poskad Dari Dia – Dhiya Zafira
Bukan mudah untuk bangkit setelah kehilangan. Bagi Adwa, hidup harus diteruskan dan dia perlu bermula semula. Tapi bila poskad itu tiba, segalanya berubah.
• Bukan Bahan Eksperimen – Nureen Mirza
Fahd yang sukar untuk jatuh cinta cuba bereksperimen untuk mencari cinta sejati. Siapakah yang bakal menjadi bahan eksperimen cintanya?
• Secawan Kopi Hitam – Aidah Bakri
Quds yang sunyi berkahwin dengan Banin yang lebih suka hidup sendiri. Tanpa saling mengenali, ibarat kopi yang pahit. Mampukah mereka menelan kepahitan tersebut?
• Au Revoir – Farah Husain
Mike, janjinya satu; Dia tak akan pernah tinggalkan Bella. Namun, mengapa kehadiran Imran buat dia mungkiri janji yang satu itu?
Labels:
Acik lana,
anjell,
Dhiya zafira,
farah hussain,
Laydee Amarfi,
Nureen Mirza
Thursday, September 8, 2022
Review Novel : Hey, I Love You
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Lama dah beli novel ni tapi sebab ghairah layan drama dan Marvel series ketepi jap hobi membaca. Bila dah bosan dengan drama, sentuh balik novel.
Ada 5 kisah dalam novel ni dari 5 penulis berlainan. Persamaan kisah mereka adalah Smoke House yang buatkan saya survey harga semalam di situ.
BlurbpKisah Cinta Terpaling Klise di Dunia.
Penulis: Anna Lee
Adam, jejaka kacak yang kaya dan ‘beku’. Haura, cuma gadis biasa-biasa tapi cute pada mata yang pandai menilai. Dan apabila kedua-dua makhluk ni bertembung dalam takdir yang sama, maka terhasillah kisah cinta terpaling klise di dunia.Qué Séra, Séra
Penulis : Dhiya Zafira
Naaz... kau ingat tak apa janji kita 20 tahun lepas?”
“Janji? Janji apa?”
“Kalau kita masih tak kahwin masa umur kita 30, kita kahwin sesama kita kan. Kau ingat tak?”
Maka?”
“Kita kahwin, Naaz. Kau… aku. Kita kahwin.”
Itulah Sayang
Penulis : Farah Hussain
Sayang itu bukan pada apa yang nampak dipandang, tapi pada apa yang dirasai.
Mampukah Rayhan dan Izzat takrifkan makna sayang pada diri masing-masing?
Wanginya Cinta
Penulis: Hezzy Azra
Cita-cita Irha Natasya cuma inginkan jawatan tetap dan menjadi PA yang terbaik untuk Puan Sheyri. Tetapi bila tahu yang Harif Tuah itu anak majikannya, lain pula kisah tercipta.
Aku Bukan Kak Tipah
Penulis : Lynn Dayana
Fia, gadis tomboy, bos bengkel baiki kereta dan motor.
Hariz, lelaki yang dibuang dari sekolah tahfiz kerana menumbuk ustaz muda yang kebas kekasih hatinya. Berjodohkah mereka?
Labels:
Acik lana,
Anna lee,
farah hussain,
hezzy azra,
Lynn dayana,
novel melayu
Thursday, March 17, 2022
Review Novel : Nadi
Ini novel kedua dari penulis ini.
SinopsisRutin hidup Jasmin tak ada bezanya dengan majoriti warga Kuala Lumpur yang lain. Bangun pagi-pergi kerja-balik kerja dan perkara yang sama diulang selagi Tuhan izinkan dia bernyawa. Namun, tanpa disangka perkenalan dia dengan seseorang telah mengubah rutinnya 180 darjah! Hidup yang selama ini biasa-biasa, tiba-tiba jadi luar biasa dan Jasmin suka!Namun keseronokan itu tanpa sedar membawa dia ke dalam sebuah konflik yang melibatkan hidup dan matinya satu nyawa. Dan untuk kekal hidup, Jasmin harus memilih...Nyawa dia... atau lelaki yang disayanginya!
Kalau nak lari dari kisah cliche, boleh try baca novel ni.
Labels:
Acik lana,
adaptasi,
Anna lee,
drama,
farah hussain,
peminat novel melayu,
prolog media,
sinopsis
Subscribe to:
Posts (Atom)