Showing posts with label Lynn dayana. Show all posts
Showing posts with label Lynn dayana. Show all posts

Friday, June 7, 2024

Review Novel : My Mistakes


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel Prolog Media, karya Lynn Dayana. Beli masa di Pesta Buku 2023. 

Kisah cinta Ayra dan Raimi terputus selepas 6 tahun tapi masing-masing tak move on. Ayra berdendam dengan Raimi kerana tinggalkan dia tapi Ayra tak tahu, Raimi tinggalkannya atas arahan Komander, ayah Ayra. Ayra pula sentiasa rebel bila semua yang dia nak, tak dapat. Tetapi sejauh mana pun mereka larikan diri, koordinat mereka masih sama. Dan arahan Komander, sekali lagi Raimi terima, "Jauhkan diri dari Ayra".
Adakah Raimi mengikut arahan orang atasannya? Atau dia nak teruskan ikut kata hatinya?

Karya LD, adalah susah nak letak. Dah mula baca tu, memang cepat-cepat nak habiskan.

Monday, December 12, 2022

Review Novel : Bila Hati Berbahagi


Novel 27/2022

Bila Hati Berbahagi

Kisah Jia yang putus tunang kerana orang ketiga. Sebaik dia single Fahmi dan Taufiq hantar rombongan meminang. Kedua-dua mereka kawan baiknya. Dia menolka dengan baik dengan alasan belum bersedia. Ujian bertambah bila anak saudara boss campur tangan urusan pejabat. Satu demi satu dugaan melanda. Akhirnya dia disingkirkan dan saranan Dean untuk bekerja dengan Najmi. Menjadi penjaga kucing dan taman tidak pernah ada dalam impiannya.

Thursday, September 8, 2022

Review Novel : Hey, I Love You


Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Lama dah beli novel ni tapi sebab ghairah layan drama dan Marvel series ketepi jap hobi membaca. Bila dah bosan dengan drama, sentuh balik novel. 
Ada 5 kisah dalam novel ni dari 5 penulis berlainan. Persamaan kisah mereka adalah Smoke House yang buatkan saya survey harga semalam di situ. 

Blurbp

Kisah Cinta Terpaling Klise di Dunia.
Penulis: Anna Lee


Adam, jejaka kacak yang kaya dan ‘beku’. Haura, cuma gadis biasa-biasa tapi cute pada mata yang pandai menilai. Dan apabila kedua-dua makhluk ni bertembung dalam takdir yang sama, maka terhasillah kisah cinta terpaling klise di dunia.

Qué Séra, Séra
Penulis : Dhiya Zafira


Naaz... kau ingat tak apa janji kita 20 tahun lepas?”
“Janji? Janji apa?”
“Kalau kita masih tak kahwin masa umur kita 30, kita kahwin sesama kita kan. Kau ingat tak?”
Maka?”
“Kita kahwin, Naaz. Kau… aku. Kita kahwin.”


Itulah Sayang
Penulis : Farah Hussain


Sayang itu bukan pada apa yang nampak dipandang, tapi pada apa yang dirasai.
Mampukah Rayhan dan Izzat takrifkan makna sayang pada diri masing-masing?


Wanginya Cinta
Penulis: Hezzy Azra


Cita-cita Irha Natasya cuma inginkan jawatan tetap dan menjadi PA yang terbaik untuk Puan Sheyri. Tetapi bila tahu yang Harif Tuah itu anak majikannya, lain pula kisah tercipta.


Aku Bukan Kak Tipah
Penulis : Lynn Dayana


Fia, gadis tomboy, bos bengkel baiki kereta dan motor.
Hariz, lelaki yang dibuang dari sekolah tahfiz kerana menumbuk ustaz muda yang kebas kekasih hatinya. Berjodohkah mereka?
 

Tuesday, August 16, 2022

Review Novel : Bila Warasku Tiada

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Novel ke 17 yang dibaca. Best. Boleh beli di shopee.
Sinopsis

Saat hati dipatahkan dan segala-galanya nampak kabur, Seri buat keputusan untuk terima tawaran sebagai PA untuk Tuan Syed di Bali. Resort milik keluarga Tuan Syed itu jadi tempat dia menumpang berteduh sambil bina seorang Seri yang baru.

Strategi Syed pula: susahkan hidup Seri supaya boleh cepat-cepat dihantar balik ke Malaysia. Padan muka.

Tapi pertemuan mereka berdua bagai komet bintang terang benderang di langit sana. Syed yang terluka mula merasa senang dalam Seri yang sederhana.

“Tuan Syed tu macam mana?”
“Kau tahu… Superman? Dalam bentuk Batman… sekuat Ironman.” Seri menggambarkan bosnya itu.

Bila hati terpikat, tapi dua-dua punya bagasi yang berat… mampukah bersama?

“Nisa needs you, Syed. Forgive her mistakes.” Ayah Syed membuat permintaan.

Syed laju menolak. Tapi Seri terpaksa pulang ke Malaysia dan dia hilang gadis itu. Dunia tanpa Seri? Memang gelap tak bercahaya.

“Ya. Syed tu Nobita aku. Tapi aku bukan Shizuka dia. Kami tak mungkin bersatu.” Seri pilu.

Thursday, April 7, 2022

Review Novel : Dua Dunia, Separuh Mimpi



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel yang dibeli bulan September 2021 dan dibaca bulan Mac 2022. Saya ambil masa 2 hari nak habiskan. Novel dari Lynn Dayana memang saya tak ambil masa yang lama. Novelnya jenis 'susah nak letak'.
Ada 2 kisah dalam novel ni.

Dua Dunia

Kisah Aina yang ada pendamping iaitu Aida sejak umurnya 12 tahun. Di awalnya ibu dan abangnya marahkan Aina. Pelbagai cara di gunakan untuk merawat. Dan bila kedua mereka tidak percayakan kewujudan Aida, Aina hanya mendiamkan diri. Sehinggalah usianya 25 tahun, Aida masih setia menemaninya. Malah Aida pernah menyelamatkan Aina. Percintaan Aina dan Idham juga putus tanpa restu ibu Idham. Ibu Idham merasakan Aina tidak waras kerana sering dilihat bercakap seorang. Ibu Aina berniat ingin menjodohkan Aina dengan Ustaz Adam yang baru berhijrah ke kampung mereka. Malangnya ustaz Adam datang kerumah dan melamar Aida. 

Marah ke ibu Aina bila tahu anaknya tidak dipinang tetapi meminang orang yang tak wujud? Aap rahsia mereka? Bagaimana akhirnya jodoh Aina?

Separuh Mimpi

Fendi, seornag Doktor di Hospital swasta. Berkawan baik dengan Sally, Sham dan Ghaz. Sham ditukarkna ke jabatan lain, jabatan yang menguruskan VVIP. Setiap kali tidur, Fendi akan mimpikan Sara. Dalam mimpi Sara dikenali sebagai Siti April Rambutan Autumn dan Fendi sebagai Batman. Satu hari, Sham membocorkan rahsia tentang pesakitnya. Dia merasakan ada yang tidak kena. Fendi cuba untuk membantu Sham. Rupanya pesakit Sham adalah Sara. Mereka berempat berpakat membantu Sara. Bila Sara sedar, Sara tidak mengenali Fendi. Fendi yang kecewa cuba melupakan Sara. Daatkah dia melupakan Sara? Bagaimana pula Sara yang serik dengan lelaki selepas tunangnya cuba membunuhnya.

Novel wajib beli.

Monday, August 16, 2021

Review Novel : Jika Benar Cinta

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Novel dari kak Lynn Dayana. Pernah beli versi cetakan awal. Cover lain, cetakan dengan Alaf 21 kalau tak silap. Tapi memang dah lupa kisahnya. Tapi rasanya novel ni ada penambahbaikan. Lebih up to date jalan ceritanya selari dengan aliran semasa. Saya suka. Best ceritanya. Kemasa penceritaan.


Sinopsis

Lisa yang jatuh cinta pada Aiman tetapi  milik Maisara, jirannya. Haziq yang dikenali semasa kendalikan projek usahasama syarikat cuba memikatnya tapi hati berat untuk menerima. Usaha Haziq yang tak putus menjadikan Lisa Selesa bersama dan Haziq jadi teman yang dicari bila dia kecewa melihat Aiman disatukan dengan Maisara. Beberapa hari sebelum pernikahan mereka, Haziq kemalangan dan meninggal. Hari itu juga dia mengetahui Sue, kawan yang baru dia kenali adalah isteri Haziq sejak 5 tahun lepas. Dia kecewa, terluka tetapi Haziq telah tiada untuk dia minta penjelasan. Aiman kembali memikat Lisa selepas kematian isterinya semasa melahirkan Alini. Mami dan mertua Aiman pula seakan bersekongkol dengan Aiman. Lisa pula? 


Saya baca novel ni sehari selepas kematian Siti Sarah Raisuddin. Sungguh saya terkesan. Saya bayangkan Maisara itu Siti Sarah. Mati selepas melahirkan walaupun Maisara itu ada buruknya dalam novel ini tapi sebagai ibu saya fikirkan bayinya. Tapi hingga akhir memang saya lebih banyak mengalir air mata dari tersenyum. Walaupun begitu, novel ni masih best. Tak rugi memilikinya. 

Monday, March 16, 2020

Review novel : Lelaki exit 217


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel dari penulis favourite saya. Order directly dari penulis dan dihadiahkan rempah kari ikan sekali. Saya suka baca novel, boleh dikatakan saya masih belum stop baca. Stok novel yang belum dibaca masih banyak di rumah. Biasanya oaling cepat seminggu ke sebulan untuk habiskan sebuah novel kerana saya hanya membaca ketika masa lapang waktu bekerja. Tetapi novel Kak Lynn ni saya mampu habiskan kurang dari 24jam. Sebelum mulakan pembacaan Lelaki exist 217,saya khatam semula pembacaan kisah Sakura Samseng Jalanan kerana wataknya hero kesinambungan dari sini. Saya puas hati selepas tamatkan bacaan. Puas hati dengan endingnya, jalan ceritanya, cover novel, penanda buku dan lain2 lagi. Selepas habis bacaan saya tertanya-tanya tentang hasil ujian dari baju Riya yang penuh berdarah adalah dari darah siapa. Owh, novel ni ada kisah misteri, mistik dan percintaan. Cintanya tak banyak tapi just nice untuk penambah perasa.

Sinopsis
Riya, penulis novel, koma 6 bulan selepas ditembak oleh seorang pegawai polis kerana dijadikan tebusan. Sedar dari koma, dia hilang ibunya dan tempat tinggal. Yam, teman baiknya membantu mencari rumah sewa dan tinggal bersama Mai. Riya berjumpa Ferhad secara tidak sengaja ketika mengisi minyak dan Ferhad membantunya ketika itu. Dan beberapa kali lagi pertemuan antara mereka. Ketika mereka bertemu, pasti Riya hilang beberapa hari tetapi bagi Riya dia cuma tiada beberapa jam. Dia menceritakan tentang Ferhad, tapi bagi Yam, Ferhad itu tidak wujud. Shafik, pegawai polis yang bercuti tanpa gaji selepas selesaikan kes Sakura. Kini dia berkebun dan gembira dengan cinta barunya. Fauzi dan Iqbal, temannya meminta bantuan Shafik untuk tengokkan Riya. Riya meminta bantuan Iqbal apabila berjumpa Ferhad didalam mimpi dan Ferhad berlumuran darah. Secara tidak sengaja Shafik membantu Riya menyelesaikan misteri Ferhad. Bagi Shafik Ferhad hanya kawan khayalan Riya tetapi dia percaya kewujudan Ferhad selepas mendengar suara Ferhad. Siapakah Ferhad? Bantuan bagaimanakah yang mahu Riya hulurkan?

Saya bagi 5 bintang untuk karya ini. Saya suka setiap ayatnya, lawaknya, penceritaannya, dramanya dan banyak lagi. Tak rugi membeli 😘

Tuesday, June 25, 2019

Revie novel : Rindu yang terlarang


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya beli novel ini kerana penulisnya. Malangnya saya rasa kisahnya, jalan penceritaan agak kebudak-budakan. Saya rasa bisan nak meneruskan pembacaan. Lama saya berhenti. Lama juga masa diambil untuk meneruskan pembacaan.

Sinopsis
Faith dan Ainura berkahwin tanpa restu keluarga. Ibu bapa mereka bergaduh berkenaan isu tanah dan hubungan mereka tidak pernah nampak akan berbaik. Akibat mendapat tentangan keluarga mereka bernikah dengan diwalikan oleh tok wan. Bahagia mereka cuma sementara bila keluarga masing² mengetahui hubungan mereka. Ain di dera dan Faith dipaksa menceraikan isterinya. Selama 6 tahun masing² hidup merana. Bagi Ain, Faith telah mati. Dia sempurna drngan tok wan dan Fawwaz. Faith pula kemalangan dan koma. Baginya dia tidak ada keluarga. Pertemuan semula Faith dengan Ainura merubahkan kehidupan. Faith mula mengejar Ain. Ditambah pula dengan kehadiran Fawwaz, Faith lebih bersemangat. Ain pula tidak mahu hubungan baiknya dengan ibu bapa kembali rosak dengan berkahwin semula dengan Faith. Dia mula membuka hatinya pada Redza. Adakah Faith berjaya merebut hati Ain?

Saya bagi 2/5 untuk novel ni. Ini hanya pendapat saya. Boleh baca dan mungkin pendapat orang lain berbeza.

Monday, April 8, 2019

Review novel : Cemburu Seorang Aku


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Hari ni saya nak review novel Lynn Dayana terbitan Poreng Kertas. Penulis favourite saya dan semestinya hasilnya tidak mengecewakan. Novelnya tebal dan tidak bosan membacanya. Bila dah start pegang memang susah nak stop.

Sinopsis
Sufi dan Tri berkawan baik sejak berumur 10 tahun. Keluarga mereka juga saling mengenali dan merestui hubungan mereka. Tri pernah melamar Sufi 5 tahun lepas tapi Sufi menolak dengan alasan belum bersedia. Hari ni, bila Tri bersedia ingin menamatkan zaman bujang dengan model, Hana dan Sufi rasa seperti dipukul. Dia kini sedar dia punya perasaan pada Tri tapi persediaan perkahwinan mereka sedang berlangsung. Sufi menyibukkan diri dan mengelak dari Tri tapi Tri walau apa jua keputusannya, dia mahu Sufi ada bersama. Ini menjadikan Hana rimas dan cemburu. Hana mengugut Sufi supaya tidak hadir pada majlis mereka dan Sufi akur. Malangnya Hana yang tidak datang saat mahu diijabkabulkan menjadikan Sufi sebagai penyebab. Tri berang dan tidak mahu Sufi wujud di dalam hidupnya. Sufi akur dan berpindah tempat kerja. Hana muncul semula dan mengumumkan tarikh pernikahan. Tri keliru. Lebih keliru bila Theya menceritakan hal sebenar. Bila Hana kemalangan dan Theya meninggal, Sufi sekali lagi jadi buruan wartawan dan polis. Perlukah Sufi berpindah ke planet lain supaya Hana puas atau biar dirinya mati saja?

Novel ini memang WAJIB dibaca bagi penggemar novel dan sediakan tisu banyak-banyak.

Friday, March 29, 2019

Review novel : Tall, Dark & Dangerous


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel terbitan Poreng Kertas dari penulis thriller Dhiya Zafira. Ada 2 cerita dalam ni. Yang di tunggu-tunggu cerita Haq. Ini siri yang ke3 dan terakhir. Bila combine 2 kisah rasa sikit sangat plot cerita. Tak puas membaca.

Sinopsis
Buru Bayangan Luka
Azalea merasakan dirinya diburu dan dia bwrjaya menyelamatkan diri. Di balai polis pegawai tidak mempercayainya bila tiada mayat di temui. Adha merasakan Lea tidak menipu dan dia melakukan siasatab terperinci dan menemui kesan darah di lantai bilik Lea. Penemuan mayat mengesahkan lagi kenyataan Lea. Tetapi Lea terlalu berhati-hati dalam berkongsi cerita. Banyak indo yang disembunyikannya. Adha terkejut bila Lea menuduh ibu tirinya bersama pasangannya adalah dalang di atas semua yang terjdi.
Haq III
Kesinambungan dari kisah Haq yang lalu. Kali ni Haq bawa Alin berjumpa ibu bapanya. Alin kecewa bila mengetahui Haq telah dijodohkan dengan Amy dan kehadiran Amy menjengkelkannya. Bila Ming mati, Haq di soal siat walaupun dia telah meletak jawatannya. Di Malaysia setelah pulang dari Turki, mereka kemalangan dan Haq hilang ingatannya. Dia tidak kenal Alin, tapi dia kenal Amy, kenal dan ingat sekelilingnya kecuali Alin. Alin yang baru keguguran menyembunyikan kesedihannya pabila berhadapan dengan Haq. Amy semakin giat mencari peluang memisahkan Haq dan Alin. Dapatkah Haq menerima Amy sebagai isteri keduanya selepas mengetahui yang Alin mungkin tidak mampu memberikannya zuriat.

Monday, February 25, 2019

Review Novel : Pelangi Cinta Buat Suami


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Novel kedua yang saya baca di bulan Februari. Karya Acik Lana yang dibeli prelove. Agak tebal novelnya. Nasib baik kisahnya tak cliche. Menarik kisahnya, tak sabar nak habiskan tp sebab tugas hakiki saya terpaksa bahagikan masa nak khatam. Agak lama juga masa yang di ambil.

Imanina, gadis kolej yang mengambil bidang fesyen berusia 25 tahun jatuh cinta pada duda, Tengku Qalif selepas membaca catatan peribadi milik lelaki itu bersama arwah isterinya, Liyana. Walaupun di layan dengan teruk.oleh Tengku Qalif, Imanina nekad untuk merebut cinta lelaki itu. Mereka berkhwinxkerana Tengku Qalif rasa tercabar. Imanina di layan dengan buruk oleh Qalif hinggakan Qalif setuju jika Amri, sahabat baiknya jatuh cinta pada Amri. Makin hari perangai Imanina yang penyabar, kelakar, blur menambat hati Qalif. Tambahan pula Qalif mulai perasan pandangan cinta Amri dan Syauqi pada isterinya. Dia mula rasa cemburu tetapi menafikan perasaannya. Qalif nekad mengakui perasaanya pada Imanina dan mereka menyulam cinta bersama hari ke hari. Rumahtangga mereka di landa badai bila kapal Qalif di serang lanun di depan mata Imanina. Qalif hilang di lautan dan semua mengatakan dia sudah mati. Imanina percaya Qalif masih hidup selagi jasad Qalif tidak dijumpai. Selepas 5 tahun, Imanina buat membuka hatinya pada Syauqi dan ingin menunutut fasakh, dia menerima panggilan dari ibu mertuanya yang Qalif dijumpai. Tapi Qalif bukan lagi Qalif. Berjayakan Imanina kembalikan semula ingatannya dan Qalif yang baru tega mengasari Imanina dan anak mereka. 


Kisah ini agak menarik, bukan cliche seperti kebiasaan novel melayu. Tapi di penghujung penulis agak rushing. Tetiba adengan dah jadi selepas 3 tahun, lepas tu tak cerita pun camna Imanina jumpa semula dengan Syauqi. Adik Qalif yang perangai tak senonoh pun kejap je kemunculannya. Tapi lain² gaya penceritaannya digarap dengan baik.

Thursday, February 7, 2019

Review Novel : Potret Dua Wajah



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya jarang membaca karya penulis ini. Novel ini saya beli semasa kempen 12.12 di website Alaf21. 12 novel dengan harga rm24 termasuk penghantaran. Sayapilih novel dari penulis yang saya familiar. Dengan Alaf 21, kalau nama.penulisnya terpampang besar di kulit novel, kiranya penulis tersebut sudah ada nama di syarikat mereka. Kisah novel ni dari kisah benar dan di olah sendiri oleh penulis supaya lebih menarik. Banyak sangat nama watak didalam ini hingga saya keliru tentang mereka. Pada penulis, kisah di asrama banyak kawan-kawan tapi bila masuk plot penceritaan, pembaca mulai pening dan bosan, sementalah lagi mereka punya pelbagai karakter. Gaya bahasanya sarat dan kisahnya meleret. Saya setia membaca plot demi plot kerana ingin mengetahui kebenarannya. Malangny, endingnya mengecewakan saya.

Sinopsis
Aisyah pelajar tingkatan empat yang baru bersekolah di SMKTSU amat meminati bidang seni. Dia terjumpa Galeri Dania di sekolahnya dan meminati hasil seni pelukis itu hinggakan dia menyelidik berkenaan pelukis itu dengan seniornya namun tak siapa menceritakan hal sebenar pada Aisyah. Aisyah mendekati Iman, adik angkat pada Dania, yang juga pelukis lukisan. Dania dijumpai menggantung diri di dalam bilik kelas nya selepas berita kehamilannya. Seisi sekolah melontar tuduhan pada Cikgu Masriezal sebagai orang yang bertanggunjawab. Tambahan pula semua warga sekolah tahu hubungan cinta mereka. Perletakan jawatan Cikgu tersebut menguatkan lagi tuduhan itu. Selepas beberapa bulan, Cikgu Masriezal kembali ke asrama mencari Iman untuk membantunya menyelesaikan misteri pembunuhan Dania. Potret dua wajah yang Aisyah jumpa di Galeri menarik minatnya. Dia asyik meniru karya tersebut hingga terjadi beberapa insiden misteri. Kehadiran entiti misteri di asrama menguatkan lagi dakwaan Hantu Dania. Cikgu Masriezal tidak jemu mencari bukti kematian Dania. Padanya Dania bukan menggantung diri tetapi dibunuh dan mayatnya digantung bagi mengaburi mata orang lain. Beberapa suspek di kesan dan pelbagai tanda mereka jumpa. Cikgu Masriezal juga berusaha mengembalikan semula semangat Danila, kakak Dania yang tenggelam dalam duniannya sendiri selepas kematian Dania.

Kalau sukakan misteri, boleh dapatkan karya ini. Kisah misteri, banyak watak, plot, dan agak meleret kisahnya. Banyak bahasa baru yang saya jumpa. Untuk pelajar sekolah menengah elok la baca untuk menambahkan tatabahasa karangan.

Wednesday, January 2, 2019

Review novel : Spy Hati Dari Chantilly


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel ke7 daei Mazni Aznita. Antara penulis novel favourite saya sebab jalan ceritanya lain dari yang lain. Novel ni ada kisah yang menarik. Tak rugi baca dan simpan untuk koleksi.

Sinopsis
Tiga tahun yang lalu semasa di Paris, Suri Imani ditemukan dengan seorang lelaki yang menyelamatkan dirinya dari nyaris-nyaris mati. Bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang menjadi buruan seluruh dunia. Sejak itu dia mencari-cari lelaki itu untuk membalas budi.
Selepas tiga tahun dia menjadi pelarian. Melarikan diri dari keluarga setelah merosakkan perkahwinan kakaknya sendiri. Kecewa dengan Farid yang memilih kakaknya Darlina, dia menjauhkan diri dari keluarga lalu berjiran dengan seorang lelaki yang sering pulang mabuk-mabuk. Permulaannya Suri Imani membenci lelaki pemabuk itu. Namun satu insiden membuatkan dia semakin dekat dengan lelaki itu. Malah tak disangka-sangka dia menjadi PA lelaki itu di tempat kerja.
Mikey Mikhail seperti Suri Imani, seorang pelarian. Bezanya dia melarikan diri dari kisah silam yang menghantui hidupnya. Sepanjang hidup dia asyik memburu orang yang telah membunuh ayahnya sendiri. Kerana dendam, dia menjalani hidup yang tidak pernah diimpikannya selama ini. Namun kehadiran Suri Imani membuatkan dia merasakan ‘hidup’ kembali. Ceria tanpa dendam yang membelenggu diri.
Kedua-duanya bertemu untuk saling melengkapi kisah yang tidak lengkap antara mereka. Namun kehadiran Ezekiel, membuatkan Mikey Mikhail mula mengesyaki Suri Imani mempunyai rahsia yang cuba disembunyikan. Apatah lagi dia menemui sesuatu dalam simpanan Suri Imani yang boleh membahayakan dirinya. Kecurigaannya semakin berakar umbi buat Suri Imani. Mampukah gadis itu dicintainya lagi sedangkan fikirannya asyik merasakan Suri Imani bukan seperti yang disangka-sangka? Siapa Suri Imani yang sebenarnya? Siapa Ezekiel yang tiba-tiba muncul dalam hidup mereka? 
Kisah ini unik dan masih tak lari dari tema percintaan. Ada kisah pemburuan, konflik keluarga dan ada juga gaduh².

Wednesday, September 12, 2018

Review Novel : Jebat


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel terbaru dari E-man Sufi yang juga sambungan kisah Jebat Mastura dari novel 'Bukan Kerna Aku Tak Cinta'. Niis saja novelnya dan hanya tertumpu pada satu kisah. Jebat diburu ekoran kisah lampaunya. Kisah mereka semasa diburu diceritakan secara terperinci. Bila baca novel ni, saya terbayang watak Sharnaaz dan Nelydia. Katanya novel adaptasi dari filem. Tapi saya tak pasti filem sudah ditayang atau belum.

Sinopsis
Jebat dan Mastura berbulan madu di Prague di taja oleh kakak Mastura Hannah Maryam. Keseronokan mereka terganggu bila Jebat perasan kehadiran lelaki bertatu ular yang cukup dikenalinya. Tanpa memeberitahu Mastura dia bergegas mengajak Mastura pulang ke Malaysia dengan alasan bapa saudaranya, Bujang sakit. Uncle Bujan juga diserang menyebabkan Airen menghubungi Jebat. Mastura dibawa tinggal di villa keluarganya untuk mengelakkan dari diserang. Semasa Jebat melawat Uncle Bujang sekali lagi mereka di serang. Jebat mengarahkan Airen menyelamatkan Mastura dan Uncle Bujang tapi Mas yang degil mengekori Jebat. Dia semakin curiga dengan Jebat hinggalah Jebat menceritakan kisah silamnya. Setelah Jebat mengetahui dia di serang oleh geng Uncle Keong, di ke Taiping untuk bersua dan menyelesaikan semuanya. Kehadiran Mastura melambatkan pergerakannya. Apatah lagi dengan sikap degil dan keras kepala Mas. Jebat jyga diekori Jasmine yang juga berdendam dengannya hingga menjadikan Mas sebagai tebusan.

Saya suka buku ni. Rasa macam saya ada dalam s

Monday, September 3, 2018

Review novel : Panahan Cinta Mr. Agoraphobia


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Novel ni saya beli kerana penulisnya. Masa baca blurp di bahgian belakang, tak tertarik untuk beli walaupun kisahnya bukan cliche tapi sambar juga sebab penulisnya. Dah baca, ok la. Tak la best sangat. Saya tak suka penggunaan nama 'Tuan Faleeq' berkali-kali. Pastu banyak part romantik. Sesi sentuhan tubuh suami isteri di ceritakan terlalu detail. Bagi saya tak perlu. Banyak pembaca novel belum berkahwin. Tak sesuai. Tapi novel dah melalui suntingan editor, mungkin bagi mereka ia tak keterlaluan.

Sinopsis
Thalia Aysara pelajar di Universiti yang selalu dimarahi Dr Aliff, pensyarahnya kerana pelajarannya makin merosot. Dia bekerja lebih masa bagi menyara keluarga dan membayar hutang Abang Joe. Bila Abang Joe cuba untuk merogolnya dia lari menyelamatkan diri di sebuah kilang milik Al-Hayyan group. Tuan Faleeq pengurus kilang tersebut menghantar Thalia ke hospital bila dia pengsan dan juga menyelesaikan semua hutang milik keluarga Thalia kepada Abang Joe. Abang Joe bertindak membakar kilang Al-Hayyan. Thalia yang kebetulan lalu di situ bertindak menyelamatkan Tuan Faleeq. Selepas kejadian itu, Abang Joe diberkas polis dan Tuan Faleeq menghidap agoraphobia. Ketika sesi praktikal di Al-Hayyan Group, ibu bapa Tuan Faleeq merasakn Thalia sesuai menjadi isteri Faleeq kerana dengan kehadiran Thalia, Faleeq berjaya keluar dari zon selamatnya. Pada awalnya, kedua-dua mereka menentang keras. Apatah lagi bila Dr Alif meluahkan perasaan pada Thalia. Selepas berkahwin, Thalia harus menghadap kehadiran Hanee dn Abang Joe yang lari dari penjara. 
Boleh la nak baca. Tapi tebal. Sejak jadi mak anak dua ni, malas nak pegang buku tebal-tebal.

Tuesday, June 26, 2018

Review Novel : Seperti Ada Cinta


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Novel dari Poreng Kertas, karya  Hezzy Azra. Novel ni best, menarik. Rasa macam ketagih kopi. Teringat-ingat je pada Farra dan Nashriq bila kat tempat kerja. Novel ni baca masa waktu terluang kat rumah je. Tapi sebab best, saya memang berjaya habiskan dalam waktu yang pantas.

Sinopsis
Fara dan Ilhan bertunang selapas 8 tahun menyulam cinta. Dengan perjanji tempoh bertunang selama setahun tetapi Ilhan masih belum memberi kata putus akan tarikh nikah mereka. Alasan Ilhan untuk perkembangkan kerjayanya. Dr Nashriq di pertemukan dengan Fara bila Fara mendapatkan rawatan di klinik Lokum akibat demam. Rupanya Farra crushnya 13 tahun lalu. Perjumpaan semula mereka dipanjangkan bila Farra di masukkan ke hospital kerana denggi. Mereka berkomunikasi di Facebook dan whatsapp tetapi Nashriq hormatkan Farra sebagai tunangan orang. Nashriq rapat dengan Aireen, teman semasa housemanshipnya dahulu tetapi dia tidak pasti apa hubungan mereka bila Aireen lebih banyak diam dari berbicara. Bagi Aireen, keluarganya yang utama dan dia tahu apa yang diputuskan oleh mereka adalah yang terbaik. Hubungan Farra dan Ilhan yang semakin pincang membuatkan dia nekad untuk perbaikinya tetapi apa yang dilihatnya merubah segala-galanya. Ayah Aireen pula mendesak Nashriq untuk mempercepatkan perkahwinan antara mereka tetapi Nashriq keliru dengan perasaan Aireen padanya. Bagaimana kesudahan hubungan mereka. 

Bagi saya, novel ni terbaik. Penceritaan, gaya bahasa dan semuanya sempurna. Tak rugi memilikinya sebagai koleksi.

Wednesday, June 6, 2018

Review Novel - Tolong Pikat Hatinya


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Novel ni saya baca sepanjang Ramadhan. Permulaan pembacaan agak lambat. Saya belum dapat rentak. Saya keliru, banyak sangat nama dan watak. Lepas tu melompat adengan. Dah masuk suku bacaan, dah dapat rentak rasa tak leh nak stop dah baca.

Sinopsis
Ryan mengejar bekas isterinya Gia selepas mereka bercerai tetapi jejak Gia tak dapat di kesan. Zara menukar identiti selepas harga dirinya tercalar. Selepas kenaikan pangkat, Zara menjadi rapat dengan Ryan. Mereka jadi teman rapat tanpa sedar mereka menyintai satu sama lain. Ryan terjumpa Gia yang telah berkahwin. Harapannya hancur. Lebih buruk apabila mengetahui status Zara sebagai isteri orang. Zara membawa diri, mengusahakan resort keluarganya. Mereka berjumpa semula bila Ryan membeli resort milik keluarga Zara. 

Not bad. Saya tak kisah untuk cari lagi karya novelis ini.

Monday, May 7, 2018

Review novel : Dongeng Cinta


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Novel ini adalah himpunan cerpen dan cerkon Lynn Dayana. Dia memang gemar menulis cerkon. Kalau tengok di FB memang banyak dia publish. Sekarang dia himpunkan semuanya menjadi novel beserta 3 cerpen bonus dari penulis lain. Nak review pun kisah pendek sangat. Saya buat review untuk cerpen bonus je. Kisahnya panjang sikit. Nak story pun senang.


Hoy Thod - Nurul Syahida

Emma ke Thailand untuk menjejaki adiknya yang ingin kahwin lari bersam suami orang. Dalam perjalanan ke sana dia bertemu Chan yang juga ingin menjejak perampas kepada suami kakaknya, Norli iaitu adik Emma. Mereka bertelagak. Emma nekad untuk sampai dahulu dari Chan supaya adiknya terselamat. Kerana satu kemalangam mereka berada dalam satu kereta untuk ke destinasi yang sama. Dari bertengkar mereka berdamai. Panggilan telefon dari Norli memudahkan mereka menjejakinya. Norli berjaya di selamatkan. Emma kembali kepada kehidupannya yang telah di atur keluarga. Tanpa sedar Emma dan Chan memendam rasa.


Rindu Najiha - Herna Diana

Najiha, PA kepada Salwa bertengkar dengan lelaki kerana isu lif. Hud yang ego tidak mahu membantu Najiha dan Najiha yang keras kepala. Di bilik mesyuarat mereka diperkenalkan. Rupanya Hud akan menggantikan Salwa sepanjang cuti bersalin dan Najiha bertukar bos. Swpanjang di bawah Hud mereka tidak sependapat. Najiha menegur sifat playboy bosnya dan sering digunakan untuk menghentikan perbalahan teman wanitanya. Hud mulai berubah selepas Najiha berkongsi kisah pahlawan Islam Salehudin dan dia mulai sedar hatinya dicuri Najiha tetapi Najiha menolak cintanya.

Aduh, Saleha - Yin Areesa

Saleha membawa diri ke Brunei selepas talak di lafazkan. Walaupun dia terpaksa menjadi pengganti Aida sebagai pengantin perempuan. Dia belajar menyintai suaminya, Ayaz. Dia pulang ke kampung semula dan disambut baik semua kecuali ibunya. Ibunya menggesa dia menikahi semula Ayaz tapi dia enggan. Selepas mendapat tahu ibu menghidap cancer, Saleha berfikir semula akan permintaan ibunya. Dia setuju jika itu boleh menggembirakan ibunya. Perkahwinan kedua mereka merungkai semula masalah yang berlaku sebelum ini. Lebih baik apabila ibu lebih ceria dan gembira.

Monday, March 12, 2018

Review Novel : Sayangku Merajuk


Novel pertama bulan Mac. Mula pembacaan hujung Februari. Seronok ceritanya. Banyak plot dan watak. Penulis pandai gabungkan plot. Tapi tajuk bagi saya tak menarik. Mungkin tajuk perlu lebih catchy. Tajuk ni nampak macam kebudak-budakan.

Sinopsis
Aireen dan Shahir berkahwin ketika melanjutkan pelajatan di luar negara dengan restu ibu Aireen tetapi tidak ibu Shahir. Demi agama Islam, Shahir pulang ke Malaysia supaya Laura tidak terpesong akidah. Tetapi kepulangan terlalu lama. Aireen menunggu selama 5 bulan teapi Shahir tidak datang dan dia oulang ke Malaysia dengan kejian orang kampung bahawa dia mengandungkan anak luar nikah. Bagi Aireen dia telah dicerailan Shahir kerana perjanjian mereka talak jatuh ketika Shahir menikahi Laura. Selepas 5 tahun, mereka terjumpa dan Shahir kembali memburu Aireen. Bagi dia Aireen masih isterinya. Tambahan pula dengan kehadiran si kembar. Aireen yang bersedia menjadi isteri Zarul, mula rawan dengan kehadiran Shahir di rumah mereka. Madam Anna yang perasan perubahan Shahir mengupah penyiasat untuk memberi amaran pada Aireen. Akhirnya Shahir melepaskan Aireen. Berbahagiakah Aireen bersama Zarul dan kembar? Laura menggunkan Amar untuk memerangkap Shahir dan Aireen. Siapa dalang disebalik kemalangan Dyra dan hampir merogol Aireen?


Monday, January 29, 2018

Review novel : Kief



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tahun 2018 saya berazam untuk membaca 1 novel 1 bulan. Dan Januari saya berjaya baca 2 novel. Novel ke2 tahun 2018 adalah Kief karya Dhiya Zafira, penulis thriller. Kisahnya ada terselit adengan romantis hero dan heroin. Pelbagai rasa boleh di rasai ketika membaca novelnya.

Sinopsis
Kief, ahli bomba, kematian isteri, duda anak seorang, Emma. Dia membesarkan Emma tanpa isteri selama 13 tahun. Dia juga mengambil alih menjaga Arin, bekas adik ipar yang koma selama 5 tahun selepas kakak kandungnya berpindah ke Australia mengikut suaminya. Keajaiban berlaku bila Arin membuka mata dan meneruskan kehidupan seperti mereka yang normal. Ibu Kief bercadang supaya Kief dan Arin bernikah. Kief cuba membuka hatinya menerima Arin dan mereka di nikahkan. Mereka bahagia bila masing² cuba menerima pasangan masing². Kemunculan Rais yang menyatakan Emma adalah anaknya menyebabkan Kief berang. Lebik buruk lagi bila asrama Emma terbakar. Kief menjadi lebih berhati² bila Emma di luar. Arin mendesak Kief melakukan ujian DNA untuk kebaikan Emma di masa akan datang tetapi keputusannya mengambil masa yang lama dan mereka ditimpa musibah lagi angkara Muaz. Siapa Muaz?

Karya terbitan Poreng Kertas wajib d miliki sebagai koleksi peribadi. Dapatkannya untuk ketahui kisah selanjutnya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...