Showing posts with label hanis azla. Show all posts
Showing posts with label hanis azla. Show all posts

Thursday, March 26, 2020

Review novel : Dia Sayang Aku


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ini novel pertama yang saya habiskan bacaan semasa tempoh 28 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Seminggu juga masa yang di ambil. Bacaan terhad di tempat kerja je. Di rumah tak sempat nak membaca. Ini novel kedua yang saya baca dari penulis ini. Saya bagi 4/5 bintang. Agak berat Kisahnya. Penuh emosi, kata hati, luahan perasaan. Mungkin saya di usia pertengahan 30an ni sesuai la. Untuk remaja tak la kot.

Sinopsis
Zaira dan Ikmal berkahwin selepas tamat pengajian dan dikurniakan 2 orang anak. Menjangkau 10 tahun usia perkahwinan badai mula melanda. Kehadiran Sufi menjadikan kasih Ikmal terbahagi 2. Dengan izin Zaira, Ikmal bernikah sekali lagi. Zaira membawa diri ke Perth semasa perkahwinan Ikmal. Di Perth, ditemani anak saudaranya Azrai dan bapa saudara Azrai, Fir. Fir juga teman zaman kecil Zaira tapi Zaira tidak ingat padanya. Pada Zaira, Fir memahaminya tetapi dia masih ingat statusnya sebagai isteri Ikmal. Pulang ke Malaysia, hubungan Zaira dan Ikmal semakin teruk bila Ikaml tidak berlaku adil. Zaira bersendirian bila rakan baiknya meninggal dan Fir sentiasa ada bila dia berseorangan. Ini menimbulkan cemburu pada Ikmal dan tunang Fir. Mereka menjarakkan hubungan. Zaira cuba memahami Ikmal tetapi lama kelamaan dia merasakan Ikmal tak diperlukan. Ikmal mula merasakan lebih baik dia melepaskan Zaira supaya Zaira boleh mencari bahagianya sendiri.

Bahagiakah Zaira tanpa Ikmal dan Fir? Dia hidup sendiri tanpa pekerjaan, disisih mamanya sendiri dan menumpang kasih keluarga tiri. Novel ni nak baca kena fokus sebab banyak kata hati Zaira. Banyak yang saya belajar dari kisah ni. Pentingnya restu ibu, tanggungjawab suami isteri dan banyak lagi.

Thursday, February 2, 2012

Review novel : Takdir Fitrah Terindah

Salam..
Jom review novel lagi ^_^



Novel ini agak cepat dihabiskan pembacaannya kalau nak dibandingkan dgn novel- novel lain.
Kalau dah cepat tu mesti la sbb kategori 'susah nak letak'
Yup, novel ni agak best bagi saya walaupun bahasa penulisannya skema ^_^
Sebelum beli novel ni saya selalu nampak kat rak kedai buku.
Tapi seriously tak pernah tergerak hati nak membeli.
Selalunya, tgok kulit, baca belakang, letak balik.
Mungkin sebab kulit depannya tak menarik bagi saya.

Sampaila ramai yang revie pasal novel ni di Forum Cari
Semuanya bagi positif komen.
So masuk la dalam senarai novel yang nak dibeli masa karnival buku tempoh hari.
Dekat rumah pun novel ni jadi antara pilihan terakhir untuk dibaca.
Then bila dah start baca mmg tak nak letak.
Terus rasa nak tahu apa lagi penderitaan heroin ni.
Bila lak dia nak bahagis.
So saya bagi 3.5 bintang ^_^

SINOPSIS

Heroin, Nur Fitrah, bayi yang dijumpai tepi surau, dibela oleh sorg nenek dan anak bongsunya.
Dari kecik sampai besar dia dihina sebab tak tahu asal usul kelahiran.
Banyak la dugaan dan rintangan dihadapinya.
Sampaikan bakal mak mertua reject sbb itu.
Then putus dgn bf nye. Sampai la dia diusir dr rumah nenek selepas nenek meninggal.
Menyewa dgn officemate on weekday.
Weekend menyewa bilik di rumah Kak Jah. (anak sedara nenek kot)  LUPA

Selalu gi belajar tajwid dgn Kak Jah. Sampaikan sorang auntie ni berkenan.
Auntie ni yang dipanggil mama berniat nak menjodohkan dgn anak lelakinya yang dah bertunang, Aiham.
Tunang Aiham ni lak suka tunda tarikh kahwin.
Mama warning kalau masuk kali ke4 dia tunda,
mama bagi kata 2 kat Aiham - putus dan terima wanita pilihan mama.
Dan dia mmg minta tunda kali ke4.

So Aiham terpaksa kahwin dgn Fitrah.
Tapi dgn Fitrah dia gitau awal2, yang dia takde hati kat Fitrah.
Sebab sayangkan mama dia ikut.
Dan Fitrah tahu Aiham mencintai gadis lain.
Diam-diam Fitrah jatuh cinta pada Aiham.

Sampai la Aiham buat keputusan nak kahwin dgn gf nye.
Fitrah sign brg persetujuan.
Since then family Aiham yang dulu baik dgnnya jadi macam bermusuh.
Fitrah membawa diri dan minta dilepaskan.

Tahun berganti tahun, Fitrah rupanya bekerja dgn company Aiham.
Dan Aiham berubah, cuba memikat Fitrah.
Bila dua-dua dah saling mencintai muncul bekas isteri Aiham.
Fitrah pun beralah melepaskan Aiham untuk wanita itu bersama anak mereka.

Tapi cinta Aiham tetap pada Fitrah.
Walau Fitrah menjauh, dia masih setia.
Hinggalah semuanya terungkai dan mereka kembali bersatu.
Tamat..

Letih menaip. Macam panjang je story ni..
Banyak lagi masalah Fitrah tu hadapi.
Dah macam bawa malang lak dia.
Tak habis-habis ujian melanda. Tapi end up happy.
Daa.. Kalau sukakan novel yang jenis ayatnya skema, wataknya penuh cabaran boleh la membeli.
^_^

Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...