Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ini novel pertama yang saya habiskan bacaan semasa tempoh 28 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Seminggu juga masa yang di ambil. Bacaan terhad di tempat kerja je. Di rumah tak sempat nak membaca. Ini novel kedua yang saya baca dari penulis ini. Saya bagi 4/5 bintang. Agak berat Kisahnya. Penuh emosi, kata hati, luahan perasaan. Mungkin saya di usia pertengahan 30an ni sesuai la. Untuk remaja tak la kot.
Sinopsis
Zaira dan Ikmal berkahwin selepas tamat pengajian dan dikurniakan 2 orang anak. Menjangkau 10 tahun usia perkahwinan badai mula melanda. Kehadiran Sufi menjadikan kasih Ikmal terbahagi 2. Dengan izin Zaira, Ikmal bernikah sekali lagi. Zaira membawa diri ke Perth semasa perkahwinan Ikmal. Di Perth, ditemani anak saudaranya Azrai dan bapa saudara Azrai, Fir. Fir juga teman zaman kecil Zaira tapi Zaira tidak ingat padanya. Pada Zaira, Fir memahaminya tetapi dia masih ingat statusnya sebagai isteri Ikmal. Pulang ke Malaysia, hubungan Zaira dan Ikmal semakin teruk bila Ikaml tidak berlaku adil. Zaira bersendirian bila rakan baiknya meninggal dan Fir sentiasa ada bila dia berseorangan. Ini menimbulkan cemburu pada Ikmal dan tunang Fir. Mereka menjarakkan hubungan. Zaira cuba memahami Ikmal tetapi lama kelamaan dia merasakan Ikmal tak diperlukan. Ikmal mula merasakan lebih baik dia melepaskan Zaira supaya Zaira boleh mencari bahagianya sendiri.
Bahagiakah Zaira tanpa Ikmal dan Fir? Dia hidup sendiri tanpa pekerjaan, disisih mamanya sendiri dan menumpang kasih keluarga tiri. Novel ni nak baca kena fokus sebab banyak kata hati Zaira. Banyak yang saya belajar dari kisah ni. Pentingnya restu ibu, tanggungjawab suami isteri dan banyak lagi.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)