Showing posts with label harga hotel. Show all posts
Showing posts with label harga hotel. Show all posts

Monday, January 11, 2021

10th wedding anniversary - The Wembley - A St Giles Hotel Penang

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 1.1.2021 genap 10 tahun perkahwinan kami. Biasanya malam tahun baru kami dinner di Hotel. Tapi tahun ni tak banyak hotel provide new year eve dinner. Kalau ada pun, agak mahal harganya. Terfikir gak nak celebrate camna anniversary dengan covid tengah memuncak ni. Tanya husband cam biasa la jawapan lelaki, entah la, ikut la, apa pun tak pe. So, saya gamble je book hotel. Hahaha.. Tak de la gamble sangat, tanya gak pendapat husband, sebab hari check in hari kerja. Tunjuk gak la hotel yang saya nak book. Bila dia setuju, cepat2 check compare harga dan book. Hotel ambil dalam Pulau Pinang, tak nak ke luar negeri sebab :-

  • Jalan mesti jammed sebab PH
  • Sabtu ada kenduri kena attend
  • Khamis kerja, kalau luar negeri lambat lak check out. 


31/12/2020 - Khamis

3H2M - RM426.78

Saya keje half day. Balik 1 petang, balik rumah, mandi, solat, check semula barang mana yang tak lengkap. Barang dah siap packing semalam. Sedia baju Anas Auni dan terus ke rumah keluarga saya ambil Anas Auni. 3 petang baru bertolak ke hotel. Tengok maps, jalan sesak nak ke jambatan. 4 petang sampai hotel. 

Husband drop dekat lobi, saya check in dulu. Ramai gak yang check in hari ni. Bagi IC, sign borang, masukkan nombor plat kereta dan dapat kad akses ke bilik. Tak perlu deposit. Terkejut saya, selalu hotel kalau check in mesti nak deposit, dah la saya tak bawa banyak cash. Masuk kereta dan ke parking. Parking di level 3-8.

Dah parking, pergi lif untuk ke lobi semula. Dari lobi, kena ambil lif lain untuk ke bilik. Perlu kad akses untuk tekan level bilik. Bilik kami tingkat 20 dan hujung sekali. Bilik hujung dapat la view elok sikit, menghadap komtar, nampak la dinosour The Top. Seronok la Anas dok tengok. Pastu laut pun nampak. Dalam bilik kemudahan asas semua ada. Iron board, kettles, mini fridge, wardrobe, table, television, bath towel, face towel, toiletries, coffee, tea set, mineral water, table lamp, side table, hair dryer, sewing kit. Tv siaran tak clear sangat. Channel astro ada, Channel basic. Plug banyak dalam bilik. Mineral water ada 4 botol.



Dalam bilik air separate shower dan bath tub. Luas jugak bilik air compare dengan bilik air hotel lain yang pernah kami stay. Bilik air, bath tub, sinki bersih. Basic toileteries, bath gel, shampoo, conditioner, lotion, shaver, sikat, cotton buds, berus gigi, shower cap. Towel rasanya ada 7 helai dengan 4 saiz berbeza.

Dalam wardrobes ada iron board, iron, safety locker, hanger, laundry bag, slipper. Bathrobes kalau nak boleh request dekat housekeeping. Lantai half carpet, half kayu. Kiri kanan katil ada plug, table lamp. Saya suka, sebab saya dok baca novel.


Masuk je bilik, rehat jap. Anas Auni dah bising nak mandi pool. Kami tak larat nak pergi pool, suruh je la diorang mandi tub dulu. Lepas Solat, husband keluar pergi Mcd sebab anak-anak lapar. Masa saya nak solat, bentang sejadah, nampak botol air bawah katil. Saja la jenguk bawah katil, banyak lagi sampah dan habuk. Terus call housekeeping buat aduan. 


Lepas siap vacuum, kami makan, rest. Saya baca novel, Anas Auni kejap tengok fon, kejap main mainan. Tak plan nak keluar kemana pun. Nak pergi pool pun dah 6 petang. Siaran TV pun tak da yang menarik. Buka sekadar bagi berbunyi je la. Saya lak janji dengan Anas Auni nak tengok bunga api malam ni. Entah ada ke tak. Tak sempat 12 malam, husband dah tidur dulu. 11 lebih dah ada bunga api. Tepat jam 12 lagi la banyak bunga api. Kejap seberang, kejap depan hotel, kiri, kanan. Banyak sangat ada sampai Anas Auni tak kisah dah nak tengok. Habis tengok bunga api, siap2 nak tidur.



1/1/2021 - Jumaat

Sebelum Subuh dah bangun. Husband balik rumah, ambil laptop, charger fon tertinggal. Saya mandi, solat, bancuh nescafe dan baca novel. Baring-baring, tidur balik. Tengah hari bangun, suap Anas Auni makan nasi. Lepas makan bawa pergi tingkat 11, mandi pool. Ada pool dewasa dan kanak-kanak. Open air, agak sejuk sebab hari mendung cam nak hujan. Anas Auni masuk mandi kids pool, sejuk tak tahan naik. 


Lepastu pergi pool dewasa pun sama sejuk. Saya rendam kaki je. Then makin ramai keluarga datang. Masa awal kami datang ada 1 family je. Ramai-ramai tu dah penuh dekat kids pool. Saya pujuk Anas Auni ajak naik bilik, mandi tub je, ada air panas. Nasib la pujukan saya berhasil. Masuk bilik berendam la diorang dalam tub 2 jam. Sampai habis la novel saya baca. 


Seharian kami lepak je dalam bilik. Budak-budak ni tengok you tube, tiktok, main mainan, tengok luar. Channel TV tak menarik dan siaran tak clear. Malam order makanan delivery, saya buat kerja kat laptop. 1 pagi semua tidur.


2/1/2021 - Sabtu

Lepas Solat Subuh, saya kemas baju, barang, simpan dalam box. Sementara anak-anak tak bangun lagi. Kemas sampah-sampah, pack elok-elok dalam plastik. Tong sampah dalam bilik ni ada 2, kecik k=je saiz pastu takde plastik sampah dalam tongnya. Ada sisa makanan, takut meleleh, bau lak. Saya masuk dalam plastik. Bilik hotel ni tak kedap bunyi sangat. Kalau jiran bilik lain keluar, memang dengan borak, bunyi pintu hempas. Lepaps tu flush susah sikit nak tekan. Kena guna tenaga kuat. Saya pun agak susah nak tekan. Anas lagi la tak boleh. Paip air jenis spray yang splash kuat. Bath tub ok, ada pelapik kat lantai, so tak licin. Nak keluarkan air pun senang ada tempat nak pulas.


12 tengah hari kami check out. Smooth je, tak ramai. Staf minta parking kad. Saya tunjuk message FB kat staf di kaunter. Saya ada request di FB melalui PM untuk simple decoration sempena anniversary. Dapat Balasan yang saya perlu call ke hotel. Saya call dan buat request. Dari feedback yang diterima, staf tak janji tapi try buat the best dan akan inform manager. Keesokan harinya saya dapat message di FB yang pihak hotel tak boleh deco tapi akan ganti dengan 1 slice cake dan diminta booking ID saya.



Masa check in, tak de kek. Hari kedua pun tak de tapi ada la saya mesaage di FB tanya tentang kek, tapi takde balasan. Masa nak check out, saya tunjuk message pada staf di kaunter. Dia panggil manager dia. Manager minta saya tunggu untuk dia check. Dalam 10 minit manager datang bagi kek dan minta maaf. Katanya hotel full booking, diorang tak sempat. Saya ok je kalau tak bagi pun. Tapi diorang dah janji kan? 

Wednesday, April 10, 2019

Trip ke Legoland Oktober 2018 (Tiket dan Hotel)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Lama dah kami plan nak ke Legoland. Tunggu Anas besar sikit. Pernah bergambar depan legoland. Anas umur 2 tahun masa tu. Sekarang kalau cerita pasal Legoland, dia ingat memori bergambar kat situ. Awal tahun ada janji nak bawa dia ke Legoland kalau berjaya diapers Free dan stop BF. Lama dah plan nak ke Legoland. Awal tahun dah pergi Krabi, so kami tunda lewat sikit ke Legoland. Pilih Oktober je masa birthday saya. Biasanya kami jalan jauh sikit Oktober.

Tiket Legoland Water park dan Theme Park

Blogwalking merata gak nak cari best price tiket Legoland. Dari Lazada, 11street, fave, Klook dan website Legoland sendiri. Saya sampai buat list mana yang murah. Harga lak berbeza-beza ikut tarikh. Kalau boleh nak beli awal tiket. Dahulukan dulu duit yang ada. Nanti bulan lain leh guna duit untuk hotel, minyak, tol dan perbelanjaan lain di sana.



Masa bulan Julai, husband plan nak beli di Shopee. Dia beritahu harga pada saya dan saya bandingkan dengan harga tiket di website. Website tengah promotion masa tu. Beli 2 tiket dewasa dan percuma tiket kanak-kanak. Kami beli untuk theme park dan water park 2 hari berasingan.

Theme Park : RM376 (2 dewasa & 1 kanak²)
Water Park :  RM244 (2 dewasa & 1 kanak²)


Nak kata murah, ntah la. Beza sikit je dengan medium lain. Saya pun dah malas fikir, lagi tak beli takut terguna duit. Beli di website, terus masukkan date yang nak pergi. Saya call Legoland untuk confirmation perlu booking atau apa² prosedur lain. Cuma print e-pass dan bawa ke entrance. Tak perlu ke kaunter dah. Auni Suraya bawah umur 3 tahun. Theme Park tak perlu bayaran, Water Park je kena bayar RM10 untuk swimming diapers.



Hotel

Survey beberapa hotel yang jaraknya tak terlalu jauh dengan Legoland. Husband nak hotel ada pool, kalau boleh nak breakfast sekali. Saya shorlisted Pariss Hotel dan V8 hotel. Harga lebih kurang je untuk tempoh semasa kami di sana. Baca review pelanggan lain yang pernah stay dan kami decide untuk ambil Pariss Hotel. Bayaran RM300 untuk 4 hari 3 malam di sana termasuk sarapan.


Review hotel (sekadar pendapat saya)

Bilik katil King dengan 4 bantal. Sangat selesa untuk kami berempat. Ada Tv 32 inci dengan beberapa channel astro dan siaran Singapore. Rancangan tv ada yang clear elok ada yang langsung tak nampak jalan cerita.
Coffe table dan coffee set + mineral water.
Almari dan hanger
Sabun mandi built in dalam shower
Sabun ketul, berus gigi 2 dan shower cap di sedia kan. Sinki dan cawan berus gigi juga ada. Tisu extra ada 1 roll. 1 roll hang on tepi toilet bowl.
Sejadah saya call dan dihantar ke bilik.
Towel 2 adult size, 1 face towel.
Wifi ada. Kadang laju kadang langsung tak leh buka apa pun. Kami lagi banyak guna data fon je.
Ada swimming pool

Kami keluar bilik selepas sarapan dan balik ke bilik selepas 6 petang. Bila balik bilik, bilik dah siap kemas, sampah dibuang dan semua peralatan di ganti baru iaitu tuala,sarung bantal, tisu, toiletteries dan coffee set. Alhamdulkllah tak de barang yang hilang walaupun saya tinggal laptop dalam bilik.

Breakfast

3kali kami breakfast. Menu basic saja. Hari pertama ada Nasi lemak dan mee goreng sebagai main course. 2 menu ni bertukar setiap hari. Hari kedua Nasi Goreng dan kueteow goreng. Hari ke3 menu yang sama macam menu hark pertama. Menu lain yang sama setiap hari adalah bubur, kuih pau, roti (jem, coklat, sekaya), cereal, red beans, scrambel egg, sosej, hashbrown, salad dan dressing. Air sama je tiap² hari, kopi, teh, susu dan jus buah. Hari pertama breakfast saya bawa tupperware tapau nasi lemak dan mi goreng untuk nak bawa masa ke water park. Kanak-kanak umur 5 tahun kena cas tapi staf situ tak tanya pun pasal Anas. Anas tak makan apa pun. Banyak tidur je. Auni ada la juga makan sikit.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...