Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Lama dah kami plan nak ke Legoland. Tunggu Anas besar sikit. Pernah bergambar depan legoland. Anas umur 2 tahun masa tu. Sekarang kalau cerita pasal Legoland, dia ingat memori bergambar kat situ. Awal tahun ada janji nak bawa dia ke Legoland kalau berjaya diapers Free dan stop BF. Lama dah plan nak ke Legoland. Awal tahun dah pergi Krabi, so kami tunda lewat sikit ke Legoland. Pilih Oktober je masa birthday saya. Biasanya kami jalan jauh sikit Oktober.
Tiket Legoland Water park dan Theme Park
Blogwalking merata gak nak cari best price tiket Legoland. Dari Lazada, 11street, fave, Klook dan website Legoland sendiri. Saya sampai buat list mana yang murah. Harga lak berbeza-beza ikut tarikh. Kalau boleh nak beli awal tiket. Dahulukan dulu duit yang ada. Nanti bulan lain leh guna duit untuk hotel, minyak, tol dan perbelanjaan lain di sana.
Masa bulan Julai, husband plan nak beli di Shopee. Dia beritahu harga pada saya dan saya bandingkan dengan harga tiket di website. Website tengah promotion masa tu. Beli 2 tiket dewasa dan percuma tiket kanak-kanak. Kami beli untuk theme park dan water park 2 hari berasingan.
Theme Park : RM376 (2 dewasa & 1 kanak²)
Water Park : RM244 (2 dewasa & 1 kanak²)
Nak kata murah, ntah la. Beza sikit je dengan medium lain. Saya pun dah malas fikir, lagi tak beli takut terguna duit. Beli di website, terus masukkan date yang nak pergi. Saya call Legoland untuk confirmation perlu booking atau apa² prosedur lain. Cuma print e-pass dan bawa ke entrance. Tak perlu ke kaunter dah. Auni Suraya bawah umur 3 tahun. Theme Park tak perlu bayaran, Water Park je kena bayar RM10 untuk swimming diapers.
Hotel
Survey beberapa hotel yang jaraknya tak terlalu jauh dengan Legoland. Husband nak hotel ada pool, kalau boleh nak breakfast sekali. Saya shorlisted Pariss Hotel dan V8 hotel. Harga lebih kurang je untuk tempoh semasa kami di sana. Baca review pelanggan lain yang pernah stay dan kami decide untuk ambil Pariss Hotel. Bayaran RM300 untuk 4 hari 3 malam di sana termasuk sarapan.
Review hotel (sekadar pendapat saya)
Bilik katil King dengan 4 bantal. Sangat selesa untuk kami berempat. Ada Tv 32 inci dengan beberapa channel astro dan siaran Singapore. Rancangan tv ada yang clear elok ada yang langsung tak nampak jalan cerita.
Coffe table dan coffee set + mineral water.
Almari dan hanger
Sabun mandi built in dalam shower
Sabun ketul, berus gigi 2 dan shower cap di sedia kan. Sinki dan cawan berus gigi juga ada. Tisu extra ada 1 roll. 1 roll hang on tepi toilet bowl.
Sejadah saya call dan dihantar ke bilik.
Towel 2 adult size, 1 face towel.
Wifi ada. Kadang laju kadang langsung tak leh buka apa pun. Kami lagi banyak guna data fon je.
Ada swimming pool
Kami keluar bilik selepas sarapan dan balik ke bilik selepas 6 petang. Bila balik bilik, bilik dah siap kemas, sampah dibuang dan semua peralatan di ganti baru iaitu tuala,sarung bantal, tisu, toiletteries dan coffee set. Alhamdulkllah tak de barang yang hilang walaupun saya tinggal laptop dalam bilik.
Breakfast
3kali kami breakfast. Menu basic saja. Hari pertama ada Nasi lemak dan mee goreng sebagai main course. 2 menu ni bertukar setiap hari. Hari kedua Nasi Goreng dan kueteow goreng. Hari ke3 menu yang sama macam menu hark pertama. Menu lain yang sama setiap hari adalah bubur, kuih pau, roti (jem, coklat, sekaya), cereal, red beans, scrambel egg, sosej, hashbrown, salad dan dressing. Air sama je tiap² hari, kopi, teh, susu dan jus buah. Hari pertama breakfast saya bawa tupperware tapau nasi lemak dan mi goreng untuk nak bawa masa ke water park. Kanak-kanak umur 5 tahun kena cas tapi staf situ tak tanya pun pasal Anas. Anas tak makan apa pun. Banyak tidur je. Auni ada la juga makan sikit.
Showing posts with label harga tiket. Show all posts
Showing posts with label harga tiket. Show all posts
Wednesday, April 10, 2019
Friday, December 22, 2017
Menjelajah The Top, Komtar
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sebelum saya ceritakan pengalaman saya di The Top, saya ringkaskan dahulu maklumat berkenaan tempat ini.
The Top, Komtar mula dibuka untuk orang ramai pada Disember 2016. Terbahagi kepada 2 iaitu Window of the Top (WOTT) dan Avenue of Adventure (AOA). Untuk WOT cuma ada Rainbow Skywalk (tingkat 68) dan Observatory Deck (tingkat 65). Untuk AOA ada banyak iaitu
- Top Boutique Aquarium
- Penang State Gallery
- Durian the king of fruits
- Tongkat Ali King
- Dyno Gym
- 7D Discovery
- Jurassic Research Centre
- Dance OKI
- Tech Dome Penang
- UFOX
- Jelly Bump
- Space Time Squadron
- Dragon Regatta
- Musical Carousel
- Magic Mirror Maze
- Meltdown (belum buka)
Tiket boleh dibeli secara online atau walk in. Harga berbeza untuk Mykad dan foreigner. Harga bertukar-tukar bergantung pada promosi. Pilihan tiket boleh beli untuk masuk ke semua atau satu entrance je. Untuk maklumat lebih lanjut boleh rujuk website THE TOP
Berbalik pada kisah saya. Saya beli tiket ke the Top di Matta Fair dengan harga RM158 (2 dewasa, 1 kanak-kanak). Tiket sah untuk masuk ke semua kecuali Tech Dome. Anas lebih 90cm, kena beli tiket kanak-kanak. Auni percuma. Masuk area bangunan Komtar, ada signage untuk parking The Top. Ikut je. Pintu masuk di tingkat 6. Parking la kat tingkat mana² yang free. Bukan parking lot reserve yang ada nombor plat kereta. Confirm tayar kena lock kalau parking juga. Bayaran parking RM1/jam.
Masuk tingkat 6, pergi kaunter tiket. Tunjuk tiket dan dapat wristband. Ada few instruction tapi tak ingat semua. Katanya jurassic dan skywalk akan tutup kalau hujan. Di kaunter tiket, tak ramai orang. Mungkin awal lagi. Kami masuk jam 11 pagi. The Top buka 10 pagi - 10 malam. Tapi ada je yang tutup 6 petang. Lepas pakai wristband, terus decide ke skywalk. Takut lambat² nanti hujan. Tunggu lif lama gak. Kena beratur ye. Sebelum beratur kena tahan untuk sesi fotografi.
Bila lif sampai, ada tour guide dalam lif akan explain. Sampai level 65. Level ni ada Obsevatory deck, tapi under maintenance. Keluar lif dan tunggu untuk ke tingkat 68. Dalam lif ada tour guide yang akan bagi information. Sampai tingkat 68, akan lalu cafe. Boleh nak basahkan tekak di sinj. Nice view. Kalau nak terus jalan skyway kena pakai shoe cover. Ada di sediakan. Kalau ramai tunggu turn. Nasib masa kami pergi tak ramai. Cuaca sangat panas masa tu. Ada sofa, kerusi table untuk relax. Kalau petang boleh rehat dan snap photo. Fotografer pun ada boleh snap guna kamera mereka dan bersedia untuk bayaran. Kami tak lama kat situ.
Turun lif, kena tahan untuk tengok gambar. Semua datang dengan pakej dan soft copy. Kami ambil yang paling murah. RM70 untuk 2 pcs gambar dan soft copy. Lepas tu terus ke Dinosour Research Centre. Kena beratur untuk masuk. Pintu buka ikut waktu yang di tetapkan. Boleh masuk stroller. Mula² ada penerangan berkenaan Dinosor oleh Harith Iskander. Kemudian akan dibawa masuk ke satu demi satu seksyen. Hati², pintu automatik. Ada staf dalam tu akan explain berkenaan dinosour. Ada fosil, info dan monumen saiz sebenar dinosour beserta bunyi dan pergerakan. Anas enjoy di sini tetapi takut.
Keluar dari Dynosour terus kena tahan untuk gambar. Macam tadi la juga pakejnya. Saya tanya untuk beli soft copy sahaja tapi tak de la kan. Terus gerak, tak beli even dia dah print gambar kami. Kami masuk Magic Mirror Maze. Tak paham pun konsep camna, yang jaga tiket pun tak pesan. Dia tak bagi bawa selfie stick je sebab takut cermin pecah dan pesan jangan lari. Rupanya dalam tu dipenuhi cermin. Kena cari jalan keluar. 4 penjuru cermin je. Kalau terus jalan memang berlaga cermin la. Lepas tu jalan dekat dengan pasangan, nanti sesat. Anas dan Auni kami dukung. Auni dah ngantuk masa ni. Singkat je perjalanan dalam tu kalau berjaya cari jalan keluar. Kalau sesat dan give up angkat tangan, nanti staf datang.
Keluar dari situ kami pergi Marrybrown. Nak Lunch. Dah lama tak makan Marrybrown. Itu je restoran yang nampak harga murah dan kenyang. Anas suka la sebab ada mainan. Masa tu ada mainan lego. Di Marrybrown boleh beli mainan sahaja, semua dia borong tapi cashier tu tak kira masuk bil lak. Saya dan suami tengah sibuk layan Anas dan Auni, memang tak perasan mainan tak kira. Bila balik tengok semula resit baru perasan. Lepas makan, saya tidurkan Auni dan husband bawa Anas main di Dyno Gym. Di sini wajib pakai stokin. Kalau tak bawa boleh beli. Husband beli kat Anas RM5. Auni kalau nak masuk kena bayar RM35. Sebab tu saya minta husband bawa Anas je dan saya duduk dengan Auni di Marrybrown.
Dyno gym macam taman permainan. Ada sliding, bola dan lain². Lepas Anas habis main di Dyno Gym, kami ke 7D Discovery. Ada limit penonton boleh masuk setiap tayangan. Waktu tayangan ada di tunjukkan di luar pintu. Kena beratur sebelum masuk. Sementara nak sampai turn tayangan sempat lagi husband bawa Anas naik Musical Carousel, macam kat funfair, naik kuda pusing keliling 3,4 round. Dah buka pintu untuk tayangan, kami diberi cermin mata untuk di pakai semasa tayangan. Konon dengan cermin mata tu akan wujud efek 7D, malangnya saya tak rasa pun macam tu. Saya nampak kelabu je. Cermin mata tu tak dicuci rasanya. Husband pun komen camtu dan saya pening selepas itu. Kami tonton tayangan pengembaraan Pirate. Anas seronok. Ada efek bila kerusi kekiri kanan dan percikan air. Sampai terjaga Auni kena air.
Di Luar 7D ada tempat lapang untuk Dance OKI. Masa kami di sini tak nampak pun ada tarian. Mungkin bukan slot masa lagi. Kami pun rushing nak habiskan cepat² sebab Anas dan Auni dah mula nampak tak selesa. Lepas tu kami ke Ocean Explorer. Kena beratur dan tunggu waktu tayangan. Tempatnya lebih kecil berbanding dengan 7D, masa turn kami ngam² ada 2 saja seat kosong. Kalau tak kena tunggu lagi 10 minit. Kami redah je masuk. Pengembaraan dalam lautan. Macam kita duduk dalam kapal selam dan tengok hidupan laut. Anas seronok, Auni takut. Ada juga efek basah terkena percikan air.
Kemudian kami beralih ke side satu lagi. Masa ni Anas dah mengantuk. Bila mengantuk dia akan mengamuk. Memang tak sempat jelajah side sini. Tapi nampak la Jelly bump tengah penuh orang beratur nak masuk, Penang State Gallery tak masuk, snap photo dengan depan je. Husband terus ajak balik bila Anas dah tak dapat di kawal. Masuk kereta diabterus tidur. Kadar bayaran patking yang kena RM6.
Yang tak sempat masuk :
Dragon Regatta - Untuk kanak², macam alat mainan yang letak duit 50 sen dan bergerak. Sama saja. Cuma yang ni bentuk dragon dan berpusing selama beberapa minit.
Space Time Squadron - untuk pencinta virtual game. Teringin gak nak try tapi tak sempat.
UFOX - ini di level atas. Saya tengok di website lebih kurang je cam yang lain. Bezanya di bawa ke angkasa lepas.
Tech Dome - pakej kami tanpa admission ke sini. Kalau nak masuk juga kena tambah RM18/ seorang kalau tak salah. Di sini penuh dengan teknologi sains. Ada interaktif game. Sesuai untuk kanak² sekolah.
Tongkat Ali Kings - Muzium berkenaan tongkat ali.
Durian the king of fruits - semua info berkenaan durian ada di sini
Jelly Bump - kalau kat funfair panggil kereta laga. Naik kereta dan langgar orang. Line beratur panjang sungguh.
Penang state Gallery - info berkenaan negeri Pulau pinang.
Tamat sudah pengembaraan kami di sini. Mungkin boleh saya share beberapa tips :
![]() |
| Nak jimat, minta tolong pengunjung lain snap photo |
Bila lif sampai, ada tour guide dalam lif akan explain. Sampai level 65. Level ni ada Obsevatory deck, tapi under maintenance. Keluar lif dan tunggu untuk ke tingkat 68. Dalam lif ada tour guide yang akan bagi information. Sampai tingkat 68, akan lalu cafe. Boleh nak basahkan tekak di sinj. Nice view. Kalau nak terus jalan skyway kena pakai shoe cover. Ada di sediakan. Kalau ramai tunggu turn. Nasib masa kami pergi tak ramai. Cuaca sangat panas masa tu. Ada sofa, kerusi table untuk relax. Kalau petang boleh rehat dan snap photo. Fotografer pun ada boleh snap guna kamera mereka dan bersedia untuk bayaran. Kami tak lama kat situ.
![]() |
| Tunggu lif nak pergi skywalk |
Turun lif, kena tahan untuk tengok gambar. Semua datang dengan pakej dan soft copy. Kami ambil yang paling murah. RM70 untuk 2 pcs gambar dan soft copy. Lepas tu terus ke Dinosour Research Centre. Kena beratur untuk masuk. Pintu buka ikut waktu yang di tetapkan. Boleh masuk stroller. Mula² ada penerangan berkenaan Dinosor oleh Harith Iskander. Kemudian akan dibawa masuk ke satu demi satu seksyen. Hati², pintu automatik. Ada staf dalam tu akan explain berkenaan dinosour. Ada fosil, info dan monumen saiz sebenar dinosour beserta bunyi dan pergerakan. Anas enjoy di sini tetapi takut.
![]() |
| Saiz sebenar Dinosour, Auni takut |
Keluar dari Dynosour terus kena tahan untuk gambar. Macam tadi la juga pakejnya. Saya tanya untuk beli soft copy sahaja tapi tak de la kan. Terus gerak, tak beli even dia dah print gambar kami. Kami masuk Magic Mirror Maze. Tak paham pun konsep camna, yang jaga tiket pun tak pesan. Dia tak bagi bawa selfie stick je sebab takut cermin pecah dan pesan jangan lari. Rupanya dalam tu dipenuhi cermin. Kena cari jalan keluar. 4 penjuru cermin je. Kalau terus jalan memang berlaga cermin la. Lepas tu jalan dekat dengan pasangan, nanti sesat. Anas dan Auni kami dukung. Auni dah ngantuk masa ni. Singkat je perjalanan dalam tu kalau berjaya cari jalan keluar. Kalau sesat dan give up angkat tangan, nanti staf datang.
![]() |
| Laluan pertama Magic Mirror Maze |
![]() |
| Anas mengamuk teruk masa ni |
Dyno gym macam taman permainan. Ada sliding, bola dan lain². Lepas Anas habis main di Dyno Gym, kami ke 7D Discovery. Ada limit penonton boleh masuk setiap tayangan. Waktu tayangan ada di tunjukkan di luar pintu. Kena beratur sebelum masuk. Sementara nak sampai turn tayangan sempat lagi husband bawa Anas naik Musical Carousel, macam kat funfair, naik kuda pusing keliling 3,4 round. Dah buka pintu untuk tayangan, kami diberi cermin mata untuk di pakai semasa tayangan. Konon dengan cermin mata tu akan wujud efek 7D, malangnya saya tak rasa pun macam tu. Saya nampak kelabu je. Cermin mata tu tak dicuci rasanya. Husband pun komen camtu dan saya pening selepas itu. Kami tonton tayangan pengembaraan Pirate. Anas seronok. Ada efek bila kerusi kekiri kanan dan percikan air. Sampai terjaga Auni kena air.
Di Luar 7D ada tempat lapang untuk Dance OKI. Masa kami di sini tak nampak pun ada tarian. Mungkin bukan slot masa lagi. Kami pun rushing nak habiskan cepat² sebab Anas dan Auni dah mula nampak tak selesa. Lepas tu kami ke Ocean Explorer. Kena beratur dan tunggu waktu tayangan. Tempatnya lebih kecil berbanding dengan 7D, masa turn kami ngam² ada 2 saja seat kosong. Kalau tak kena tunggu lagi 10 minit. Kami redah je masuk. Pengembaraan dalam lautan. Macam kita duduk dalam kapal selam dan tengok hidupan laut. Anas seronok, Auni takut. Ada juga efek basah terkena percikan air.
Kemudian kami beralih ke side satu lagi. Masa ni Anas dah mengantuk. Bila mengantuk dia akan mengamuk. Memang tak sempat jelajah side sini. Tapi nampak la Jelly bump tengah penuh orang beratur nak masuk, Penang State Gallery tak masuk, snap photo dengan depan je. Husband terus ajak balik bila Anas dah tak dapat di kawal. Masuk kereta diabterus tidur. Kadar bayaran patking yang kena RM6.
Yang tak sempat masuk :
Dragon Regatta - Untuk kanak², macam alat mainan yang letak duit 50 sen dan bergerak. Sama saja. Cuma yang ni bentuk dragon dan berpusing selama beberapa minit.
Space Time Squadron - untuk pencinta virtual game. Teringin gak nak try tapi tak sempat.
UFOX - ini di level atas. Saya tengok di website lebih kurang je cam yang lain. Bezanya di bawa ke angkasa lepas.
Tech Dome - pakej kami tanpa admission ke sini. Kalau nak masuk juga kena tambah RM18/ seorang kalau tak salah. Di sini penuh dengan teknologi sains. Ada interaktif game. Sesuai untuk kanak² sekolah.
Tongkat Ali Kings - Muzium berkenaan tongkat ali.
Durian the king of fruits - semua info berkenaan durian ada di sini
Jelly Bump - kalau kat funfair panggil kereta laga. Naik kereta dan langgar orang. Line beratur panjang sungguh.
Penang state Gallery - info berkenaan negeri Pulau pinang.
Tamat sudah pengembaraan kami di sini. Mungkin boleh saya share beberapa tips :
- Grab tiket masa promo
- Pergi masa weekday. Weekend dan public holiday sure ramai. Bila ramai, pack, buang masa beratur.
- Datang awal. Buka jam 10. Senang parking dan masih fresh.
- Jika cuaca elok, explore dulu skywalk dan dinosour. Saya rasa dua tempat tu yang paling berbaloi bayar mahal².
- Bawa stroller jika ada anak kecil. Majoriti tempat mesra stroller. Yang tak boleh masuk, boleh park tepi.
- Bawa air atau junk food jika bawa anak. Banyak aktiviti, letih, penat, dahaga. Air ada jual. Jangan terkejut, mineral water 500ml berharga RM10
- Minimumkan bawa barang. Macam saya ada anak, biasanya macam² nak bawa. Cukup sekadar beg galas yang ada diapers, purse, telefon.
- Cas penuh telefon bimbit / kamera. Tak semua tempat boleh bawa masuk selfie stick. Bawa power bank.
- Bawa stokin sendiri untuk semua individu yang masuk The Top.
- Kalau kena tahan untuk tangkap gambar, boleh saja menolak. Kami layan je. Masa nak kuar tengok gambar dan cakap je tak nak kalau rasa gambar yang display tak elok. Apa salahnya beli kalau ada duit lebih. Redeem soft copy dalam masa 14 hari, kalau tak gambar hilang.
- Kalau sempat masuk semua entrance. Bagi saya rugi kalau tak masuk semua. Tapi dengan anak, memang dah expect tak dapat jelajah semua. Next time boleh pergi lagi. Tiket untuk satu entrance sahaja pun ada jual, cuma kurang menjimatkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)



















