Showing posts with label karya penulis. Show all posts
Showing posts with label karya penulis. Show all posts

Thursday, October 19, 2023

Review Novel : Kerana dia Aina Isabelle


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Novel yg dibeli di pesta buku 2023. Bukan dalam listsaya tapi sebab nak cukupkan bilangan buku untuk diskaun, saya grab ni hasil recommend dari staf situ. Kisah cluche kahwin paksa then fall in love. Saya ambil masa yang lama untuk habiskan bacaan. Banyak part xxx 
Saya tak rasa saya akan baca lagi novel ni. Bukan akan let go atau serah pada library.

Blurb

"Sekarang ibu dah tak ada. Aina tertanya-tanya
tentang apa yang Sarah pernah katakan sebelum ni."

Dengan rasa berat hati, Aina akhirnya meluahkan.
Mata Zafran membulat luas apabila nama Sarah 
disebut Aina. Sejak peristiwa Sarah memunculkan diri di rumah, tidak pernah sekali pun Aina bercakap mengenainya.

"Apa dia?"

"Betul ke abang akan ceraikan Aina bila ibu dah 
tak ada?" Aina memperlahankan suaranya.
Serentak itu, Zafran bangun terduduk.

"Jadi, itu yang sayang fikir selama ni?" Suara Zafran tiba-tiba meninggi dan bernada tegas. Riak wajahnya serius.

Aina mengetap bibir. Dia turut duduk berhadapan 
Zafran.

"Mungkin itu juga yang ibu fikir." Aina membuat 
kesimpulannya sendiri.

"It’s not going to happen, Aina Isabelle! And please stop the nonsense! Jangan fikir semua tu!" bentak Zafran tegas.

"Abang..."

"Sayang, tolong pegang dan percaya cakap abang. 
Setiap perkahwinan akan ada kepincangan di mana-mana, tapi percayalah cakap abang, kita akan cuba harungi bersama." Zafran menggenggam tangan Aina erat. Mahu Aina percaya dengan kata-katanya. Dia tidak dapat menjangka apa yang bakal difikirkan oleh Aina lagi selain kata-kata Sarah. Hanya masa yang dapat membuktikan 
segalanya. Dia benar-benar sayangkan Aina.

"Janji abang takkan tinggalkan Aina?" Zafran mengangguk lantas mengusap pipi Aina yang sudah dibasahi air mata.

"Seandainya satu hari nanti abang ada buat salah, 
melukakan hati sayang, abang merayu dengan sayang, tolong jangan tinggalkan abang. Don't ever dare think about it. Abang akan cari dan ikat sayang. Biar sayang tak boleh jauh dari abang. Biar sentiasa di depan mata abang." Zafran mencuit hidung Aina yang mula kemerahan. 

Lapang sedikit dada Aina mendengar luahan 
Zafran itu.

'Masakan aku boleh pergi jauh daripadamu, Zafran. Hati ini telah lama dirantai.'

"I love you, abang." Aina meluahkan isi hatinya yang tidak dapat disembunyikan lagi. Sungguh, dia amat mencintai lelaki itu.

"I love you more, Aina Isabelle.”

Friday, December 31, 2021

Review Novel : Mesej

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Novel yang terakhir saya baca di tahun 2021.
Novel ke 23. Masih dalam misi menghabiskan karya-karya Anna Lee. Bila mula membaca novel ni saya rasa macam pernah baca tapi semak balik masih belum baca. Ada part cam dah tau apa nak jadi, ada part cam clueless. Rupanya kisah ni ada sedikit dalam Aku, dia dan pinky promise. 

Sinopsis

Aria terdesak perlukan rumah sewa baru kerana teman serumahnya yang berpindah dan dia out of budget untuk bayar sorang-sorang. Then kawannya Lisa ajak pergi tengok 1 rumah yang just nice dan sewa murah. Lepas setuju nak sewa, kena sign agreement for 1 year. Malam pertama dia dah dengar bunyi kaca jatuh dan pecah. Esoknya dia nekad nak pindah tapi deposit rm3k tak dapat balik. Aria toada pilihan, terpaksa teruskna memyewa. Malam kedua dia dengar lagu French. Dia lawan dengan ayat AlQuran. Esoknya di ofis, bila bos barunya pasang lagu French dia rasa dia berhalusinasi. Habis bosnya dia serang. Malam ketiga, disana mula bercakap. Mula-mula seram then seronok lak di layan. Mama kat sana nama Jason. Pandai cakap Melayy. Dan tetiba Ustaz yang Lisa bawa nak pagar rumah datang. Aria takut Jason terbakar. Cepat-cepat dia suruh Jason sembunyi.

Awal-awal memng kelakar. Tak dapat bayang camna kalau kita di tempat Aria dan Jason. Tapi saya suka karya-karya camni. Out of box. Something new. Memang best semua karya Anna Lee. Please beli dan baca. Tak rugi .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...