Showing posts with label kecederaan kepala. Show all posts
Showing posts with label kecederaan kepala. Show all posts

Friday, August 12, 2011

aktiviti minggu ini

salam..
minggu ini penuh dengan appointment di hospital.

teringin sangat nak shoot pic kat sini padang ragut upm.. ihsan pic dr GOOGLE


Isnin ke Hospital Bukit Mertajam, jumpa dengan pakar hidung.
Saya tak ada deria bau sejak kemalangan.
Doktor masukkan kamera dalam hidung saya.
Hidung sy tiada bendasing. Cuma ada congestant skit.
Keputusan doktor, SAYA HILANG DERIA BAU SELAMA - LAMANYA
sebab masa kemalangan, kepala saya berdarah.
Otak yg control bau cedera.
Sebab tu saya xleh bau. kecederaan otak mmg kekal selamanya.
Keputusan ni memang dah saya jangkakan sebab saya memang dalam bidang perubatan,
cuma mak ngan ayah saya je macam tak leh terima.

ok berita buruk untuk saya..
sekurang-kurang sy bersyukur sebab masih boleh melihat, bercakap, mendengar dan merasa.
dan yg plg penting umur sy masih panjang.

Hari selasa, sy berjumpa dengan doktor tulang lak.
untuk kecederaan kaki saya.
wat xray, tulang yg patah masih belum bercantum sepenuhnya.
tp sy nmpak progress yg baik..
cuma doktor mintak wat senaman banyak bg lutut saya leh bengkok balik.
ok i try doktor.. everyday sy mengangkat bagi bengkok lutut sy.
sapu minyak segala. tp lutut saya yg berat ni masih keras.
kaki sy juga bengkak. masih bengkak tp tidak bertambah.
tapi kalau banding ngan kaki kiri memang nampak sgt ketara..
mintak datang semula ke klinik lepas raya dengan xray batu.
kaki kanan masih tak leh digunakan untuk berpijak.
melompat lagilah :(

hari rabu temujanji dengan fisiterapi pula.
fisio mmg appointment every week.
sbb sy staff dan kaki sy memerlukan byk fisio sbb dah keras lutut tak leh nak bengkok.
aktiviti senaman rini takde yang extreme.
sama je cam sy wat kat rumah.
mungkin sbb ramai patient kot.
stgh jam sebelum balik diorg gantung kaki saya pakai spring tuk bengkok kan lutut saya.
x byk sgt pon leh bengkok..
br leh 30 degree je.
tp ok la dr mgu lepas ms g fisio. kaki sy langsung xleh bengkok.
ampu pakai tongkat bila duduk atas wheel chair.
before balik akak fisio suruh sy balik praktis meniarap.
minggu depan nak wat fisio sambil meniarap.
katanya lbh byk senaman leh wat kalau meniarap.

so semalam hubby pon menolong saya meniarap
yess... berjaya meniarap.. even sakit nak mampos lutut ngan kaki ngan peha..
adoooii tak dapat nak di gambarkan...
harapnya kaki saya tak keras - keras dah minggu depan...
huhuhu

Saturday, July 23, 2011

kisah 3 julai 2011

salam.. thanks for reading..
disini saja nak mencoretkan apa yang terjadi pd hari kejedian sy accident.
sebagai kenangan pada saya bila baca balik blog ni nanti.. :)

3julai 2011, ahad
sy dan suami keje pagi.. kebetulan dua - dua terjaga lambat.
setelah siap sy turun dulu (umah kami tgkat 3)
sy g keje naik keta. hubby naik moto.
masuk keta start enjin.. try berkali2 tp xleh start gak..
call hubby suruh turun cepat meh tgok keta jap..
try2 still xleh start.. ujan da start turun renyai2..
hubby wat keputusan, dia antarkan g keje..
nanti balik keje mntak kawan2 hantarkan..
sampai depan UITM.. ada traffic light..
lampu hijau hubby jalan.. Avanza nk membelok ke arah uitm jalan gak.
kesimpulannya kami dua2 x sedarkan diri.

sampai kecemasan hospital sy keje..
kawan2 dr wad sy turun dtg bg treatment mana yg leh kat sy ngan hubby.
diorg da pelik sy dtg keje lmbt. slalu 6.30pg sy da smpai. ni kul 7 diorg trima call kata saya kat kecemasan.
kepala saya berdarah. tengkorak kepala retak sebahagian kecil kanan belakang.
tulang peha kanan patah 2 tempat.
mid shaft of femur & head of femur.
tulang peha saya mmg xleh pakai langsung.
kaki bengkak teruk.

saya memang x sedar langsung dr 3hb smpai 10 hb..
sapa yg dtg melawat sy, sy mmg x ingt.
kebetulan mak cakap ramai kawan2 dan sedara datang masa tu.
prosedur apa yg diorg buat kat wad mmg sy x ingt.
nasib baik sy x ingt sbb kalau x mesti sakit gila..
7hb sy masuk operation. patutnya awal lg tp tekanan darah sy rendah.
masuk darah lg.. mcm2 jadi..

hubby lak ibu jari kaki dia retak..
dia lebih ok banding ngan sy. kuar wad seminggu awal dr sy..
sy tinggal di wad 12 hari..
bayangkan dengan pakai pampersnya..
mandi kena org watkan.. malu saya..

kaki kanan sy yg di masukkan besi tu atas arahan doktor xleh nak di letakkan atas lantai.
sy hanya belajar berdiri dengan kaki kiri melompat.
itu saja yg sy leh wat.
masa nak kuar wad tu br je blajar melompat pakai kaki kiri.
malam tu jugak dr da suruh balik. dengan alasan. diorg nak pakai katil.. marah jugak ayah sy.
tp nak wat camne..
dah mmg prosedur diorg cmtu..

baru ni jumpa neurosurgeri PGH.
br sy tau. ada tulang tengkorak kepala masuk bawah kulit..
mmg benjol la kalau pegang..
Dr. cakap tgok lg 2 bulan.. kot2 ada efek pa pe ke..
pastu sy juga xde deria bau lepas accident ni.. bau wangi @ busuk mmg x dpt di kenal pasti..
mgkn sbb efek kecederaan kepala @ ada masalah hidung.
8hb ni br jumpa doktor.
nasib la deria bau.. mata leh melihat, lidah dpt merasa..
so, sekarang ni sy berehat di rumah mak saya bersama suami.
MC sampai jumpa doktor..

ramai sedara jumpa saya dan komen "nasib baik miza tak mengandung kan"
then baru saya sedar. ye kan. kalau tak, tak dapat nak bayang.
even saya ngan hubby mmg nak sangat baby.
mungkin ada hikmah atas semua yang terjadi..
sekian...

ni masa x sedar pe jd.. operate pon belom. muka tembam tak hingat. bengkak dr kepala

masuk operation room

baru sedar apa yg jadi. masa dh 10 hari di wad
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...