Showing posts with label mazni anita. Show all posts
Showing posts with label mazni anita. Show all posts

Friday, April 26, 2013

Review Novel : Bunga Syurga

Novel di saya mula membaca sebaik sahaja tamat sesi berpantang. Karya penulis ni memang kena dengan jiwa saya. Gaya bahasa yang bersahaja dan tidak terlalu berat. Jalan cerita yang menarik memang buat tidak sabar dan meneruskan pembacaan tetapi dengan kehadiran si kecil memang tak dapat nak habiskan pembacaan dalam masa yang singkat seperti dahulu.

Sinopsis

Riffki kehilangan kekasihnya, Laila semasa kejadian pengeboman di Bali. Selepas kejadian itu dia berubah menjadi keras hati, panas baran, mempermain kan perasaan wanita dan memberontak. Kemudian dia bertemu Hijjaz dan menyangka kan Hijjaz seperti wanita lain yang boleh dia permainkan. Akibat salah sangka, Riffki telah mengambil syarikat tempat Hijjaz bekerja untuk menguruskan galerinya. Riffki sedar perasaan nya berlainan ketika bersama Hijjaz dan Hijjaz mulai jatuh hati pada Riffki walaupun Riffki melayannya dengan kasar. Hijjaz meminjam wang dari Riffki dan sebagai balasannya dia harus mengikut telunjuk Riffki termasuklah menyamar sebagai teman wanita Daniel, abang tiri Riffki yang tidak mahu di jodohkan dengan anak kenalan umi nya. Daniel yang sememangnya mengenali Hijjaz atas urusan perniagaan telah jatuh cinta pandang pertama pada Hijjaz dan melamarnya. Hijjaz dalam dilema antara Riffki dan Daniel tetapi Riffki telah menyatakan hanya Laila di hatinya. Kehadiran Hazmin Iskandar untuk meruntuhkan empayar perniagaan keluarga Daniel dan memecahbelahkan keluarga mereka telah membuka rahsia yang hanya di ketahui oleh ayah Daniel dan Riffki. Apakah rahsia tersebut? Siapakah pilihan Hijjaz? Bagaimana hubungan Daniel dan Riffki selepas Hijjaz membuat keputusan memilih calon suaminya?

Saya beri 4.5/5 bintang untuk novel ni. Pembacaan saya lebih cepat untuk novel ni. Memang menarik ceritanya cuma kena fokus sebab penulis campur adegan semasa dan flash back. Kalau fokus tak de la confuse kan? Dan banyak watak dalam ni. Boleh juga sebabkan confuse. Selamat membaca.

Saturday, November 12, 2011

review novel : sayangku casper


Salam..
entry ni berkaitan dengan cover novel di atas.
sudah selamat habis baca minggu lepas..
sangat best. edisi sangat susah letak.
rate saya 4/5

SINOPSIS  (berdasarkan bacaan saya)

Novel ini mengisahkan pasal Tia Adila, anak jutawan Ahmad Fakhrul
yg super busy. Tia tinggal bersama dgn ibu tiri & kakak tiri.
Dilayan macam org gaji. memang macam cerita Cinderella part ni.
Tia belajar di kolej bersama dgn kakak tiri dia & dia minat bidang fesyen.
Tapi belajar bidang bussiness atas arahan ayah dia.

Tengku Rafique dr france ke KL atas arahan granny nye untuk mencari
cousin nye Adelia de Casper yg hanya berbekalkan gbr Adelie sms berusia 5 tahun.
Beberapa kejadian buatkan mereka kenal & berjumpa.
Tia bantu Rafique untuk kesan Adele.

Emak tiri Tia buat keputusan untuk tunangkan Tia dgn anak dato yg Tia tak suka.
then dia dikurung. Tia berjaya larikan diri dgn bantuan bff nye & larikan diri ke france.
Kebetulan Tia & Rafique 1 flight.
di France Tia hilang beg. Rafique lak tolong Tia.
bla bla bla bla

tak larat type dah.. hahahahah....

sila beli.. recommended ok

p/s - pulang ke rumah in law hari ni dan meneruskan sesi mengurut
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...