Showing posts with label mcu. Show all posts
Showing posts with label mcu. Show all posts

Thursday, January 5, 2023

Review Drama : Agent Marvel of S.H.I.E.L.D

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

lama dah saya tonron drama ni. Ada banyak season. 6 season kot. Saya tengok yang fist je. Rasa cam banyak lak nak maraton then quite slow. Diorang tak de special ability pun. Mungkin ada di season seterusnya tapi rasa cam malas lak nak tengok semua.

Sinopsis - Kredit

 

Kisah bermula ketika kejadian di dalam filem The Avengers di mana Loki telah berjaya memperdayakan Thor malah Loki turut menikam Agen Phil Coulson dalam usahanya untuk melarikan diri dari pesawat S.H.I.E.L.D. Secara teknikal, Agen Phil Coulson mati di tangan Loki. Namun, sebenarnya lelaki tersebut telah diselamatkan oleh pasukan medik S.H.I.E.L.D. dan dihantar ke Tahiti sehingga sembuh sepenuhnya. Maklumat ini terpaksa dirahsiakan oleh Nick Fury (Samuel L. Jackson) dari pengetahuan Avengers untuk memudahkan kerjasama mereka sebagai satu pasukan.

Sejak dari peristiwa battle of New York itu, Agen Phil Coulson kembali menerajui sebuah pasukan kecil yang terdiri daripada agen berkemahiran tinggi untuk menyiasat apa sahaja kuasa luar biasa yang mengancam keselamatan dunia. Pasukan ini dikenali sebagai ‘Agents of S.H.I.E.L.D.’, disertai oleh Agen Melinda May (Ming-Na Wen), Agen Grant Ward (Brett Dalton), Agen Skye (Chloe Bennett), Agen Leopold “Leo” Fitz (Iain De Caestecker) dan Agen Jemma Simmons (Elizabeth Henstridge).

Kelima-lima agen ini mempunyai kemahiran berbeza. Melinda May merupakan seorang juruterbang dan pakar senjata yang dikenali dengan nama samaran ‘The Cavalry’, Grant Ward ialah pakar Black Operation atau Black Ops, Skye ialah penggodam komputer, Leo Fitz ialah seseorang yang pakar dalam bidang kejuruteraan khususnya teknologi senjata manakala Jemma Simmons adalah pakar dalam sains hayat (manusia dan makhluk asing).

Monday, December 26, 2022

Review Drama : She Hulk

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama dah habis tonton drama ni tapi terlepas pandang nak buat review. 

Sinopsis

Sepupu Bruce Banner iaitu Jennifer Walters yang mempunyai kerjaya sebagai seorang peguam berjaya. Beliau menjadi She-Hulk apabila kemalangan bersama Bruce dan darah Bruce mengalir ke darahnya. Dia menjadi peguam untuk mengendalikan kes-kes berkaitan dengan manusia luar biasa.

Setiap episod ada kisah berlainan tapi masih berkaitan di antaranya. 

Monday, October 10, 2022

Review Filem : Thor : Love and Thunder


Lama tunggu nk tengok movie ni. Plan asal nak tengok kat wayang. Tapi tak lepas masuk Malaysia, so bersabar la tunggu tayangna Disney+. Nampak je kat Disney+ terus tonton tapi kecewa. Tak de la best mana pun. Story line pun rapuh je. 

Sinopsis

Kisah percintaan Thor dulu-dulu then latest dengan Jane. In Love sangat la dengan Jane sampai lepas break up bawa diri. Jane lak lepas break up kena cancer stage 4. On kemo pastu dia dengar ke rasa Mjolnir panggil. Dia pegi pa kat New Asgard. Sebab pernha cinta dengan Thor, Mjolnir kenal dia dan Jane berjaya satukan serpihan Mjolnir. Dengan Mjolnir Jane dapat diri yang baru. Lebih kuar dan superpower. Tapi tanpa Mjolnir, dia masih Jane penghidap cancer. Thor dan Jane punya mission hapurkan Gorr. Gorr ni ada pedang yang leh bunuh dewa. Last Jane mati.

Tak berbaloi tengok wayang kalau wujud di wayang Malaysia 

Thursday, September 22, 2022

Review Drama : inHuman


Assalamualaikum dan salm sejahtera.
Drama 8 episod di Disney+. Cerita superpower dari Marvel.

Sinopsis 

Mereka manusia yg ada kebolehan, tinggal di bulan. Ada kerajaan sendiri. Setiap rakyat akan lalui Tregenesis untuk tentukan kebolehan. Klaau kurang kebolehan atau tak de kebolehan kena jadi buruh. Maximus, adik kepada raja, Black Bolt tak puas hati dengan pemerintahan sebab dia tak de kuasa fizikal. Dia manipulasi fikiran rakyat untuk menentang abangnya. Raja, pemaisuri dan fee family larikan diri ke bumi sementara nak berunding semula dengan Max. Malangnya tempat mereka di hantar tak sama. Ada kena tangkap dengan polis, ada dalam kawah, ada dalam hutan. Mereka ken cari each other untuk selamatkan rakyat dan diri mereka sendiri.

Thursday, September 15, 2022

Review Series / Drama : Moon Knight


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Series di Disney+ Hotstar. 6 episod. Saya tengok sebab ni dalam list MCU phase 4. Tapi series ni bukan genre saya. Agak berat jalan ceritanya.

Sinopsis

Marc Spector dalam siri TV ini adalah seorang askar upahan yang mempunyai penyakit kecelaruan identiti. Identiti lain beliau yang aktif adalah Steven Grant seorang pekerja kedai hadiah muzium dengan perwatakan yang lucu. Beliau digelar sebagai Moon Knight kerana telah melakukan perjanjian bersama dewa bulan Mesir, Khonshu. Lama kelamaan memori Marc mula mengganggu memori Steven dan secara tidak langsung musuh mereka mula menjadikan hidup beliau kacau bilau.

Monday, September 5, 2022

Review Drama : Ms Marvel


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

6 Episod di Disney+

Sinopsis 

Kamala Khan minat sangat dengan Captain Marvel, suka berangan, Islam, famili yang sangat protective. Dia kawan baik dengan Bruno.
Masa parti AvengerCon dia curi-curi pergi dengan kostum ala² Captain Marvel. Masa dia sarung gelang yang neneknya beri tetiba Kamala dapat kuasa. Bruno bantu Kamala figure out tentang superpower dan handle stabilize powernya.

Post end credit best :)

Wednesday, August 24, 2022

Review Filem : Black Widow

Hujung minggu yang panjang masa raya haji lepas. Anak-anak tak sihat, melepak di rumah je.

Sinopsis

Filem ni nak cerita asal usul Natasha Romanoff. Natasha, adiknya Yelena, bapaknya dan Melissa, mak dia hidup seakan keluarga untuk misi undercover di Ohio. Even bukan family betul Yelena sayangkan Natasya. Mereka dipisahkan dan join Black Widow. Pasukan yang ditubuhkan untuk rekrut kanak-kanak perempuan menjadi seperti yang mereka kehendaki. Jika gagal akan dibunuh. Natasha dan Yelena nekad nak bunuh pengasas Red Room kerana nak hentikan penyeksaan kepada wanita dan kanak-kanak. Semasa misi ni, mereka mencari Melissa dan 'ayah' bagi mengesan kedudukan. 

Slow sikit kisahnya tapi kena tengok la sebelum tengok Hawkeye. Kalau tak pelik lak tetiba muncul Yelena nak bunuh Hawkeye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...