Showing posts with label ulasan drama. Show all posts
Showing posts with label ulasan drama. Show all posts

Saturday, August 31, 2024

Review Drama : 18 Again


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Drama Korea ni saya tonton di Netflix dengan 16 episod. Nice story, nice pace. not to slow not too rushing. Recommend.

Kisah suami isteri Jung Da Yung dan Hong Dae Young yang berkahwin di usia 18 tahun. Berkahwin muda kerana mengandung. Mereka lupakan cita-cita mereka dan terus bekerja untuk besarkan anak-anak. Suami lupakan hasrat nak menjadi pemain basketball dan isteri lupakan cita-cita nak menjadi wartawan. Selepas 18 rahun, mereka kerap bertengkar, masing-masing mengungkit dan isteri failkan penceraian. Masing-masing tmasih sayangkan keluarga dan pasangan mereka tetapi disebabkan ego dan tiada komunikasi, masing-masing memendam. Dalam masa yang sama, Dae Yoong di buang kerja. Akibat tertekan, Dae Young bermain basketball dan berharap dia kembali ke usia 18 tahun untuk dapatkan semula impiannya. Hasratnya tertunai dan dia kembali ke wajah 18 tahun tetapi mindanya masih di umur 37 tahun. Dae Young hidup dengan nama Go Woo Young. Dia bersekolah bersama dengan anak-anak kembarnya. Semasa hidup dengan identiti baru dia tahu masalah yang anak-anaknya hadapi dan betapa teruknya dia semasa menjadi ayah mereka. Dia cuba menjadi kawan kepada anak-anaknya dan juga isterinya. Dapatkah Dae Young kembali ke identiti asalnya? Adakah penceraian mereka diteruskan?

Monday, May 27, 2024

Review Drama : Miraculous Brother


Drama yang ditonton di Netflix sebanyak 16 episod. Ada misteri, superpower sikit, persahabatan dan kekeluargaan.

Sinopsis

Drama misteri tentang Dong Joo, seorang lelaki muda yang bersemangat tetapi banyak mempunyai hutang. Dia melanggar Gang San dan menjadi penjaganya bila Gang San hilang ingatan tetapi dia mempunyai keupayaan istimewa untuk mendengar hati orang lain.

Yook Dong Joo ialah seorang penulis yang bercita-cita tinggi untuk menjadi pengarang terlaris suatu hari nanti. Perkenalannya dengan Gang San telah merngubah kehidupan Dong Joo. Manuskrip yang dijumpai dalam beg Gang San telah menjadikan Dong Joo terkenal dan merungkai miseri yang berlaku 27 tahun lalu.

Thursday, January 5, 2023

Review Drama : Agent Marvel of S.H.I.E.L.D

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

lama dah saya tonron drama ni. Ada banyak season. 6 season kot. Saya tengok yang fist je. Rasa cam banyak lak nak maraton then quite slow. Diorang tak de special ability pun. Mungkin ada di season seterusnya tapi rasa cam malas lak nak tengok semua.

Sinopsis - Kredit

 

Kisah bermula ketika kejadian di dalam filem The Avengers di mana Loki telah berjaya memperdayakan Thor malah Loki turut menikam Agen Phil Coulson dalam usahanya untuk melarikan diri dari pesawat S.H.I.E.L.D. Secara teknikal, Agen Phil Coulson mati di tangan Loki. Namun, sebenarnya lelaki tersebut telah diselamatkan oleh pasukan medik S.H.I.E.L.D. dan dihantar ke Tahiti sehingga sembuh sepenuhnya. Maklumat ini terpaksa dirahsiakan oleh Nick Fury (Samuel L. Jackson) dari pengetahuan Avengers untuk memudahkan kerjasama mereka sebagai satu pasukan.

Sejak dari peristiwa battle of New York itu, Agen Phil Coulson kembali menerajui sebuah pasukan kecil yang terdiri daripada agen berkemahiran tinggi untuk menyiasat apa sahaja kuasa luar biasa yang mengancam keselamatan dunia. Pasukan ini dikenali sebagai ‘Agents of S.H.I.E.L.D.’, disertai oleh Agen Melinda May (Ming-Na Wen), Agen Grant Ward (Brett Dalton), Agen Skye (Chloe Bennett), Agen Leopold “Leo” Fitz (Iain De Caestecker) dan Agen Jemma Simmons (Elizabeth Henstridge).

Kelima-lima agen ini mempunyai kemahiran berbeza. Melinda May merupakan seorang juruterbang dan pakar senjata yang dikenali dengan nama samaran ‘The Cavalry’, Grant Ward ialah pakar Black Operation atau Black Ops, Skye ialah penggodam komputer, Leo Fitz ialah seseorang yang pakar dalam bidang kejuruteraan khususnya teknologi senjata manakala Jemma Simmons adalah pakar dalam sains hayat (manusia dan makhluk asing).

Monday, December 26, 2022

Review Drama : She Hulk

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama dah habis tonton drama ni tapi terlepas pandang nak buat review. 

Sinopsis

Sepupu Bruce Banner iaitu Jennifer Walters yang mempunyai kerjaya sebagai seorang peguam berjaya. Beliau menjadi She-Hulk apabila kemalangan bersama Bruce dan darah Bruce mengalir ke darahnya. Dia menjadi peguam untuk mengendalikan kes-kes berkaitan dengan manusia luar biasa.

Setiap episod ada kisah berlainan tapi masih berkaitan di antaranya. 

Monday, February 7, 2022

Review Drama - Taxi Driver


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Drama ke 2 saya tonton tahun ni. Lebih 2 minggu ambil masa nak habiskan. Best tapi masa kurang nak tonton.  Drama 16 episod ni saya tonton di Netflix.


Sinopsis 

5 orang manusia bergabung membanteras jenayah dan menghukum penjenayah dengan cara mereka yang tersendiri. Mereka membalas dendam bagi pihak mangsa dan berselindung di balik operasi syarikat Rainbow Taxi. Mereka adalah Mr Jang (mastermind), Mr. Kim (hero yang terror nak mati ala John Wick), Miss Go-Eun (a hacker yang terror nak mati boleh godam merata), Mr Choi (pakar kereta) dan Mr Park (mekanik kapal terbang). Setiap episod mereka berjumpa pelanggan berlainan. Ada yang menjadi mangsa video lucah, macau scam, buli di sekolah dan lain-lain lagi.

Bagi saya best cerita ni. Langsung tak de kisah cinta. Even ada few part cam tak logik tapi tak ganggu jalan cerita. Recommend.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...