Showing posts with label prolog media. Show all posts
Showing posts with label prolog media. Show all posts

Saturday, October 12, 2024

Review Novel : Miss Nina Cucu Tok Pa

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Novel ni saya beli di PBAKL 2024. Saya bayangkan ada magik tetapi kisahnnya biasa-biasa saja.

Sinopsis

Itu gelaran yang selalu meniti di bibir orang kampung. Miss Nina yang tidak memilih kerja walaupun graduan lepasan universiti. Miss Nina yang suka menolong dan juga Miss Nina yang lantang bersuara. Kelantangan dia dalam menyuarakan pendapat dan ketidakpuasan hati tentang sesuatu isu menyebabkan dia mengumpul musuh dalam diam.

Di kampung itu, dia hanyalah si penjual ikan. Berbekalkan lori kecil yang sudah ditelan usia, dia meronda ke setiap pelosok kampung demi kelangsungan hidupnya bersama dengan tok ayah.

Dalam kehidupan seorang Miss Nina, dia hanya ada tok ayah, Fifi dan Din, si ‘bisu’ yang menjadi peneman dan pendengar setia.

Din dipandang hina kerana dahulunya pernah terjerumus dengan najis dadah sehingga dianggap gila dan bisu. Namun, tiada sesiapapun yang tahu kehidupan sebenar di sebalik lelaki yang bernama Solehuddin yang menyimpan seribu satu rahsia.
Siapakah sebenarnya musuh Miss Nina? Siapa pula Din di sisi seorang Miss Nina? Adakah Nina masih mampu menganggap Din sebagai seorang kawan setelah rahsia terbesar lelaki itu akhirnya terbongkar?

Friday, September 6, 2024

Review Novel : Masih Berharap



Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Novel nukilan Farah Hussin terbitan syarikatnya sendiri. Saya beli semasa di Pesta Buku 2024. Kisah cinta, cliche cuma cara penulisannya buat kan saya masih membaca selain tiada kisah xxx. 2-3 minggu juga saya ambil masa untuk habiskan. Menunggu mood juga nak teruskan. 

Sinopsis

Perkahwinan Wirda dan Emir bukanlah paksaan tetapi mereka juga tidak bercinta. Bagi WIrda, dia jatuh cinta pandang pertama pada Emir dan dia percaya itu semua aturan Allah. Di samping menerima arahan ayahnya, Dato Ali. Dia berharap Emir juga sama sepertinya tetapi Emir pula ingin menikahi kakak tiri, Wirda iaitu Nadia. Walaupun dia sedar yang terima lamaran adalah Wirda bukannya Nadia, dia tetap terukkan pernikahan. Mereka tinggal sebumbung tetapi umpama teman serumah. Wirda sedar, Emir tidak cintakannya. Apatah lagi, dia ada terdengan perbualan Emir dengan temannya yang Emir menyesal menikahinya. Dia nekad meminta Emir menceraikannya. Penceraian itu mwnjadikan hubungan Wirda dengan Dato Ali yang sedia teruh menjadi lebih keruh. Wirda keluar dari rumah dan memutuskan hubungan dengan keluarganya. Selepas 2 tahu, Emir kembali dan mengajak Wirda berkahwin semula. Adakah Wirda menerimanya? Apakah niat Emir kali ni?

Friday, June 14, 2024

Review novel: Ini Sebuah Cerita Cinta



Novel dari Prolog Media tahun 2023, baru selesai bacaan tahun 2024 bulan 6. Bak kata penulis, ini kisah cliche, percintaan zaman monyet membawa ke dewasa. Ok la, boleh dibaca. Layan juga kisahnya even banyak monolog dalaman.

SINOPSIS
 

Semua orang inginkan kisah cinta yang indah, macam dalam kisah-kisah dongeng yang pernah dibaca lewat zaman kanak-kanak dulu. Dan Nea Azalea juga tak terlepas daripada mempunyai angan-angan itu. Cumanya Lea tak sangka, dia akan terperangkap dalam cinta tiga segi antara dua orang sahabat baik.

“Yang sebenarnya aku suka cupcake. Suka yang teramat sangat!” ~ Johan

“Saya suka awak.” ~ Adam

Antara Adam dan Johan, tak sukar sepatutnya untuk seorang Lea buat pilihan. Sejak lama dulu, memang Adam yang terlebih dahulu mencuit hatinya. Namun, untuk menolak Johan, dia tak sampai hati, sementelah lelaki itu terlalu banyak membantunya.

Saat Lea bersedia untuk buat keputusan, satu tragedi berlaku, hingga mengubah landskap kehidupannya. Kisah cintanya menjadi tak indah, dan yang pastinya banyak hati yang akan terluka dan terkorban…

“Sometimes I wish I didn’t fall in love but I fall off a bridge instead. At least it hurt less.” ~ Lea.

Friday, June 7, 2024

Review Novel : My Mistakes


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel Prolog Media, karya Lynn Dayana. Beli masa di Pesta Buku 2023. 

Kisah cinta Ayra dan Raimi terputus selepas 6 tahun tapi masing-masing tak move on. Ayra berdendam dengan Raimi kerana tinggalkan dia tapi Ayra tak tahu, Raimi tinggalkannya atas arahan Komander, ayah Ayra. Ayra pula sentiasa rebel bila semua yang dia nak, tak dapat. Tetapi sejauh mana pun mereka larikan diri, koordinat mereka masih sama. Dan arahan Komander, sekali lagi Raimi terima, "Jauhkan diri dari Ayra".
Adakah Raimi mengikut arahan orang atasannya? Atau dia nak teruskan ikut kata hatinya?

Karya LD, adalah susah nak letak. Dah mula baca tu, memang cepat-cepat nak habiskan.

Monday, May 20, 2024

Review Novel : Log Cabin



 Assalamualaikum dan salam Sejahtera,

Novel Prolog Media yang dibeli masa PBAKL 2023. Kisah yang unik dan tak cliche

Sinopsis

Zara, seorang penulis novel yang baru saja kehilangan suami dan anak tersayang membawa diri ke log cabin untuk mencari ketenangan dan menyiapkan manuskrip yang tertangguh.

Namun tanpa disangka dia telah terperangkap dalam plot cerita yang sedang dikarang. Lain yang dirancang, lain pula yang berlaku.

Watak-watak utama dalam novel yang sedang dikarang tiba-tiba 'hidup' lalu mengancam emosi dan perasaannya.

“Saya ke sini untuk menyiapkan manuskrip saya. Tapi lain pula yang terjadi. Laptop saya kehabisan bateri. Nak cas tak boleh sebab tak ada elektrik di sini. Nak keluar tak boleh sebab jip rosak. Akhirnya saya tercampak ke dunia novel yang saya ciptakan sendiri.” ~ Zara

Ketenangan yang dicari di log cabin menambahkan sengsara yang sedia ada. Namun sebaik sahaja dia berjaya meninggalkan log cabin, satu demi satu rahsia terbongkar.

Monday, January 9, 2023

Review Novel : SusSuk

 


Blurp

Kehidupan Nasuha tak sebaik orang lain. Tanggungjawab yang perlu digalas terlalu besar untuk gadis seusianya. Namun, demi sayangnya pada keluarga, dia nekad untuk bertahan.

Siantang menjadi tempatnya meluah rasa. Segala rahsia, kesedihan dan keperitan yang dialami akan dikongsi dengan Siantang; yang sentiasa berdiri utuh di hadapannya, yang tidak pernah menilai atau menghakiminya walaupun seburuk-buruk perkara berlaku dalam hidup Nasuha.

Tetapi, semuanya berubah apabila ibu kesayangan Nasuha meninggal dunia. Rahsia hitam yang selama ini kebal tersembunyi, satu persatu mula terbongkar. Hidup Nasuha bertambah perit. Kenyataan perit yang terbongkar buat Nasuha rasa dikhianti hingga dia mula hilang pedoman.

Apakah rahsia hitam yang menjadi punca Nasuha menjadi separuh gila? Dan mampukan Nasuha menerima dan memaafkan si pembuat angkara?


novel ni bukan jiwa saya. Saya tak rasa saya akan baca semula novel ni.

Monday, May 23, 2022

Review Novel : Shhh... Rahsia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Novel ke 13 yang saya baca di tahun 2022. Beli sebab tengha diskun dekat Shopee. Basanya karya Prolog Media lain dari yang lain. Novel ni memang lain. Kisah Psikiatri.

Sinopsis

Menjadi penulis popular yang anonnymous tak susah bagi Rosie selagi rahsianya disimpan rapi. Dan menjaga rahsia Rosie pula hanya tugas mudah bagi Iris. Perjalanan hidup kedua-duanya lancar sehinggalah muncul Dani di antara mereka.

Kemunculan Dani memberi impak yang besar pada Iris hingga memaksa gadis itu membuka satu persatu rahsia yang tersimpan selama ini. Namun, siapa yang boleh menyangka semua itu bakal mengubah hidup mereka semuanya.

Monday, May 16, 2022

Review Novel : I'm Yours



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Karya terbaru dari Anna Lee. Order di Shopee. 2 novel RM50. Karya Anna Lee adalah karya yang tak rugi untuk dijadikan koleksi. 

Sinopsis
Soraya pulang ke Terengganu bersama 2 anaknya selepas diceraikan suaminya. Eh, dia yg minta cerai sebab husband dia kahwin lain. Kat Terengganu, dia stay di Villa yg dia baru tahu miliknya. Villa dah lama tinggal, banyak kena renovate. Remi disarankan oleh Tok Salim untuk baiki kerosakan Villa. Remi, yang dipandang serong oleh penduduk kampung. Bagi mereka Remi selekeh, serabai, kutu rayau dan penadih dadah. Soraya bercadang menjual villa untuk memulakan hidup baru, malangnya selepas wasiat dibaca dia harus mengikut syarat² yg diberi oleh nendanya iaitu bersuami dan Villa hanya akan menjadi miliknya selepas 5 tahun menetap di situ. Tok Salim cadangkan Soraya berkahwin dgn Remi atau rujuk semula dengan dudanya, Henry. 

Apakah pilihan Soraya? Siapa Remi?


Banyak stok lagi di Shopee. Boleh terjah sana :)

Wednesday, May 11, 2022

Review Novel: Bongkar


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Novel preloved ni saya be;i di Shopee selepas saya baca karya penulis dari Prolog Media. Saya lebih suka storyline di Prolog Media. Apa pun tak rugi memilikinya.

Blurp

Misi Haqq adalah membawa Nuh kembali ke Golden Group atas arahan ayahnya, Tuan Megat Alam Shah.

“Dia sendiri yang tinggalkan GG. Mustahil dia akan ikut cakap daddy.” - Haqq

Mencari Peguam Malik adalah misi Nuh dalam mencari adik perempuannya.

“Nuh… he was chasing this girl!” – Azrel

Pencarian mereka akhirnya membawa pertemuan dengan seorang gadis yang bernama Hazel. Kehidupan gadis yang bernama Hazel mengundang pelbagai persoalan.

“Siapa awak sebenarnya, Hazel?”

Semakin mengenali Hazel, baik Nuh, Haqq dan Azrel, masing-masing cuba melindungi gadis itu. Sehinggalah mereka menyedari ada sesuatu yang pelik tentang Hazel.

“Ada sesuatu yang perlu kita bincang tentang Hazel.”


Perlu fokus semasa membaca kerana banyak watak dan hubungan antara merrka.

Thursday, March 17, 2022

Review Novel : Nadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Ini novel kedua dari penulis ini. 


Sinopsis

Rutin hidup Jasmin tak ada bezanya dengan majoriti warga Kuala Lumpur yang lain. Bangun pagi-pergi kerja-balik kerja dan perkara yang sama diulang selagi Tuhan izinkan dia bernyawa. Namun, tanpa disangka perkenalan dia dengan seseorang telah mengubah rutinnya 180 darjah! Hidup yang selama ini biasa-biasa, tiba-tiba jadi luar biasa dan Jasmin suka!

Namun keseronokan itu tanpa sedar membawa dia ke dalam sebuah konflik yang melibatkan hidup dan matinya satu nyawa. Dan untuk kekal hidup, Jasmin harus memilih...

Nyawa dia... atau lelaki yang disayanginya!

Kalau nak lari dari kisah cliche, boleh try baca novel ni.

Wednesday, March 2, 2022

Review Novel : Infiniti

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Novel ke4 yang dibaca tahun 2022. First saya kenal penulis dari kompilasi cerita dalam novel Prolog Media tajuk 'm'ss'ng pages'. Then saya cari karya penulis ni yang lain. Beli novel 'Dia Si Katak Puru'. Ini yang ke3 'Infiniti'. Kisahnya out of box. Open your mind masa baca. Seems tak logik tapi...

Blurb 

"Hantu? Penunggu? 2020, lagi beberapa tahun je. Mengarut!"

Itulah pegangan hidup Andrian sepanjang 18 tahun dia bernafas di dunia. Dia boleh melihat apa yang manusia biasa tak nampak. Dia boleh merasai kehadiran mereka. Tapi dia memilih untuk tidak percaya. Menganggap kebolehannya sebagai sejenis penyakit mental. Cuma halusinasi mainan minda.

Namun, kehadirannya di Kampung Meranti sekitar tahun 1985 buat persepsinya berubah. Bertemu dengan Puan Hafsyah, berkenalan dengan Luth, bermusuh dengan Suri dan menyimpan rasa pada Yasmin mengubah hidup Andrian sepenuhnya.

Satu demi satu kebenaran terbongkar. Kebenaran yang buat Andrian sedar... selama ini dia cuma hidup dalam sebuah penipuan yang dicipta.⁠⁠⁠⁠ 


Lepas baca Infiniti saya cari semula M'ss'ng Pages nak baca kisah Noah pula. 
Harap sangat ada kesinambungan kisah ini.
Nak tau apa jadi pada Puan Rohani? Sapa yang mewarisi Setanggi.



Monday, August 2, 2021

Review novel : Comando In Action

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Novel beli awal tahun. Lepas 7 bulan baru sempat baca. Novel ni kisah tentang Eddie Suffian dan Aufa Medina. Kisah kawan-kawan mereka yang lain dalam novel lain. Ada kisah Kief, Jimmy, Rif dan Haq. Ada baki lagi beberapa orang akan muncul lain novel.


Sinopsis


Hubungan Aufa dan Ed terputus selepas tidak direstui ayah Aufa yang juga orang atasan Ed. Tanpa pengetahuan Aufa, Ed melepaskan Aufa tanpa bicara. Panggilan dari Jeneral Hamzah menjadukan Ed tertanya-tanya. Walaupun benci dan marah, Ed tetap ke rumahnya tetapi ia tak seperti yang Ed bayangkan. Jeneral kena serangan jantung dan Aufa cemas. Ed menyelamatkannya. Kemunculan Ed menjadikan Aufa mangsa kemarahan suaminya, Harris. Lebih buruk lagi Harris melibatkan diri dengan Viggo. Kematian Harris menyebabkan Aufa menjadi sasaran Viggo. Dapatkah Ed selamat kan Aufa? Bagaimana dengan penerimaan Jeneral Hamzah?


Bagi saya yang dah biasa dengan penulisan DZ, saya suka. Semuanya bagi saya sempurna. Cuma ending macam boleh dikembangkan lagi. Tapi ini pun dah tebal. Kalau kembang lagi entah tebal mana la pula 🤔

Friday, October 2, 2020

Review novel : Hello


Assalamualaikum dan salam sejahtera, First time beli novel karya penulis Anna Lee. Saya jatuh cinta dengan hasil penulisannya bila beli e-novel kombo 4 penulis. 3 penulis favourite saya dan karya AL agak menarik. Terus saya google pasal karyanya. Novel ni beli di Shopee, preloved je. Nak beli baru macam tak berbaloi lak. Permulaan agak bosan, pertengahan dan ending menarik. Ok la, bukan tipikal kisah novel melayu.


Sinopsis 

Tiya seorang novelis yang ketandusan karya selama 2 tahun. Dua juga menghidap agrophobia kerana kejadian beberapa tahun lepas. Kejadian tertukar telefon menumakan Tita dengan Duta. Seorang lelaki yang tinggal di Belanda. Dari berbalas message, Tiya tergerak hati untuk ke Belanda dengan tujuan memulangkan semula telefon. Selain itu dia juga ingin merawat Penyakit nya. Dengan beberapa ujian dari ibu bapanya, Tiya mendapat kebenaran untuk ke Belanda seorang diri. Dapatkan Tiya melawan Agrophobia nya? Adakah Duta boleh dipercayai?


Baru 1 novel AL yang saya baca. Terlalu awal untuk judge. Apa pun saya suka kisah rakyat picisan. Tak de la watak kacak nak mati dan kaya tak hingat. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...