Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

Monday, November 13, 2023

Review Drama : Revenant

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Drama 12 episod di DH. Bukan genre pilihan saya tapi adik saya recommend. Drama misteri seram ni pada saya agak seram walaupun hantu dalam dalam drama ni bukan jenis yang tayang muka buruk, terbang sana sini sambil mengilai. Drama ni pasal saka yang menempel di badan Sanyeong.

Sinopsis

Sanyeong secara tak sengaja mendapat saka selepas dia menerima barang dari mendiang bapanya. Bila dia pegang je barang tu, dia mendengar bisikan "dia dah terima" . Sejak itu, ada hantu yang menempel di badannya. Hidupnya jadi huru hara bahkan dia disyaki membunuh orang gara-gara saka tersebut . Hantu yang menempel di badan nya akan membunuh orang yang dia benci tanpa dia sedari. Untuk menghapuskan hantu yang menempel di badan nya, Sanyeong meminta bantuan profesor Yeom Hae Sang. Pelbagai halangan yang mereka lalui untuk menghapuskan hantu tersebut. Hantu tersebut ada pelbagai helah untuk mengelirukan mereka berdua. Ada plot twist dalam drama ni. 


Pada pendapat saya, drama ni seronok sebab drama ni bukan sahaja menceritakan kisah seram tapi buatkan kita meneka siapa hantu itu sebenarnya.


Monday, September 4, 2023

Review Drama : Mask Girl


MASK GIRL - 7 Episod

Sinopsis

Tiga nama, Tiga Kehidupan & Tiga Pembunuhan. Drama ini episod bergenre thriller, dendam dan misteri. Menceritakan kisah seorang wanita yang mempunyai impian untuk menjadi penghibur yang terkenal dan disayangi oleh ramai orang tetapi terpaksa melupakan niatnya kerana wajahnya yang hodoh. Dia kemudian mejadi "mask girl" yang membuat hiburan untuk lelaki berhidung belang dan tanpa di sangka hiburan bertukar menjadi tragedi yang tragis, mengubah kehidupannya.

Kim Momi merupakan seorang pekerja syarikat yang biasa pada waktu siang, tetapi pada waktu malam dia ligat membuat siaran langsung di media sosial nya, dia menyanyi, menari dan membuat pelbagai perkara semasa siaran langsung dengan memakai topeng muka. Ini kerana walaupun Kim Momi mempunyai bakat menyanyi dan menari tetapi wajahnya yang hodoh menghalang dia untuk menjadi selebriti yang sentiasa menjadi perhatian dan buruan kamera dari wartawan dan netizen. Kebanyakkan peminat dia lelaki dan mereka sanggup memberikan "hadiah" semasa siaran langsung Kim Momi. 

Kim Momi ada perasaan pada boss dia, Encik Park tetapi patah hati bila mengetahui yang boss nya ada skandal dengan rakan sekerjanya. Akibat patah hati, dia mabuk dan melakukan siaran langsung tanpa seurat benang. Kim Momi sangka tiada siapa mengetahui yang dia adalah "Mask Girl" gadis penghibur di siaran langsung. Rupanya rakan sekerjanya mengetahui yang , Ju Oh Nam mengetahui yang Kim Momi adalah "Mask Girl". 

Suatu hari "Mask Girl" berjumpa dengan salah seorang peminatnya, tanpa dia sedar yang peminatnya berniat jahat terhadapnya. Peminat nya cedera dan Kim Momi meminta bantuan dari Ju Oh Nam untuk selesaikan hal tersebut. Kim Momi cuba melupakan kejadian tersebut dan menghilangkan diri buat seketika. Ju Oh Nam datang ke rumah Kim Momi setelah dia nampak Kim Momi membuat siaran langsung. Berlaku pertengkaran antara mereka berdua, Ju Oh Nam bertindak gila dan merogol Kim Momi. Berlaku pertengkaran dan Mo Mi membunuh Oh Ju Nam. 

Mak Oh Ju Nam mula risau apabila tiada khabar berita dari anaknya. Dia terkejut bila dapat tahu penemuan mayat Oh Ju Nam. Dia mula menyiasat dan memburu Mask Girl sampai ke lubang cacing. 

Drama ni tak sesuai ditonton seisi keluarga. Ada babak bunuh yang darah terpercik , babak ganas pukul memukul dan babak intim.

Banyak pengajaran dari drama ni, salah satunya "body shaming" . Dari kecil diejek hodoh, hilang keyakinan diri, bakat yang ada tak dihargai. Yang tak ada rupa, disisihkan yang cantik ramai nak mendekat. 

Tapi ending camtu je? Mati ke si Mak Ju Nam tu? Takkan dia tahu Momi tu sapa? Mimo mati ke tak? 

Thursday, August 3, 2023

Review Novel : Senandung Kau dan Aku

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel yang dibeli di pesta buku baru² ini. Saya beli sebab keluaran Prolog Media (PM). Ini novel ke 8 saya baca tahun ini.

Blurp : (c&p dari FB Prolog Media )

Sebuah kaset yang menggerakkan cerita cinta. Sebuah lagu yang mengembalikan kenangan lama.
Helmy dan Nilam berjanji untuk mengikat hubungan mereka hingga ke jenjang pelamin. Namun, siapalah yang dapat menduga masa hadapan. 
Hubungan mereka terputus di tengah jalan. Bukan kerana orang ketiga. Bukan kerana cinta telah pudar, tetapi kerana Helmy hilang tiba-tiba.
Kehilangan Helmy menjadi tanda tanya apabila keluarganya juga turut keluar dari rumah mereka dan tidak dapat dijejaki. Nilam yakin ia ada kena-mengena dengan pesanan yang ingin disampaikan oleh Helmy malam sebelum lelaki itu hilang.
14 tahun kemudian, lagu kenangan mereka menemukan Helmy dan Nilam semula dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Mereka mendewasa dan menjalani kehidupan masing-masing tanpa satu sama lain.
Namun pertemuan semula itulah membuka semula satu per satu sebab kehilangan Helmy sekeluarga. Lebih mengejutkan ia berkait rapat dengan keluarga Nilam sendiri.
Dengan segala apa yang berlaku, dapatkah kisah cinta mereka bersambung kembali?


Bagi saya biasa saja kisahnya. Kisah unik, tak cliche tapi kurang menarik bagi saya.

Thursday, March 30, 2023

Review Drama : Jirisan


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Drama ni antara drama Top 10 di Netflix list. Di group FB ramai gak recommend. Saya start tengok beberapa minggu lepas. Episod pertama saya hold beberapa kali

Sinopsis

Kisah renjer hutan yang selamatkan pendaki di Gunung Jiri. Kemalangan yang terjadi atas gunung rupanya dirancang. Siapa pembunuhnya?

Permulaan agak slow, pertengahan baru rasa best

Monday, February 27, 2023

Review Drama : Missing The Other Side


Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Drama ke2 yang ditonton tahun 2023. Drama ni keluar 2020. Sekarang ada di netflix 12 episod. Saya tengok lepas nampak suggestion di group FB. Not bad kisahnya. Saya suka genre camni.

Sinopsis

Kim Wook terjatuh dari gaung selepas melarikan diri dari semasa diculik. Selepas sedar dia boleh tengok roh² si mati di perkampungan Duon iaitu penempatan untuk roh² yang belum ditemui jasadnya. Di situ dia bertemu dengan ibunya selepas 27 tahun. Dia juga membantu Encik Jang mencari jasad² roh yang ada di kampung itu. 


Saya suka jalan cerita drama ni walaupun kalau kita fikirkan cam tak logik. Tapi yang tak logik tu la menarik. 

Monday, December 5, 2022

Review Filem : The School for Good and Evil


Filem ke 11 yang saya tonton pada tahun ini. Nampak ramai review filem ni di Facebook. Sambil-sambil lipat baju layan la jugak.

Sinopsis

Dahulu kala, Rhian dan Rafal sepasang kembar mengasaskan Sekolah Kebaikan dan Kejahatan, yang dicipta untuk melatih wira dongeng dipanggil Evers dan penjahat dipanggil "Nevers masing-masing. Rafal menyerang Rhian menggunakan sihir darah kerana tidak berpuas hati dengan sistem sekolah mereka. Untuk mempertahankan dirinya, Rhian melempar Rafal dari tebing.

Bertahun-tahun kemudian, di Gavaldon, Sophie dan Agatha belajar tentang sekolah legenda daripada pemilik kedai buku. Sophie yang obses dengan kisah dongeng meninggalkan sepucuk surat untuk Sekolah tersebut di sebatang pokok, dengan harapan dapat melarikan diri dari kehidupan kampung biasa dan menjadi seorang puteri. Beberapa malam kemudian, Sophie cuba melarikan diri dari Gavaldon secara rahsia. Apabila Agatha mengetahui dan cuba untuk campur tangan, seekor gergasi menyambar kedua-duanya dan membawa mereka ke Sekolah.

Namun, yang mengecewakan mereka, Agatha digugurkan di Sekolah untuk Kebaikan manakala Sophie dihantar ke Sekolah untuk Kejahatan. Agatha membantah, ingin kembali ke Gavaldon, manakala Sophie mahu berpindah ke Sekolah untuk Kebaikan. Pada majlis mengalu-alukan, Agatha dan Sophie bertemu Tedros, putera paling popular iaitu anak Raja Arthur. Di perpustakaan, Rafal menjelma kepada Agatha, memberi amaran kepadanya supaya menjauhi Sophie. Agatha bertemu semula dengan Sophie dan mereka mencari Guru Sekolah Rhian dan pen Storian yang ajaib. Rhian memberitahu Sophie bahawa dia hanya akan membenarkan dia bertukar sekolah jika dia boleh membuktikan dirinya seorang yang setia dengan mendapatkan ciuman cinta sejati. Sophie menjadikan Tedros sebagai cinta sejatinya dan meminta bantuan Agatha.

Best cuma tak banyak sangat magik cam Harry Potter.

Thursday, November 17, 2022

Review Drama : Echoes

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Drama ni 7 episod je. Ada plot twist, kena banyak berfikir. Awal-awal confuse nak paham which one Gina dan Leni. Ending tergantung. Mungkin ada season 2.

Sinopsis

Kisah 2 beradik kembar bernama Leni dan Gina. Gina di LA, Leni di Echoes. Suatu hari Gina dapat call dari John, husband Leni yang Gina hilang. Gina balik Echoes untuk mencari Leni. Masa mencari tu dia dapat petunjuk dari Gina yang Gina perlu bertukar jadi Leni. 



Monday, October 17, 2022

Percy Johnson Sea of Monster


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lepas tonton filem Percy Johnson yang 1st terus niak suggestion filem ni. Rupanya ada lagi siri. Terus layan.

Sinopsis

Di Half Blood camp semua penghuni dilindungi dari anasir jahar dari sebatang pokok di panggil Thalia Tree. Tapi pelindung dah dirosakkan. Percy dan 3 lagi rakannya termasuk adik tirinya nekad mencari penawar untuk Thalia tree iaitu bulu kambing emas di segitiga bermuda. Berjaya kah mereka kerana semua yang meredah lautan itu tidak pulang semula.

Ni pun best. Kalau tak tengok yang nombor 1 pun paham je filem ni. Tapi kalau tengok lagi best.

Friday, September 30, 2022

Review Drama : Extraordinary Attorney Woo


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

16 episod

Sinopsis

Cerita ni tentang seorang lawyer baru nama Woo Young Woo yang ada masalah autistik spektrum disorder bekerja di firma guaman Hanbada, so dari situ bermulalah liku-liku kehidupan seorang autistik berdepan dengan dunia sebenar.

Setiap episode ada kes yang lawyer Woo ni ada handle, dan setiap episode dia akan perkembangkan watak2 setiap karakter yang ada.

Best. santai-santai je tonton. Ada lawak juga.

Thursday, September 22, 2022

Review Drama : inHuman


Assalamualaikum dan salm sejahtera.
Drama 8 episod di Disney+. Cerita superpower dari Marvel.

Sinopsis 

Mereka manusia yg ada kebolehan, tinggal di bulan. Ada kerajaan sendiri. Setiap rakyat akan lalui Tregenesis untuk tentukan kebolehan. Klaau kurang kebolehan atau tak de kebolehan kena jadi buruh. Maximus, adik kepada raja, Black Bolt tak puas hati dengan pemerintahan sebab dia tak de kuasa fizikal. Dia manipulasi fikiran rakyat untuk menentang abangnya. Raja, pemaisuri dan fee family larikan diri ke bumi sementara nak berunding semula dengan Max. Malangnya tempat mereka di hantar tak sama. Ada kena tangkap dengan polis, ada dalam kawah, ada dalam hutan. Mereka ken cari each other untuk selamatkan rakyat dan diri mereka sendiri.

Saturday, September 10, 2022

Review Drama : Ghost Doctor


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Drama 16 episod saya tonton di Netflix. Best. Recommend. Lepas 1 episod, sambung episod seterusnya. Ending, nak tau apa jadi pada roh bertiga tu. 

Sinopsis 

Cha Young Min doktor bedah hebat dan kerek. Han Seun Tak, cucu pengarah Hospital diorang kerja baru masuk intern kat situ. Jenis Happy Go Lucky tapi selalu mengelak dari buat prosedur. CYM accident, koma tapi roh dia berlegar di hospital. Semasa HST nak selamatkan nyawa nya di OT, CYM secara tak sengaja merasuk HST dan melakukan OP pada dirinya sendiri.

Tuesday, August 9, 2022

Review Novel : Tinggal Satu Bintang


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Novel pertama Acik Lana yang dibaca tahun 2022. Rasanya semua karya AL saya dah baca dan ada koleksi kecuali PYPAC tapi saya dah beli versi Ebook. AL antara favorite saya. Nampak je AL post novel baru, laju² transfer duit beli. Kalau nak jimat tunggu beberapa bulan dan beli di Shopee. Jimat banyak. Tapi saya gelojoh 🤭

Sinopsis

Tengku Bakti memiliki pakej lengkap dalam hidupnya. Segak, kaya raya dan berjaya. Namun kelebihan tersebut menjadikan dia manusia yang megah dan sombong. Maka hiburan dunia telah menjadi 'makanan' harian untuknya. Berpoya-poya dan berpesta tanpa pernah memikirkan dosa pahala. Dia enjoy begini! 

Namun satu peristiwa ngeri yang berlaku membuatkan Tengku Bakti tersentak. Hidupnya mula tunggang langgang, berpusing seratus lapan puluh darjah. Ternyata dia bukan lagi lelaki sempurna yang dulu! Dihimpit kesengsaraan akibat dendam dari hati yang pernah dia hancurkan, Tengku Bakti separuh mati menanggung pembalasan. 

"Memang kau orangnya. Kau yang muncul dalam mimpi aku setiap malam. Dasar perempuan sihir. Kau memang nak buat aku mati! - Tengku Bakti 

Terheret kedalam dunia misteri Tengku Bakti, Seri tersekat dengan permainan takdir yang amat mengelirukan. Kenapa dia? Sedangkan mereka sangat berbeza dari segala segi. Namun tatkala jurang besar itu bercantum sehingga sering menemukan mereka berdua, masing-masing tertanya apa hikmahnya? Bagaimana Seri boleh 'termasuk ke dalam dunia penuh mengerikan yang didiami Tengku Bakti? Untuk apa? Demi siapa? 

"Saya dah cuba sedaya upaya untuk halang makhluk tu dari terus makan Tengku. Tapí ini yang saya dapat? Dituduh sebagai tuan makhluk tu pulak?" - Seri 

Pertemuan, pertolongan, perlindungan, dan perhatian menjadi rencah dalam hubungan Tengku Bakti bersama Seri. Mampukah sengsara angkara iblis dan syaitan ditamatkan bersama? Dan sejauh mana pengorbanan Seri yang polos dihargai oleh lelaki buaya darat seperti Tengku Bakti?


Kali ni lain sikit rencah novel AL. Ada unsur mistik dan realiti. Saya suka. Tak la cliche kan even trademark AL masih ada, hero heroin yang handsome, cantik dan kaya. Cum akli ni dia seimbangkan dengan sisi buruk mereka. Ok la. Tak cliche sangat cam novel² lepas. Saya bagi 4.8/5 

Cuma tertanya-tanya apa jadi pada perempuan sihir 120 tahun tu ye?

Sunday, August 7, 2022

Review Drama / Series : Loki

 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selepas selsai menonton Falcon, saya teruskan dengan Series Loki. Loki lebih menarik berbanding Falcon.

Sinopsis

Loki ditangkap oleh TVA (Time Variance Authority) apabila dia membuat garis masa baru setelah melarikan diri dari Pertempuran di New York bersama dengan Tesseract pada tahun 2012. TVA perlu menetapkan semula garis masa dan "varian" Loki ini dibawa kehadapan Hakim Ravonna Renslayer atas jenayahnya pada "Sacred Timeline". Namun Loki menyalahkan Avengers. Loki cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya. Loki bersetuju untuk membantu Mobius mencari Variant Loki yang diburu olem TVA.

Saturday, May 14, 2022

Review Drama: Move to Heaven

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Drama 10 episod saya yang tonton di Netflix. Worth to watch.

Sinopsis

Han Geu Ru bekerja dengan ayahnya, menguruskan barang-barang si mati, Selepas ayahnya mati, muncul pak ciknya yang dia langsung tak pernah tau kewujudannya. Pak ciknya di amanahkan untuk menjaga dan bekerja selama 3 bulan dengannya sebelum memiliki sebahagian harta peninggalan ibu Han Geu Ru. Seorang lawyer ditugaskan untuk menilai prestasi pak ciknya samaada layak atau tidak dia menjadi penjaga Geu Ru.Geu Ru actually ada penyakit, Aspager. Daya ingatannya sangat memukau.

Pelbagai emosi dirasai semasa menonton drama ni. Saya tak suka drama yang sedih tapi even sedih, storyline nya best.

Thursday, March 31, 2022

Review filem : The Christmas Chronicles


 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya kalau boring, memang suka cari filem yang boleh buat saya tersenyum. Dari kecil saya suka filem yang fantasi dan magik. Jom tengok ulasan saya tentang filem ini.


Sinopsis

Selepas kematian ayah mereka, Teddy tidak lagi mempercayai Krismas. Dia berhenti menulis surat kepada Santa Claus. Tetapi tidak kepada adiknya Kate. Kate percaya pada keajaiban hari Krismas. Satu malam, Kate ajak abangnya Teddy merakam video semasa Santa datang memberikan hadiah kepada kanak-kanak. Tanpa sengaja, mereka berdua terjatuh kedalam kereta rusa Santa. Santa yang terkejut dengan kehadiran mereka, kemudian hilang kawalan dan kereta rusa tersebut jatuh, rosak dan Rusanya lari. Aktiviri mengagihkan hadiah pada Malam Krismas akan gagal jika kenderaan Santa ridak dibaiki. Kerana rasa bersalah, 2 beradik membantu Santa.


Best. Lepas tonton ni terus saya cari yang nombor 2.




Thursday, March 17, 2022

Review Novel : Nadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Ini novel kedua dari penulis ini. 


Sinopsis

Rutin hidup Jasmin tak ada bezanya dengan majoriti warga Kuala Lumpur yang lain. Bangun pagi-pergi kerja-balik kerja dan perkara yang sama diulang selagi Tuhan izinkan dia bernyawa. Namun, tanpa disangka perkenalan dia dengan seseorang telah mengubah rutinnya 180 darjah! Hidup yang selama ini biasa-biasa, tiba-tiba jadi luar biasa dan Jasmin suka!

Namun keseronokan itu tanpa sedar membawa dia ke dalam sebuah konflik yang melibatkan hidup dan matinya satu nyawa. Dan untuk kekal hidup, Jasmin harus memilih...

Nyawa dia... atau lelaki yang disayanginya!

Kalau nak lari dari kisah cliche, boleh try baca novel ni.

Thursday, February 24, 2022

Review Drama : Manifest


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Drama ketiga yang saya tonton di tahun 2022. Sya mengambil masa 3 minggu untuk hbiskan 3 seasons dengan jumlah 39 episod (kalau tak silap). Setiap episod 45 minit. Tak jemu dan rasa tak sabar nak tahu apa yang jadi seterusnya. Looking forward fo season 4 sebab ending season 3 hanging.

Sinopsis

Kisah mengenai sebuah pesawat yang berlepas Dari Jamaica pada tarikh 7 April 2013. Apabila mendarat Di New York semua penumpang kena menghadap polis untuk disoal siasat. Bila mereka tanya apa masalah, pihak polis memaklumkan yang kapal terbang mereka dah 5 tahun hilang. Sebab tarikh yg mereka mendarat Tu adalah 4 November 2018.
Selepas  mendarat, setiap penumpang ada kebolehan. Cal, kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun boleh melukis masa depan. Ayahnya Ben Stone dan makciknya Michaela lak ada instinct dan vision. Apabila mereka follow vision, mereka dapat selesaikan kes jenayah dan selamatkan nyawa orang lain. Dalam masa yang sama, kerajaan juga sedang memerhatikan mereka. Ada pihak menganggap mereka berbahaya, dan ada yang mengatakan mereka keajaiban.

Ending season 3 tergantung. Adik Cal diculik, Cal hilang, mak Cal ditikam. Saya baca di Facebook, akan ada season 4, tengah shooting. Katanya last season. Tunggu je la

Friday, January 14, 2022

Review Drama - The Uncanny Counter

Drama pertama saya tonton tahun 2022. Banyak kali gak trailer drama ni lalu lalang di netflix. Tapi tak rasa nak tengok pun. Sebab pelakonnya cam -_- 
Then, masa scroll down cari drama nak tonton, saja la klik. Ingat nak tengok 1 episod je dulu. Kalau tak best nak skip tengok yang lain. Eh, best plak sebab cam kisah superhero. Pastu ada kuasa. Saya memang suka tengok yang versi camni.

Friday, January 7, 2022

Review Drama : Witch at Court


 

Jom check drama terakhir saya tonton di tahun 2021. Witch at Court. Kisah peguam selesaikan kes jenayah di samping hal keluarga.


Sinopsis

Ma Yi Deum bekerja sebagai pendakwaraya selama 7 tahun yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menang di Makhamah. Dia juga gemar menyelesaikan kes-kes berprofil tinggi yang mendapat perhatian media. Di sebabkan satu kes, dia dipindahkan ke unit Keganasan wanita dan Kanak-kanak di bawah Min Ji Sook. Di unit tersebut dia perlu bekerjasama dengan Yeo Jin Wook, seorang jenior dalam dunia guaman. jin Wook juga adalah jirannya merangkap tuan rumahnya. Selepas beberapa kali mereka bekerjasama, Ma Yi Deum mula selesa dengan Jin Wook.Dalam masa yang sama Ma Yi Deum berusaha mencari ibunya yang tiba-tiba hilang semasa dia kecil. Semasa menyelesaikan kes dia terjumpa beberapa petunjuk kepada ibunya. Tetapi ia tidak semudah itu bila ia melibatkan orang atasan.


Berjayakan Ma Yi Deum berjumpa ibunya? Siapakah dalang di sebalik semua yang berlaku?


Tuesday, October 12, 2021

Review Drama : Kill Me Heal Me

 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Drama ni saya tonton sebab heronya Ji Sung. Then ada juga recommendation. Di Netflix tak de, ade kat Viu je. So, sementara masih valid lagi akaun Premium, saya teruskan cari drama yang berbaloi nak tonton di Viu. Pendapat saya, drama ni unik. Ji Sung perlu berlakon 7 watak kerana dirinya ada 7 personaliti.


Sinopsis

Kisah lelaki yg menghidap penyakit DID (multiple personality disorder). dia ada 7 personality yg boleh berubah ikut emosi. Kalau marah, jadi watak panas baran. Kalau seronok, jadi remaja perempuan. Boleh jadi budak2, pakcik2, and macam2 lagi. Dan perempuan ni pulak jadi mangsa ketujuh2 personalities ni. so macam mana dia deal dgn perangai sorang2? Semasa di Korea dan nak berkerja untuk syarikat keluarganya, dia perlukan doktor peribadi yang merangkap setiausahnya supaya boleh merawat penyakit dan dalam masa yang sama tak de sesiapa tahu berkenaan penyakitnya. Rupanya banyak rahsia antara mereka berdua


So macam mana lelaki ni boleh menghidap penyakit DID ni? Macam mana setiap watak tu boleh wujud? Dan macam mana pulak dia jadi normal balik?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...