Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Friday, May 26, 2023

Photoshoot Raya 2023 - Krypictures

 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tahun ke 10 kami shoot di studio dan phootographer yang sama. Nampak je post untuk booking slot, awal saya deposit dan book date. Date biasanya kami ambil yang pertengahan. Kali ni tak de pakej cuma deco je ada 2. Harga tahun ni RM150 20 minit shoot. Deposit RM50 untuk lock date.



Kami pilih deco A. Time minta slot malam selepas Tarawikh, 10 malam. Kami sampai awal. Rest jap dalam kereta. 9.45 malam terus naik atas. Ada customer tengah shoot. Kami tunggu jap kat luar. Cukup time masuk dan terus shoot. Kejap je shoot kali ni. Anas dan Auni pun dah pandai dengar arahan. Mudah je la shot. Cukup time, borak-borak jap dengan mereka suami isteri. Pastu bayar baki dan balik. Ada lagi 1 couple tengah tunggu nak shoot jugak.




Esok tengah hari Kak Yati bagi link gambar. Cepat-cepat download kat hone dan laptop. Tak nak sejarah 2019 berulang kembali. Disebabkan kami jadi pelanggan ye ke 10 tahu berturut-turut guna servis Krypictures, Kak Yati hadiahkan kami 1 frame. Saiz dia tak inform. Dia minta bagi nombor gambar pilihan untuk dia hadiahkan. Alhamdulillah.




Sunday, May 7, 2023

Photoshoot Raya 2023 - MM Studio


Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Tahun 2023, kami masih meneruskan tradisi photoshoot Raya sejak dari 2014 lagi. Cuma kali ni Alhamdulillah ada rezeki lebih, tambah lagi satu studio. Yang lama masih setia dan saja add on lagi 1. 

Yang baru ni tak pernah try dan kenal pun photographer nya. Nampak iklan lalu lalang di Ig. Whatsapp tanya harga, lokasi dan tema. Berkenan lak dengan 1 tema tu. Tanya husband, dia ok je. Terus book slot lepas dapat date yang nak. 

Kami ambil shoot malam hari Sabtu, time lepas Tarawikh. 30 minit jugak jarak dari rumah ke studionya. Studio kat Kulim. Saya tak familiar jalannya. Ikut Google Maps je. Pakaian siap-siap dari rumah. Kasut je bawa dan pakai di studio. 


Sampai parking dan terus naik tingkat 1. Muda lagi photographer nya. Semua pun tengah tunggu kami. Ada 3 tema dan saya dan pilih siap nak yang klasik. Sampai je betulkan sampin Anas, tudung Auni dan terus shoot. Sebelum siap, photographer ada tanya nak request tak shot apa². Saya request nak shot basikal dengan anak².  Dalam 30 minit selesai semua.

Masuk kereta, singgah makan dengan baju raya sedondon kami. Siap makan, balik rumah. Eaok tengah hari photographer hantar goggle drive gambar. Cepat dan pantas. Semua gambar di beri dan semua gambar dah edit. Dengan RM99 saya puas hati dengan hasilnya.

Friday, May 20, 2022

Raya Photoshoot 2022



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Acara wajib kami sekeluarga Photoshoot Raya di studio setiap kali Ramadhan.

Nampak je iklan keluar di WhatsApp status terus book. Untuk early bird dapat diskaun RM30

Kami ambil pakej 2 dengan Harga RM150. Leh guna dua-dua deco A dan B. 

Lepas nampak iklan terus book slot dengan bayaran deposit RM50.

Pilih Hari Sabtu 9 malam. Nasib la kami antara yang terawal pilih date. Sebab OP cakap mostly customer nak weekend.

Lepas berbuka, siap-siap solat terus pergi studio. Kereta banyak, lewat sikit sampai.

Malam tu hanya kami je yang buat photoshoot. So tak la rushing. Tak de la restless tengok family lain dok tunggu.

Baju the boys beli online. 

Baju girls dari Tesco je. Brand Mikayla.

Mikayla RM129.90

First time Raya photoshoot the boys guna kurta

Backdrop ada 2 deco. Dua² pun cantik.

Kasut husband recycle je yang lama.

Auni je kasut baru. Kasut KikiLala clearance sale. Rm39 kot.

Kasut Anas beli awal tahun ritu. Beli kat Longwan je.


Mikayla kids rm99.90

Thursday, June 13, 2019

Photoshoot Raya 2019


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dari 2014 tak.pernah miss photoshoot raya dengan Krypictures Studio.
Dari Anas kecik sampai Auni pun dah besar.
Cuma kali ni saya belajar di Kelantan, tak dapat nak shoot awal².
Biasanya saya ambil date shoot awal, tak berebut dengan orang.
Saya balik Penang cuma sekali je masa Ramadhan, tu pun 2 hari je ada, memang tak sempat.


Dengan nak hunting Baju Raya sefamili, nak spend buka puasa dengan family sendiri, mentua. Rasa cam sotong dah 😁
Saya ambil tarikh shoot 31/5/2019, Jumaat, 9.30 malam.
Ingat nak ambil Sabtu, dan la cari mana yang tak dak lagi sebab saya sampai Penang pun Subuh 31/5/19 tu. Tapi penuh lak slot. Dah penghujung Ramadhan kan.
Minta husband je belikan kasut, songkok Anas.


Saya lak setelkan mana yang belum lengkap untuk saya di sini.
Masa saya book masih dalam promo, diskaun RM20. Dari RM100, bayar RM80 je.
Lepas Isyak baru kami bertolak ke studio. Kami pakai baju raya tahun lepas sebab tahun ni warna biru, sama dengan backdrop.
Hujan lebat, bawa adik saya untuk jadi pompom girl macam selalu.
Anas dengan Auni dah kena psiko beberapa hari awal dengan janji-janji manis supaya mereka senyum depan kamera.
Alhamdulillah semuanya menjadi. Ada 2 style boleh shoot, whitestudio dan Raya backdrop.
Selesai 30 minit shot, terus balik. Gambar dapat malam raya dalam Google Drive.
Gambar semua cun dan terbaik.


Thursday, June 14, 2018

Photoshoot Raya 2018

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Salam Syawal untuk semua. Dah sampai akhir Ramadhan.
Tahun ni tahun ke5 saya guna kan khidmat Krypictures Studio untuk Photoshoot Raya. Saya berpuas hati dengan servis dan hasil kerja mereka. Selain dari lokasi berdekatan dan kedua-dua jurugambar dah lama kenal.
Tahun ni lewat sikit buat. Minggu akhir Ramadhan baru berkesempatan shoot. Itu pun 3 kali tunda tarikh. Mulanya sebab bertindih dengan tarikh iftar kat Olive Tree Hotel, then date kedua Anas Auni demam. Date ketiga baru proceed. Tu pun Auni masih badan panas dan flu.

Waktu shoot 9.30 malam, lewat 1 jam dari kebiasaan. Siap² pakai baju raya dari rumah. Bawa adik saya sebagai pompom girl 😆
11.30 malam baru selesai shoot. Gambar berempat tak banyak yang perfect. Pelbagai masalah, antaranya Auni tantrum, Anas kadang ok kadang tak dan pantulan cahaya pada cermin mata saya. Puas hati juga sebab banyak gambar dapat. Lebih dari 130++. Props pun banyak yang di gunakan. Habis shoot bagi pendrive dan terus transfer gambar. Auni terlena sementara tunggu transfer gambar.


Bayaran kali ni RM90. Kalan berminta nak buat cam saya dan berada sekitar utara boleh la jenguk IG dan FB mereka untuk set temujanji. Lepas raya pun masih boleh buat shoot seawal raya keempat. Selamat Hari Raya, hati² semasa memandu.

Thursday, June 22, 2017

Whiteroom Photoshoot Raya 2017



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tahun ni tahun keempat kami sekeluarga buat photoshoot ni. Lokasi dan photographer masih orang yang sama. Set dengan OP date dan time. Saya set hari cuti dan waktu malam. Selalu pun buat malam. Dah berbuka rasa bertenaga, Anas dan Auni pun waktu aktif masa tu. Senang nak handle. Tapi saya bawa adik saya untuk bagi mudah shoot. Petang tu OP pesan bawa pendrive. Nanti terus copy paste gambar then gambar yang dah edit dia akan email. Beberapa hari sebelum shoot saya survey la posing dengan props. OP sediakan props, tapi saja la nak bagi nampak kelainan. Saya bawa glider dan hamper kuih raya.



Shoot selama 30 minit. Alhamdulillah Anas dan Auni bagi kerjasama. Ada la lari sana sinj tapi biasa la budak-budak. 10 lebih gak baru kami gerak balik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...