Friday, May 26, 2023

Photoshoot Raya 2023 - Krypictures

 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tahun ke 10 kami shoot di studio dan phootographer yang sama. Nampak je post untuk booking slot, awal saya deposit dan book date. Date biasanya kami ambil yang pertengahan. Kali ni tak de pakej cuma deco je ada 2. Harga tahun ni RM150 20 minit shoot. Deposit RM50 untuk lock date.



Kami pilih deco A. Time minta slot malam selepas Tarawikh, 10 malam. Kami sampai awal. Rest jap dalam kereta. 9.45 malam terus naik atas. Ada customer tengah shoot. Kami tunggu jap kat luar. Cukup time masuk dan terus shoot. Kejap je shoot kali ni. Anas dan Auni pun dah pandai dengar arahan. Mudah je la shot. Cukup time, borak-borak jap dengan mereka suami isteri. Pastu bayar baki dan balik. Ada lagi 1 couple tengah tunggu nak shoot jugak.




Esok tengah hari Kak Yati bagi link gambar. Cepat-cepat download kat hone dan laptop. Tak nak sejarah 2019 berulang kembali. Disebabkan kami jadi pelanggan ye ke 10 tahu berturut-turut guna servis Krypictures, Kak Yati hadiahkan kami 1 frame. Saiz dia tak inform. Dia minta bagi nombor gambar pilihan untuk dia hadiahkan. Alhamdulillah.




No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...