Showing posts with label sains fiksyen. Show all posts
Showing posts with label sains fiksyen. Show all posts

Monday, March 21, 2022

Review Drama : Mystic Pop-Up Bar

Drama ke3 saya tonton tahun ni.
Habis Manifest, rasa nak tengok cerita Korea lak. Cari genre fantasy di Netflix. Pilih drama ni. Biasa je. Tak la best sangat dan tak la bosan mana pun. Boleh tengok tapi tak ras anak ulang tengok.

Sinopsis 

Wol Ju anak pawang yang bercinta dengan Putera Mahkota. Sebab tak sama taraf, ibunya dibunuh dan dibakar. Wol Ju lak gantung diri di pokok suci. Roh pokok suci masuk dalam anak yang dikandungnya. Di alam kematian baru dia tau dia pregnant dn dihukum untuk selesaikan dendam 100000 manusia untuk selamatkan roh anak dia. Dalam tempoh 500 tahun dia cuba selesaikan tugasnya. Masa 10 kes terakhir tu ada macam-macam adengan terjadi. Dia minta bantuan Kang Bae untuk cepatkan tugasannya sebab Kang Bae manusia yang boleh buat manusia lain ceritakan masalah mereka bila disentuh. 

Sesuai untuk tontonan dewasa. Banyak benda mengarut.


Monday, July 26, 2021

Review Drama Korea : Sisyphus : The Myth

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera... 

Drama 16 episod. Suggestion dari Netflix bila pilih genre Sci Fi. Satu lagi drama Korea bertema time travel, lakonan Park Shin Hye, Cho Seung Woo dan Sung Dong Il. 


Sinopsis 


Han Tae-Sool (Cho Seung Woo), adalah jurutera genius dan pengasas Syarikat Quantum and Time, dia mempunyai rupa yang elok dan banyak menghasilkan produk yang inovatif. Berkat usahanya, Quantum dan Time telah menjadi syarikat bertaraf dunia. Dia dikenali sebagai pekerja contoh dan hero di Korea, tetapi kenyataannya sedikit berbeza, setelah kematian abangnya 10 tahun yang lalu, dia telah menunjukkan tingkah laku yang pelik. Suatu hari, Han Tae-Sool mengetahui kebenaran di sebalik kematian abangnya. Penjelajahan masa yang berbahaya pun bermula. 

Kang Seo-Hae (Park Shin Hye) adalah pahlawan elit. Dia datang dari masa depan, tahun 2032 ke tahun 2020 bertujuan untuk menghentikan peperangan. Suatu hari, setelah menempuh perjalanan yang panjang dan berbahaya, dia muncul di hadapan Han Tae-Sool untuk menyelamatkannya.


Setiap episod rasa mendebarkan, tak sabar nak tahu apa jadi seterusnya dan bagaimana endingnya. Tetapi endingnya tak la semudah yang disangka. Endingnya tak seperti kebanyakan drama yang ditonton. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...