SinopsisDrama misteri tentang Dong Joo, seorang lelaki muda yang bersemangat tetapi banyak mempunyai hutang. Dia melanggar Gang San dan menjadi penjaganya bila Gang San hilang ingatan tetapi dia mempunyai keupayaan istimewa untuk mendengar hati orang lain.Yook Dong Joo ialah seorang penulis yang bercita-cita tinggi untuk menjadi pengarang terlaris suatu hari nanti. Perkenalannya dengan Gang San telah merngubah kehidupan Dong Joo. Manuskrip yang dijumpai dalam beg Gang San telah menjadikan Dong Joo terkenal dan merungkai miseri yang berlaku 27 tahun lalu.
Monday, May 27, 2024
Review Drama : Miraculous Brother
Monday, November 13, 2023
Review Drama : Revenant
Monday, September 4, 2023
Review Drama : Mask Girl
Friday, June 2, 2023
Review Series / Drama : Sweet Tooth
Monday, May 29, 2023
Review Drama / series : Unlock My Boss
Monday, February 27, 2023
Review Drama : Missing The Other Side
SinopsisKim Wook terjatuh dari gaung selepas melarikan diri dari semasa diculik. Selepas sedar dia boleh tengok roh² si mati di perkampungan Duon iaitu penempatan untuk roh² yang belum ditemui jasadnya. Di situ dia bertemu dengan ibunya selepas 27 tahun. Dia juga membantu Encik Jang mencari jasad² roh yang ada di kampung itu.
Saya suka jalan cerita drama ni walaupun kalau kita fikirkan cam tak logik. Tapi yang tak logik tu la menarik.
Thursday, February 16, 2023
Review Filem : Falling For Christmas
SinopsisFilm ini mengisahkan tentang Sierra, pewaris hotel yang telah bertunang. Dia mengalami kecederaan semasa bermain ski. Dia hilang ingatan berkenaan namanya, alamat rumah dan segalanya. Semasa di Hospital, Jake yang menjumpai Sierra jatuh menawarkan diri untuk membawanya pulang ke rumah tumpangan miliknya. Di situ Sierra membantu Jake dan keluarganya menguruskan rumah tumpangan tersebut sehinggalah ayahnya melaporkan kehilangan dirinya kepada polis.
Friday, January 13, 2023
Review Drama : One Dollar Lawyer
Sinopsis - KreditSeorang peguam daif yang mempunyai kadar bayaran sebanyak 1,000 won sahaja dan adalah yang terbaik, melawan peguam kaya dan mahal. Meskipun hanya meminta bayaran sebanyak 1000 won sahaja, namun Cheon Ji-hun sentiasa melakukan terbaik untuk memastikan anak guamnya menang setiap kali perbicaraan. Bahkan kehebatan lelaki itu dapat dilihat apabila dia berjaya membuktikan Myung-ho bukanlah seorang pencuri seperti yang dituduh dan meyakinkan hakim dan juri bahawa anak guamnya tidak bersalah. Tidak mahu lagi mempunyai sebarang hubungan dengan Ji-hun, Baek Ma-ri (Kim Ji-eun) bagaimanapun terpaksa mengalah apabila datuknya menghantar dia ke firma guaman Baek dan terpaksa menghadap lelaki tersebut selama 2 bulan lamanya sebagai tempoh percubaan.Bakal mewakili kes baru, seperti Ma-ri dan Ji-hun terpaksa mengenepikan ‘permusuhan’ mereka bagi memastikan keadilan buat anak guam mereka.
Monday, December 5, 2022
Review Filem : The School for Good and Evil
SinopsisDahulu kala, Rhian dan Rafal sepasang kembar mengasaskan Sekolah Kebaikan dan Kejahatan, yang dicipta untuk melatih wira dongeng dipanggil Evers dan penjahat dipanggil "Nevers masing-masing. Rafal menyerang Rhian menggunakan sihir darah kerana tidak berpuas hati dengan sistem sekolah mereka. Untuk mempertahankan dirinya, Rhian melempar Rafal dari tebing.Bertahun-tahun kemudian, di Gavaldon, Sophie dan Agatha belajar tentang sekolah legenda daripada pemilik kedai buku. Sophie yang obses dengan kisah dongeng meninggalkan sepucuk surat untuk Sekolah tersebut di sebatang pokok, dengan harapan dapat melarikan diri dari kehidupan kampung biasa dan menjadi seorang puteri. Beberapa malam kemudian, Sophie cuba melarikan diri dari Gavaldon secara rahsia. Apabila Agatha mengetahui dan cuba untuk campur tangan, seekor gergasi menyambar kedua-duanya dan membawa mereka ke Sekolah.Namun, yang mengecewakan mereka, Agatha digugurkan di Sekolah untuk Kebaikan manakala Sophie dihantar ke Sekolah untuk Kejahatan. Agatha membantah, ingin kembali ke Gavaldon, manakala Sophie mahu berpindah ke Sekolah untuk Kebaikan. Pada majlis mengalu-alukan, Agatha dan Sophie bertemu Tedros, putera paling popular iaitu anak Raja Arthur. Di perpustakaan, Rafal menjelma kepada Agatha, memberi amaran kepadanya supaya menjauhi Sophie. Agatha bertemu semula dengan Sophie dan mereka mencari Guru Sekolah Rhian dan pen Storian yang ajaib. Rhian memberitahu Sophie bahawa dia hanya akan membenarkan dia bertukar sekolah jika dia boleh membuktikan dirinya seorang yang setia dengan mendapatkan ciuman cinta sejati. Sophie menjadikan Tedros sebagai cinta sejatinya dan meminta bantuan Agatha.
Thursday, November 24, 2022
Review Drama : Little Women
SinopsisKisah 3 beradik yang terlibat dengan 1 keluarga kenamaan di Korea.Yang sulung In Hoo, pekerja company kewangan yang kena pulau. Dia kawan dengan Hwa Young kat pejabat.In Kyung, wartawan yang out spoken dan ada masalah ketagihan alkohol hingga di gantung kerja.Yang bongsu In Hye, pandai melukis. Keluar dari rumah kerana dia menyusahkan kakak-kakaknya.Hwa Young ditemui mati oleh In Hoo dan bermula la masalah kehidupan mereka ber3.
Thursday, November 17, 2022
Review Drama : Echoes
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Drama ni 7 episod je. Ada plot twist, kena banyak berfikir. Awal-awal confuse nak paham which one Gina dan Leni. Ending tergantung. Mungkin ada season 2.
Sinopsis
Kisah 2 beradik kembar bernama Leni dan Gina. Gina di LA, Leni di Echoes. Suatu hari Gina dapat call dari John, husband Leni yang Gina hilang. Gina balik Echoes untuk mencari Leni. Masa mencari tu dia dapat petunjuk dari Gina yang Gina perlu bertukar jadi Leni.
Saturday, June 11, 2022
Review Drama : What If
Episod 1Kisah tentang Captain America tapi versi Perempuan yang namanya Captain carter.
Episod 2Kisah tentang Black Panther tapi cam gabung dengan Guardian of The Galaxy
Episod 3Kisah tentang Avengers. Iron Man, Black Widow, Hawkeye, Hulk mati dalam episod ni.
Episod 4Kisah tentang Dr Strange
Episod 5Kisah Avengers dan Zombie.
Episod 6Kisah tentang Iron Man, pastu ada selit kisah black Panther dan kerajaan Wakanda. Balck Panther dibunuh oleh cousin dia sendiri, Killmonger
Episod 7Kisah Thor datang bumi dan jadikan bumi tunggang langgang.
Episod 8Ultron yang dicipta oleh Iron Man berevolusi dan bunuh semua orang. Dah hbais manusia kat bumi dia bunuh, dia p cari planet lain lak sampai dia jumpa Watcher. Watcher pun dia nak bunuh. Tu yang Watcher terpaksa minta bantuan Dr Strange.
Episod 9Last episod. Watcher minta bantuan Dr strange then diorang tubuhkan kumpulan untuk lawan Ultron. Kumpulan ni terdiri dari Capten Carter dari Episod 1. Black Panther dari episod 2. Thor dari episod . Killmonger sepupu Black Panther dari episod 6. Gamora dari episod mana ntah. Black Widow dari episod 8.
Saturday, May 14, 2022
Review Drama: Move to Heaven
SinopsisHan Geu Ru bekerja dengan ayahnya, menguruskan barang-barang si mati, Selepas ayahnya mati, muncul pak ciknya yang dia langsung tak pernah tau kewujudannya. Pak ciknya di amanahkan untuk menjaga dan bekerja selama 3 bulan dengannya sebelum memiliki sebahagian harta peninggalan ibu Han Geu Ru. Seorang lawyer ditugaskan untuk menilai prestasi pak ciknya samaada layak atau tidak dia menjadi penjaga Geu Ru.Geu Ru actually ada penyakit, Aspager. Daya ingatannya sangat memukau.
Monday, April 4, 2022
Review filem : The Christmas Chronicles 2
SinopsisKate dan Jack (saudara tirinya) sedang bercuti dengan ibu bapa mereka di pantai. Dalam perjalanan pulan ke hotel, kenderaan yang mereka naiki memasuki lingkaran waktu. Mereka jatuh ke Kutub Utara, dimana Santa dan isterinya tengah sibuk membuat persiapan Krismas. Santa membawa Kate dan Jack mengelilingi kawasannya. Rupanya kedatangan mereka berdua ke Kutub Utara telah dirancang oleh Belsnikel. Dia merancang untuk mencuri bintang di pokok Santa Claus dan ingin membuatkan semua orang melupakan Krismas. Santa meminta bantuan Elf untuk menghentikan rancangan jahat Belsnikel. Dapatkah Kate dan Jack menghalang Belsnikel?
Thursday, March 31, 2022
Review filem : The Christmas Chronicles
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya kalau boring, memang suka cari filem yang boleh buat saya tersenyum. Dari kecil saya suka filem yang fantasi dan magik. Jom tengok ulasan saya tentang filem ini.
Sinopsis
Selepas kematian ayah mereka, Teddy tidak lagi mempercayai Krismas. Dia berhenti menulis surat kepada Santa Claus. Tetapi tidak kepada adiknya Kate. Kate percaya pada keajaiban hari Krismas. Satu malam, Kate ajak abangnya Teddy merakam video semasa Santa datang memberikan hadiah kepada kanak-kanak. Tanpa sengaja, mereka berdua terjatuh kedalam kereta rusa Santa. Santa yang terkejut dengan kehadiran mereka, kemudian hilang kawalan dan kereta rusa tersebut jatuh, rosak dan Rusanya lari. Aktiviri mengagihkan hadiah pada Malam Krismas akan gagal jika kenderaan Santa ridak dibaiki. Kerana rasa bersalah, 2 beradik membantu Santa.
Best. Lepas tonton ni terus saya cari yang nombor 2.
Monday, March 21, 2022
Review Drama : Mystic Pop-Up Bar
SinopsisWol Ju anak pawang yang bercinta dengan Putera Mahkota. Sebab tak sama taraf, ibunya dibunuh dan dibakar. Wol Ju lak gantung diri di pokok suci. Roh pokok suci masuk dalam anak yang dikandungnya. Di alam kematian baru dia tau dia pregnant dn dihukum untuk selesaikan dendam 100000 manusia untuk selamatkan roh anak dia. Dalam tempoh 500 tahun dia cuba selesaikan tugasnya. Masa 10 kes terakhir tu ada macam-macam adengan terjadi. Dia minta bantuan Kang Bae untuk cepatkan tugasannya sebab Kang Bae manusia yang boleh buat manusia lain ceritakan masalah mereka bila disentuh.
Thursday, February 24, 2022
Review Drama : Manifest
SinopsisKisah mengenai sebuah pesawat yang berlepas Dari Jamaica pada tarikh 7 April 2013. Apabila mendarat Di New York semua penumpang kena menghadap polis untuk disoal siasat. Bila mereka tanya apa masalah, pihak polis memaklumkan yang kapal terbang mereka dah 5 tahun hilang. Sebab tarikh yg mereka mendarat Tu adalah 4 November 2018.Selepas mendarat, setiap penumpang ada kebolehan. Cal, kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun boleh melukis masa depan. Ayahnya Ben Stone dan makciknya Michaela lak ada instinct dan vision. Apabila mereka follow vision, mereka dapat selesaikan kes jenayah dan selamatkan nyawa orang lain. Dalam masa yang sama, kerajaan juga sedang memerhatikan mereka. Ada pihak menganggap mereka berbahaya, dan ada yang mengatakan mereka keajaiban.
Friday, January 7, 2022
Review Drama : Witch at Court
Jom check drama terakhir saya tonton di tahun 2021. Witch at Court. Kisah peguam selesaikan kes jenayah di samping hal keluarga.
Sinopsis
Ma Yi Deum bekerja sebagai pendakwaraya selama 7 tahun yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menang di Makhamah. Dia juga gemar menyelesaikan kes-kes berprofil tinggi yang mendapat perhatian media. Di sebabkan satu kes, dia dipindahkan ke unit Keganasan wanita dan Kanak-kanak di bawah Min Ji Sook. Di unit tersebut dia perlu bekerjasama dengan Yeo Jin Wook, seorang jenior dalam dunia guaman. jin Wook juga adalah jirannya merangkap tuan rumahnya. Selepas beberapa kali mereka bekerjasama, Ma Yi Deum mula selesa dengan Jin Wook.Dalam masa yang sama Ma Yi Deum berusaha mencari ibunya yang tiba-tiba hilang semasa dia kecil. Semasa menyelesaikan kes dia terjumpa beberapa petunjuk kepada ibunya. Tetapi ia tidak semudah itu bila ia melibatkan orang atasan.
Berjayakan Ma Yi Deum berjumpa ibunya? Siapakah dalang di sebalik semua yang berlaku?
Thursday, December 2, 2021
Review Drama : Flower Of Evil
SinopsisDo Hae Syung hidup dengan identiti Baek Hee Sung selama 15 tahun dan mengahwini detektif bernama Cha Ji Won. Kisah silam dia adalah anak pembunuh bersiri yang kisah pembunuhannya tamat selepas ayahnya ditemui mati tapi mangsa terakhir belum ditemui mayatnya. Apabila terjadi pembunuhan, kes dibuka semula. Semasa menjalankan siasatan CJW perasan ciri-ciri DHS seperti ciri-ciri suaminya. Dia semakin curiga kepada suami hingga dia minta untuk berpisah. Kemudian kakak DHS muncul dan mengaku dia adalah pembunuh ketua kampung. Setelah identiti DHS terbongkar, dia menafikan jenayah itu dan menjadi pemberi maklumat kepada polis. Tetapi bukti-bukti menunjukkan DHS adalah pembunuh. Benarkah DHS tidak melakukannya?
Monday, September 13, 2021
Review Filem : Afterlife of the party
SinopsisCassie dan Lisa Bff dari kecil dan sekarang dah bekerja dan tinggal serumah. Mereka amat meminati penyanyi Koop! Cassie seorang Party Planner dan Lisa adalah trainee Paleontologist dan bekerja di museum of natural history.Pada suatu malam Cassie ajak Lisa keluar party sempena minggu Birthday-nya walaupun Lisa berat hati tetapi tetap join. Lisa kecil hati apabila Cassie nak party dengan kawan2 yang fake. Mereka bergaduh, dan Lisa pulang sendirian. Selepas pulang lewat dari Party dalam keadaan mabuk, Kemudian apabila bangun dari tidur esoknya dia terhantuk kepala di mangkuk tandas dan mati.Cassie kemudian bangun di dalam bilik dan bertemu dengan Val, guardian angel nya. Cassie dapat tahu dia dah meninggal setahun lalu dan dia tidak berada di syurga atau neraka. Cassie berada di antara di mana dia mendapat peluang kedua untuk membetulkan keadaan dengan orang2 yang terpilih semasa hidupnya iaitu Lisa, Ibunya Sofia dan bapanya Howard. Dia perlu menyelesaikan semua unfinished businessnya dalam masa 5 hari sebelum tarikh hari-jadinya tiba. Setiap nama dalam senarai akan hilang apabila Cassie telah mendapat closure.





