Showing posts with label zuraidah othman. Show all posts
Showing posts with label zuraidah othman. Show all posts

Monday, August 27, 2012

Review novel : Kemilau Mentari



Novel ni menghimpun 3 novel dari Zuraidah Othman. So far ok la.. Tak boring membaca. Tiga-tiga cerita just ok. Cover masih dalam edisi 'tak menarik' bagi saya.

Kasih Seimbas Pandang

Fikah dipaksa kahwin dengan lelaki tua oleh ayahnya di sebabkan masalah hutang ayahnya. Fikah melarikan diri dari rumah dan di selamatkan oleh Aziq yang memang sukakan Fikah. Aziq menjadikan Fikah sebagai orang gaji di rumah ibunya supaya ibunya dapat mengenali Fikah dengan lebih mendalam. Aziq pula akan di jodohkan dengan Amalina oleh mak cik nya namun Aziq enggan tetapi hasutan serta fitnah dari mak cik nya membuatkan ibu Aziq nekad untuk menjodohkan mereka berdua. Di tambah pula dengan pengakuan Amalina yang tengah mengandungkan anak Aziq membuatkan Fikah yang semakin menyukai Aziq kembali semula kepada  ibu bapanya dan nekad menerima orang tua itu sebagai suami. Bagaimanakan kesudahan kisah cinta Aziq dan Fikah? Berjayakah mereka di satukan? Atau mereka di satukan bersama jodoh pilihan keluarga masing-masing?

Jangan Ada Benci

Amera dan Ameza adik beradik tiri. Amera kakak yang cemburukan Ameza tetapi Ameza tetap sabar kerana mengingatkan pesan arwah ibunya dan menghargai jasa dan layanan baik ayah tirinya kepadanya. Sehinggalah mereka meningkat dewasa perangai Amera masih belum berubah dan dia menyalahkan Ameza yang menyebabkan RAshid meninggalkannya sehari sebelum hari pertunangan mereka. Ameza yang tau akan perangai sebenar Rashid cuba untuk menyelamatkan kakak tirinya dari menjadi mangsa Rashid. Akibat dendam Amera membuat rancangan supaya Ameza sengsara dan di malukan.
Amera bercinta dengan Raziman yang berniat untuk mebalas jasa ayah Amera yang banyak membantu keluarganya dan Amera melarikan diri pada hari pernikahannya. Akibat tidak mahu keluarga menanggung malu, Ameza bersetuju untuk menjadi penggantin perempuan menggantikan kakaknya. Namun hubungan mereka tidak seperti suami isteri yang lain. Ameza masih setia pada kekasihnya Amer manakala Raziman masih menunggu kepulangan Amera. Dan mereka berjanji apabila masing-masing dapat melupakan pasangan mereka Ameza akan memakai baju merah dan Raziman akan menyanyi lagi hindi. Bagaimanakah perkembangan hubungan mereka? Adakah mereka bercerai dan kembali kepada pasangan masing-masing? Adakah Amera insaf dan kembali ke pangkuan keluarga?

Kaulah Segalanya

Fatin baru berpindah ke sekolah baru atas permintaan abangnya, Farez namun seringkali menjadi mangsa hukuman Zahir walaupun atas kesalahan yang kecil. Rupanya Zahir ingin membalas dendam kepada Fatin atas kesalahan abangnya yang menyebabkan kakaknya mengandung luar nikah. Zahir kemudiannya cuba memikat Fatin dan ingin merosakkanya seperti yang Farez lakukan. Berjayakan Zahir memperkosa Fatin? 

Maaf, novel terakhir agak pendek sinopsis yang saya taip. Jari saya sudah lenguh T_T

Tuesday, August 14, 2012

Review novel : keINDAHan cinta IMAN

Salam..
Pertama kali pegang novel ni terdetik di hati ''kenapa cover novel ni tak menarik?'' Memang tak terasa nak beli sebab covernya. Tapi novel ni masuk dalam ''recommended list'' dan penulis nya antara favourite saya. Maka saya beli dengan harapan ''dont judge a book by its cover'' ^_^ Dan ternyata saya tidak silap. Walau cover nya saya bagi rate 0.2 bintang tapi isi dalamnya 4 bintang. Kisah kahwin paksa, hero heroin tak kenal dan kemudian jatuh cinta lepas kahwin sangat cliche dan bersepah di pasaran. Dan kelainannya terdapat anak segera yang heroin kena jaga. Ada kelainan di situ dan pemberontakan si Along serta kerenahnya berjaya memberi variasi karya ini.

Sinopsis

Indah di paksa kahwin dengan Iman oleh abang-abangnya dan kakak iparnya terutamanya Nadiah kerana inginkan ganjaran butik yang di tawarkan oleh kakak Iman jika mereka berjaya di kahwinkan. Indah yang rasa dipermainkan oleh saudara maranya nekad untuk melarikan diri semasa majlis merisik itu, tambahan pula dengan kenyataan dari sahabatnya bahawa bakal suaminya adalah duda anak 4.  Dengan kata dua dari abang sulungnya, Indah terpaksa menerima lamaran Iman. Sebelum bernikah mereka telah bertemu dan tanggapan Indah terhadapa Iman berubah 100%. Iman yang memang sudah lama jatuh cinta pada Indah dan menganggap Indah sanggup berkahwin dengannya kerana ganjaran butik.

Setelah bernikah, Indah terus meninggalkan rumah keluarganya dan tinggal bersama Iman dan 4 orang 'anaknya'. Di sini Indah harus mengambil hati keempat mereka. Cuma Along yang menjadi masalah padanya. Tambahan pula Along menyimpan perasaan pada Iman. Berbagai helah Along gunakan untuk menyakiti hati Indah dan memisahkan Iman dan Indah sehinggalah satu kejadian berlaku menyebabkan dia insaf dan nekad untuk merubah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...