Showing posts with label review novel. Show all posts
Showing posts with label review novel. Show all posts

Monday, June 24, 2024

Review Novel: Bunga di taman larangan


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Novel ini di beli semasa PBAKL 2023. Akibat lambakan novel, bulan 6 2024 baru sempat baca. 


Sinopsis

Ijad, anak yatim piatu yang tinggal bersama ibu saudara dan sepupunya. Hari ibu, ayah dan adik beradik nya kemalangan adalah hari yang sama dia dirogol. Sejak itu dia berdendam dengan lelaki. Dia menerima tawaran dari seorang Datin untuk bekerja sebagai PA kepada anak tirinya. Bukan itu sahaja, dia perlu memikat bos nya hingga berkahwin. Di Kuala Lumpur, dia mengubah identiti dirinya supaya sesuai dengan pekerjaannya sebagai PA. Dalam masa yang sama, dia memikat teman lelaki sepupunya. Berjayakah dia memikat bosnya hingga berkahwin? 

Monday, May 20, 2024

Review Novel : Log Cabin



 Assalamualaikum dan salam Sejahtera,

Novel Prolog Media yang dibeli masa PBAKL 2023. Kisah yang unik dan tak cliche

Sinopsis

Zara, seorang penulis novel yang baru saja kehilangan suami dan anak tersayang membawa diri ke log cabin untuk mencari ketenangan dan menyiapkan manuskrip yang tertangguh.

Namun tanpa disangka dia telah terperangkap dalam plot cerita yang sedang dikarang. Lain yang dirancang, lain pula yang berlaku.

Watak-watak utama dalam novel yang sedang dikarang tiba-tiba 'hidup' lalu mengancam emosi dan perasaannya.

“Saya ke sini untuk menyiapkan manuskrip saya. Tapi lain pula yang terjadi. Laptop saya kehabisan bateri. Nak cas tak boleh sebab tak ada elektrik di sini. Nak keluar tak boleh sebab jip rosak. Akhirnya saya tercampak ke dunia novel yang saya ciptakan sendiri.” ~ Zara

Ketenangan yang dicari di log cabin menambahkan sengsara yang sedia ada. Namun sebaik sahaja dia berjaya meninggalkan log cabin, satu demi satu rahsia terbongkar.

Thursday, July 22, 2021

Review novel : Kebaya Biru Samping Ungu

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Karya penulis wajib. Tak perlu baca sinopsis memang akan terus beli masa pre order. Kali ni novel keluar bersama 2 lagi temannya. Lagi 2 belum baca. Ada 2 kisah dalam ni. Kisah 2 beradik, kisah yang berlainan tapi ada persamaan. Mencari redha Ilahi, Hidayah Allah. 


Sinopsis

Samping Ungu

Iliani yang menjadi pemandu ehailing selepas company nya potong 10% dari gaji. Hari pertama dia melakukan tugas part time, pelanggan ketiganya adalah Idriz. Lelaki dingin, garang yang kurang upaya. Ili memandunya ke pusat Fisio. Tiada wang kecil menyebabkan Ili memberikan nombor telefonnya supaya wang di dtransfer ke akaun. Selepas itu sekali lagi Idriz menjadi pelanggannya. Kebetulan atau jodoh? Idris masih dingin, garang tetapi Ili masih bersabar. Hinggalah satu kejadian berlaku menyebabkan Idriz berubah perwatakan. 


Kebaya Biru

Yusuf, menguph cleaner setiap hujung minggu untuk mengemas rumahnya. 1 hari cleaner tetapnya tidak boleh datang dan meminta kawan baiknya mengganti. Yusuf jatuh cinta pertama kali melihat Felicia, gadis kacukan melayu Filipina. Tetapi hajatnya ingin mendekatkan diri dengan Feli dilayan sepi. Feli ada niat lain ke Malaysia bukannya hendak mencari cinta. Aptah lagi ibunya melarang keras dia berkahwin dengan orang Malaysia. 


Ringkas je dua-dua kisah ni. Sesuai la bacaan santai. Saya suka teladan yang diberi. Apa pun terjadi, kita perlu balik kepada Allah. 


Wednesday, June 23, 2021

Review novel : Kekasih Khayalan - Acik Lana

 


Novel ke 9 yang saya baca di tahun 2021 tak termasuk ebook. Koleksi wajib sebab saya suka karya penulis ni walaupun hero heroinnya sentiasa perfect. Cantik, kacak, baik dah tentu. 


Sinopsis 


Luth dan Noah, kembar seiras. Luth meninggal kerana leukemia. Sejak Luth jatuh sakit, Noah kehilangan perhatian ibunya. Arissa, anak yatim piatu, berpindah ke 'rumah putih' di Cameron Highlands iaitu rumah lama Luth dan Noah. Sejak berpindah masuk ke situ, Arissa asyik berjumpa Luth sehinggalah mereka menjadi sahabat. Luth muncul di hadapan Arissa untuk menyelesaikan urusan yang belum selesai sebelum kematiannya. Dapatkah Arissa membantu Luth?


Novel ni agak mahal. RM40 sebuah dan agak tebal. Nak pegang masa membaca agak susah. Mahal mungkin sebab tebal dan karya penulis dikenali. Rak rugi membeli sebab karyanya lain dari yang lain. Ada mistik dan cinta. Kalau tak open minded mungkin susah nak terima. 


Wednesday, November 27, 2019

Review novel : Aku Cantik?


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya nak reviewnovel yang dah dibaca. Novel beli tahun lepas rasanya masa sale 12.12 kot. Masa beli ni klik je novel yang belum baca. Sudahnya masa nak baca terkial-kial nak habiskan. Novel ni sesuai untuk remaja. Pembacaan saya banyak lompat2. Saya baca pada dialog je. Monolog hati saya langkau. 3 minggu juga nak habiskan bacaan.

Rima anak bongsu pada sebuah keluarga angkat. Kehidupan zaman kecilnya agak kasar sehinggalah meningkat dewasa. Zaman remaja dia diminati beberapa orang lelaki hinggalah dewasa hinggakan bermusuh dengan kak ngah kerana dipinang oleh lelaki yang dicintai oleh Kakaknya. Hidupnya kucar kacir bila ibunya meminta dia berpindah akibat sengketa dengan kak ngah. Lebih malang bila ibu kandungnya muncul dan kehadiran Jazlee yang menfitnahnya. 

Saya boleh bagi 2/5 rate untuk novel ni.

Wednesday, November 22, 2017

Review Novel : Red Velvet





Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Novel ini saya capai dari rak walaupun belum sampainturn nak baca sebab drama red velvet dah nak mula siaran. Tapi dekat nak minggu terakhir batu saya habiskan membaca. Banyak betul beza drama dan novel. Tapi jalan cerita masih sama. Ada beberapa babak di tokok tambah dan di ubah. Mungkin nak sesuaikan dengan pelakon kot. Watak Alif Aziz sesuai sebagai Izzat tapi Helena mungkin orang lain lebih sesuai banding dengan Neelofa. Mungkin Aida Jebat 😌

Sinopsis
Izzat dibayangi trauma zaman kecil bila ayahnya meninggalkan ibunya sebab bercinta dengan kerani nya. Sejak itu dia membenci wanita perampas. Izzat mengusahakan kedai kek dengan bantuan Aida, Kuza dan Zu. Red Velvet buatannyamenjadi best seller.
Helena, anak tunggal kepada Datuk Fauzan, menteri dalam kerajaam dan di kenali ramai. Helena bercinta dengan Fareeq yang menjadi ketuanya. Fareeq telah berkahwin dengan Suhaila selama 4 tahun tetapi dia menyatakan pada Helena yang dia tidak cintakan Suhaila. Hubungan mereka ditentang oleh semua hingga mereka nekad ingin berkahwin di Thailand. Pada hari mereka merancang ke Thailang, Fareeq mendapat khabar yang isterinya hamil. Helena mendengar berita itu dan nekad lari dan ingin membunuh diri. Nyawanya di selamatkan oleh Izzat.
Izzat membawa Helena ke rumahnya untuk tumpang bermalam dan disambut mesra oleh ibu dan adiknya, Zati. Izzat membenci Helena dan mengarahkan keluar dari rumah. Helena membantu ibu Izzat menjual nasi lemak. Bakeri Izzat kekurangan staf dan Helena diminta membantu di bakeri. Di situ hubungan mereka menjadi baik. Fareeq berjaya menjejaki Helena dan nekad ingin berkahwin dan menceraikan isterinya.
Selepas Izzat dan Helena menjadi kekasih, muncul Suhaila dan Izzat membenci Helena. Datuk Fauzan pula mengheret Helena pulang dan dihantar ke Jepun. Bagaimana kesudahan hububgan mereka?


Versi novel lebih teratur jalan ceritanya, manakala drama nampak kucar kacir. Babak melompat sana sini. Sebab saya dah habiskan novel, saya paham keseluruhan cerita. Ini novel pertama hasil karya Acik Lana yang saya baca. Not Bad.

Monday, November 24, 2014

REview Novel : Terus Cintai Aku


Novel yang saya beli dari group preloved. Beli sebab penulisnya, novel ni masih dijual di kedai buku tapi nasib baik saya tak beli yang baru. Rugi kot. Cerita meleret-leret. Baru seminggu saya habiskan bacaan, dan sekarang saya dah tak ingat jalan ceritanya.

Sinopsis
Zalis yang berpegang pada janji zaman kanak-kanaknya yabg Khilfie akan bernikah dengannya dan dia terus bersendirian. Hubungan mereka terputus bila ibu bapa Khilfie meninggal dan dia di jaga oleh ibu saudaranya dan berpindah. Apabila mereka bertemu semula, Khilfie akan melangsungkan majlis bertunang dan Zalis kecewa. Ini menyebabkan Zalis mengelak dari bertemu dengan Khilfie tetapi sebaliknya dengan Khilfie yang teruja bertemu semula dengan teman kecilnya. Semuanya berubah bila rahsia tentang janji zaman kecil mereka di ketahui Zalis. Bagaimanakah kesudahan kisah cinta mereka?

Monday, March 3, 2014

Review Novel : Dekatnya Cinta

Novel ini datang dalam 2 versi. Hardcover dan soft cover. Saya pilih yang soft cover je sebab yang penting isi nya kan bukan kulit :) Novel Aisya Sofea biasanya tidak pernah mengecewakan. Tambahan pula kali ni kisah sambungan Adam Hawa. Saya memang dah baca novel Adam Hawa dan menonton versi drama bersiri di Astro. Mesti nak tahu apa yang jadi pada mereka. Selepas membaca saya rasa teruja untuk mengetahui penamatnya.

Sinopsis

Ain Hawani menyambung pelajarannya dengan keizinan suaminya Adam Mukhriz dengan syarat tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu. Malangnya Ain tidak dapat mengatur hidupnya sebagai pensyarah, isteri, ibu dan juga pelajar sehingga urusan rumahtangga tergugat. Tambahan pula, setiausaha Adam di pejabat sentiasa menjaga makan minum Adam dan Arissa ketika Ain ke kelas. Ain terus leka dengan dunia kuliahnya. Ke kelas gantian, projek, thesis, perbincangan kumpulan dan menyebabkan mereka kerap bertengkar. Hinggalah Adam melafazkan cerai berikutan salah paham apabila ternampak pensyarahnya 'memberi' bunga kepada Ain. Bermulalah kehidupan mereka selepas penceraian dengan Arissa sebagai penghubung.

Rating saya bagi 4.5/5. Memang berbaloi menyimpan dan membaca. Peminat novel tegar harus membacanya, tambahan pula penulisnya memang dah ada 'nama'.

Monday, January 27, 2014

Review Novel : Bukan Hanya Ada Kita

Saya nak bagi 5 bintang untuk novel ni. Sungguh dah lama saya tak rasa membaca novel 'susah nak letak'. Even di rumah nak buat kerja cepat-cepat sebab nak habiskan pembacaan, nak tau ending. Penulis memang berani buat novel kisah isteri kedua, pertama kali saya membaca kisah sebegini setelah lama di sogok dengan kisah cinta, kahwin paksa, kahwin kontrak, budak hingusan dan lain-lain. Walau kisah poligami, saya tak rasa menyampah baca kisah watak utama yang merupakan isteri kedua malah bersimpati. Hakikatnya wujudkah Medina?

Sinopsis

Medina yang bencikan poligami kerana ibunya telah di madukan dan dia berasa tersisih dari ayahnya dan sejak itu dia membenci ibu tirinya. Tapi dia sendiri jatuh cinta dan berkahwin dengan suami orang. Selama 3 tahun dia dan suaminya menyimpan rahsia namun segalanya mula terbongkar sedikit demi sedikit. Pabila madunya menjadi pelanggannya, kemudian berkenalan di rumah terbuka, menjadi tetamu madunya dan meminjamkan telinga untuk mendengar syak wasangka madunya terhadap suami mereka berdua. Kehidupan mereka suami isteri yang bahagia mula bertukar apabila madunya mengetahui kebenaran. 

Seriously, jalan cerita novel ni sangat menarik. Penulisnya pandai olah mengikut peredaran masa dan teknologi sekarang. Rasa sangat dekat bila membaca.

Monday, January 20, 2014

Review novel : Anthem

Saya memang meminati karya Hlovate. Jatuh cinta buat pertama kalinya dengan kisah 5 tahun 5 bulan dan saya memiliki semua karya nya. Pertama kali tau yang Hlovate ada karya baru memang excited. Terus ke website JS dan order. Tapi bila dah habiskan pembacaan, saya kecewa. Entah la, mungkin sebab dah jadi mak budak ni jiwa dah tak seperti dulu. Banyak perkataan yang saya tak paham maksudnya, dulu-dulu boleh la nak buka kamus, google cari tapi sekaranh tak dah. Den takde masa. Memang banyak tak paham main skip je ke next paragraph. Anthem banyak berkisar kepada muzik.

Saya rasa Hlovate punya jalan cerita sama sahaja setiap novelnya. seorang yang jauh tersasar dari landasan Islam dan kembali semula. Cuma wataknya sahaja berubah-ubah dan semestinya wujud Aberdeen, muzik dan lain-lain. Tapi adik saya kata best. Yang bagusnya, kisahnya mendekatkan kita kepada Islam.

Sinopsis

Dash, gadis yang di besarkan di luar negara dan dihantar pulang ke Malaysia untuk meneruskan persekolahannya. Di Malaysia kenal dengan Lee, The Hitler seniornya yang sama-sama join muzik, pancaragam segala bagai. Then masa cuti, dia join satu kem dan ini menyedarkannya tentang Islam, amalannya, keluarganya. Habis SPM fly ke Aberdeen, continue study kat sana sebab belum ready nak dedahkan tentang dirinya yang dah berubah, berhijab pada familynya dan nak dekat dengan Lee. Ya, dia dah jatuh cinta dengan Lee. Di sana, mereka bercinta kemudian clash atas permintaan Lee.

Kesudahannya, of course happy ending. They married and live happily ever after

Thursday, November 14, 2013

Review novel - Cinta Pencuri Mimpi



Novel ni order direct dari writer dan bukan sahaja terima novel tetapi juga hadiah sebelah tu. Thanks so much Kak Lynn. Nvel Kak Lynn tak payah baca sinopsis belakang atau tunggu orang lain review atau rekemen sebab novelnya tidak pernah akan mengecewakan. CPM penuh rasa. Ada gelak tawa di awal, sedih di penghujung dan kembali ceria di akhirnya. Ada beberapa typo tapi masih tak mencacatkan jalan ceritanya.

Sinopsis

Airis, usahawan muda, mempunyai beberapa restoran yang di usahakan bersama abang iparnya, Muaz hasil tinggalan gerai makan ibunya. Tinggal bersama keluarga kakanya, Ros setelah kematian ibu bapa mereka. Terserempak dengan Zahier dalam beberapa insiden dan Zahier jatuh cinta pandang pertama pada gadis bertudung itu. Zahier, peguam yang hidup mewah, bergaul bebas dengan wanita tetapi masih dengan prinsipnya tidak menyentuh arak dan meniduri wanita. Prinsipnya itu telah menyebabkan wanita yang bersamanya berdendam dan tidak berpuas hati. Tetapi, teman rapat Zahier telah memasukkan pil didalam minumannya menyebabkan dia melanggar prinsipnya itu. Ayahnya pula telah menarik segala kemewahannya dan dia membawa diri ke Johor untuk mencari kerja. Airis mencari Zahier untuk meminta khidmatnya sebagai peguam bagi menyelesaikan masalah perebutan restorannya. Fuad dan Khalid ingin mengahwini Airis tetapi Airis tidak cintakan mereka. Bagi menyelesaikan masalahnya dia berkahwin dengan Zaheir. Namun pelbagai masalah timbul selepas mereka berkahwin. Dapatkah hubungan mereka bertahan selepas masalah yang mereka hadapi?

Saranan saya, beli lah novel ini. Setiap wang yang anda laburkan memang berbaloi (^__~)

Tuesday, May 21, 2013

Review novel : Dedalu di Hati

Salam

Novel ketiga yang di baca semasa cuti bersalin. Lambat sikit nak habiskan. Buku ni tebal, best, jalan cerita menarik. Saya bagi 4 bintang.

Sinopsis

Aliya kematian ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya dan di besarkan di rumah anak yatim. Menerima wang belanja dari 'daddy' tetapi dia tidak pernah berjumpa dengan 'daddy', hanya YM menjadi medium komunikasi mereka. Adam Hazril, pensyarah ganti di universiti yang selalu mengambil berat akan dirinya dan Aliya menjalankan praktikal di syarikat milik Adam. Haikal, junior Aliya yang telah lama jatuh cinta pada Aliya tapi Aliya hanya menganggapnya sebagai adik. Semasa bekerja di syarikat Adam, Aliya berkenalan dengan Irina, kakak Haikal dan kekasih Adam Hazril seperti yang teman pejabat beritahunya dan Aliya tidak mahu menjadi orang ketiga antara Irina dan Adam Hazril. Pertemuan Aliya dengan Doktor Badrul, ayah kepada Irina dan Haikal mengingatkannya kepada kenangan lama. Adakah Doktor Badrul 'daddy' yang ingin sangat Aliya bertemu?

Banyak lagi part dalam novel ni tapi saya skip. Tak dan nak menaip. Pasal dalang dalam syarikat banyak gak. Nak tahu lebih lanjut beli la ye. Owh, mungkin tak jumpa novel ni di pasaran, saya pun beli direct dari penulis. Mungkin syarikat terbitan ada jual online?

Sunday, March 3, 2013

Review Novel - Ruang Rindu

Assalamualaikum.
Novel ini dibeli bukan atas sarana sesiapa tapi saya beli kerana penulisnya. 2 hasil penulisan beliau saya pernah baca dan tidak mengecewakan. Jumpa karyanya yang lain terus rembat tanpa fikir panjang. Mungkin ini antara karya awal penulis jadi banyak kekurangan di sana sini. Bagi saya ok je, asalkan ceritanya logik dalam penceritaannya lain dari yang lain.

Sinopsis

Camelia gadis tomboy di paksa bertunang dengan Halil atas tipu daya keluarganya. Untuk menjaga maruah keluarganya, dia meneruskan pertunangan itu. Tambahan pula Halil anak kepada gurunya semasa sekolah dahulu. Halil, anak emak yang menurut perintah untuk ibunya mencarikan bakal isterinya tetapi dia sebenarnya playboy. Camelia dan Halil tidak pernah sebulu. Namun dalam tidak sedar, Halil senang dengan sifat Camelia walaupun pakaiannya tidak seperti perempuan lain. Hinggalah rahsia Halil yang kaki perempuan di ketahui Camelia dan terus pertunangan mereka diputuskan. Dalam masa yang sama Camelia berjumpa dengan bekas teman lelakinya, Tuan Amir. Mereka berpisah kerana ibu Amir yang tidak menyukai perwatakan Camelia satu ketika dahulu. Adakah ibu Amir menerima Camelia sekarang? Adakah Camelia akan berubah? Adakah jodoh Camelia dan Halil kuat?

Novel ni berjaya habis baca sebelum deliver. Sempat la coret di sini. Harapnya lepas deliver sempat lagi curi masa membaca novel dan review di sini. InsyaAllah

Tuesday, February 5, 2013

Review Novel - Benci! Benci! Benci!

Salam..
Saya beli novel ni atas recommend dari forum. Firstly cover novel ni sangat tak menarik. Maaf, Alaf 21 perlu perbaiki. Rasanya banyak dah cover novel Laf21 yang buruk-buruk. Kalau ikutkan penulisnya agak popular tetapi saya tak rasa saya pernah membaca hasil karya beliau. Di awal pembacaan, ya quite nice story nya. Bila heroin dah kahwin saya jadi letih membaca. Mereka suami isteri asyik dengan konflik yang tak sudah-sudah. Sampai saya terfikir, bila diorang nak berdamai ni. Di pertengahan macam kelam kabut pun ada. Tak synchronize. Saya mampu bagi 2.7/5 bintang sahaja.

Sinopsis

Qisha dipinang Zarif sebanyak 3 kali tetapi dia menolak atas alasannya tersendiri dan dia juga telak mempunyai pilihan sendiri, Akim yang belajar di luar negara. Tetapi sudah jodoh mereka, Qisha menerima lamaran Zarif setelah mereka mulai rapat. Di hari perkahwinan mereka, Zarif mula berasa curiga pada isterinya apabila mengetahui yang isterinya berjumpa dengan Akim. Bermula dari saat itu, Zarif melayan Qisha umpama pelacur, orang gaji. Apatah lagi mereka tinggal di luar negara kerana Zarif perlu menamatkan pelajarannya. Berbagai dugaan yang harus mereka lalui dalam rumah tangga mereka. Tambahan pula dengan kehadiran Akim yang masih menaruh dendam pada Zarif. Sehinggalah Qisha hilang sabar apabila kandungannya keguguran dan membawa diri ke pangkuan keluarganya dan saat itu Zarif mulai sedar namun sudah terlewat. Apakah keksudahan hubungan mereka? Dapatkah di selamtkan?

Monday, February 4, 2013

Review Novel : Cinta Untuk Disewa

Kak Lynn hadiahkan bear comel & sinopsis novel akan datang.
Salam..
Bila tahu kak Lynn bakal terbit buku baru, memang teruja dan tak sabar nak membaca. Bila Kak Lynn buka je pre order memang cepat-cepat bank in untuk dapatkan CUD. Bila sampai je rumah, terus potong turn novel-novel lain yang di beli terlebih dahulu dari CUD. Hasilnya saya tidur jam 4 pagi di hari bekerja sebab nak habiskan pembacaan. Memang cukup rencah rasa novel ni. Saya sukakan persahabatan mereka. Saya geram dengan Iskandar yang hati kering, tak sedar langsung hati dan perasaan Anis. Kemunculan Kamal juga buat saya rasa nak tampar dia laju-laju kalau ada depan saya. Dan tau in love dengan Anis dan Anis balas balik boleh plak suruh Anis jauhkan diri. Haiyaa.. Otak letak mana? Kat semua yang jadi tu takdir, kehendak Allah. Bila Anis nak kahwin pandai plak merayu nak Anis. Ashraf, mulanya saya tak rasa dia ada faktor X yang melayakkan dia jadi teman hidup Anis tapi sikapnya bila Anis dalam kesusahan dan gentleman dia buat saya cair. Hahahha.. Over tul review saya kali ni. Ape pun saya rasa nak bagi bulan bintang cakerawala sepenuhnya untuk CUD. Memang tak rugi membeli dan buat koleksi. Ni simple review dari saya. Tak mau cerita banyak nanti potong stim orang yang belum baca.

Sinopsis

Anis Sofia, bekerja sebagai penterjemah dari rumahnya dan part time menjadi doktor cinta, memberi nasihat dan membantu menyelesaikan masalah orang lain. Anis, Jenny, Iskandar, Hafiz dan Amran bersahabat baik sejak 10 tahun dahulu (tak ingat berapa lama tapi lama la). Anis sudah lama jatuh hati pada Iskandar yang menukar teman wanita ibarat menukar pakaian hari-hari namun Iskandar tidak menyedarinya sehinggalah Iskandar menemui Mrs Right nya dan menukar status. Anis terus kecewa memendam rasa. Kemudian dia menerima tugasan dari teman sekerja Jenny, Mariam untuk menyiasat Kamal, bakal tunangnya yang juga penyiasat persendirian. Namun mereka berdua telah jatuh cinta. Malangnya Kamal telah menutup hatinya pada komitmen atas kejadian masa lalu. Hadirnya Ashraf yang perlukan bantuan Anis dan telah jatuh cinta pada Anis tapi Anis masih setia pada Kamal. Siapakah yang menjadi teman hidup Anis? Kamal atau Ashraf?

Novel Kak Lynn memang tak lari dari unsur romantik, komedi yang buatkan kita tersenyum dan ketawa tiba-tiba. Juga sedih yang buatkan air mata mengalir dan unsur suspen yang menjadikan kita tertanya-tanya. Cukup rencah bagi saya. Walaupun banyak watak dalam CUD, saya tak pening dan dapat kait setiap watak. Mungkin saya fokus semasa membaca dan Kak Lynn semestinya pandai mengolah jalan cerita. Apa pun saya sukakan persahabatan mereka berlima. Lastly, dapatkan CUD di pasaran.

Tuesday, January 29, 2013

Review Novel : Setelah Hati Dimiliki

Salam..
Saya beli novel ni kerana penulisnya, kalau saya tak pernah membaca hasil karya beliau, memang saya tak capai di rak kedai sebabnya cover novel ni sangat tak menarik. Saya tak tahu kenapa lately cover novel-novel alaf21 makin buruk T_T Nasib baik la hasilnya tak mengecewakan walaupun story line di awal pembacaan agak cliche iaitu ''kahwin paksa'' tetapi endingnya tak seperti kebanyakan story kahwin paksa lain.

Sinopsis

Auni terpaksa berkahwin dengan Fikri tunangan adiknya, Amni yang telah mengandungkan anak lelaki lain. Untuk menjaga maruah keluarga Auni rela mengambil tempat Amni tambahan pula dia adalah menantu pilihan ibu Fikri yang mengugut untuk menyaman keluarga mereka sekiranya perkahwinan mereka tidak dijalankan. Perkahwinan mereka yang pada mulanya hanya sekadar di atas kertas kemudian mula membuahkan bibit cinta sehinggalah rahsia Auni terbongkar ketika malam pertama mereka. Auni kemudiannya menceritakan kisah lampaunya yang menjadi rahsia. Dia pernah berkahwin di luar negara semasa melanjutkan pelajaran dahulu. Malangnya suaminya meninggal di Malaysia. Fikri yang marah melayan Auni seperti pelacur, orang gaji dan cemburu butanya menyebabkan mereka bercerai. Auni membawa hati ke rumah umi dan Adam, keluarga arwah suami pertamanya. Adam telah lama jatuh cinta pada Auni tetapi Auni hanya menganggap Adam sebagai adik. Ketika Adam melamar Auni buat kesekian kalinya dan Auni di kejar oleh Fikri yang gila talak dan kemudian Hadi, abang sepupunya juga melamarnya. Siapakah pilihan Auni?

Cerita ni best bagi saya walaupun agak kompleks pada mulanya. Tetapi kalau fokus masa membaca memang akan faham keseluruhan ceritaanya :)

Tuesday, January 22, 2013

Review Novel - Miss Pisau Cukur

Salam..
Berjaya habiskan pembacaan novel ni semasa bermalam di wad. Buku ni saya beli tanpa membaca review atau recommend dari mana-mana. Masa tu pergi pesta buku, memang tak de senarai novel di tangan, main sambar je. Lagi pun penulisnya ada nama gak. Apa yang saya dapat lepas selesai membaca? Erm.. Bahasa santai. Bukan skema katak. Memang masuk dengan jiwa saya. Lepas tu ceritanya agak kucar kacir. Banyak adengan nak di muatkan. Ending macam ''eh camtu je?'' Mira memang tak hingat langsung ke? Apa jadi dengan mak Ku Afnan tu? Tak insaf ke? Mati ke? Kesimpulannya boleh la nak baca buat isi masa lapang. Macam saya yang kebosanan dalam wad.

Sinopsis

Amera, anak angkat yang di pelihara oleh Tan Sri Ku Ali dan membesar bersama 3 orang laki anaknya. Dia juga merupakan anak kepada bekas teman wanita Ku Ali dan ini menyebabkan dia di benci oleh isteri Ku Ali dan telah menanam kebencian itu juga kepada anak kembarnya, Ku Afnan dan adiknya tetapi Amera telah jatuh cinta pada Ku Afnan sehingga rela menerima cacian dari Ku Afnan. Amera terbunuh angkara perbuatan Ku Afnan dan kemudian muncul gadis mata duitan bernama Nurul yang telah membuatkan Ku Afnan jatuh cinta. Nurul menerima Ku Afnan walaupun dia telah jatuh hati pada Jeff kerana kemewahan hidup yang di tawarkan oleh Ku Afnan. Namun cinta telah merubah segalanya.

Macam tak lengkap je sinopsis. Hehe.. Penat menaip. Tak berapa ingat sama. Sebab dekat 2 minggu dah habis membaca. Jika berminat nak tahu kesudahannya boleh la dapatkan di pasaran [*_*]

Monday, December 31, 2012

Review novel : Lamaran buat Syifa



Salam dan salam sejahtera.
Novel ni dah berminggu habis baca tapi baru ada masa nak update review di sini. Saya beli novel ni bukan kerana recommend dari sesiapa atau forum, laman web memana tapi rasanya saya beli masa pergi bookfair sebab baca blurb belakang novel dan cover dia cantik. Penulisnya dari Singapore. Banyak la words yang saya tak familiar  dan tak paham. Lepas tu agak childish sikit story nya. Mungkin sebab heroin masih kebudakan.

Sinopsis

Syifa, 18 tahun telah jatuh hati pada Sufyan dan kerap skodeng lelaki itu di facebook tetapi wasiat kakaknya telah merubah kehidupannya apabila dia harus menjaga 2 orang anak kakaknya. Kemudia hadir Syairy melamar Syifa. Syairy adalah sepupu Syifa yang memang telah lama jatuh hati padanya dan menggunakan alasan untuk meringankan beban Syifa menjaga anak buahnya. Syifa menerima lamaran itu dengan syarat hubungan mereka hanya di ketahui oleh ahli keluarga mereka dan bukan temannya di pusat pengajian. Sufyan mula mendekatkan diri dengan Syifa tetapi Syifa hanya melayannya sebagai teman biasa kerana masih tahu tanggungjawabnya sebagai isteri walaupun dia belum jatuh cinta pada Syairy.

Ok, saya malas nak taip dah. Banyak benda jadi dalam novel ni. Konflik mereka suami isteri. Syifa bawa diri ke Malaysia. Syifa hampir di rogol dan banyak lagi. Dapatkan di pasaran.

Thursday, November 8, 2012

Review Novel - Venom suria


Salam dan hai..

Terus terang saya tah tahu nak bermula dari mana untuk review novel ni. Sangat complicated, banyak watak terlibat hinggakan saya juga kadang-kadang pening semasa membaca. Ceritanya melibatkan banyak zaman. Novel genre sebegini memang baru bagi saya yang selama ini terdedah pada novel cinta. Saya bukan lah seorang yang berani hinggakan sampai satu tahap saya rasa nak tutup saja buku ni dan berhenti menamatkan pembacaan tetapi hati kecil saya ingin sangat tahu apa kesudahannya. Penulis memang bijak mengatur setiap watak yang masing0masing ada kisah mereka tersendiri. Plot-plot disusun dengan baik dari segi mimpi dan penceritaan semula. Cuma kadang-kadang saya terfikir, benar wujud ke benda itu dan ini. Semuanya kuasa Allah.

Sinopsis

Suria, wartawan yang mengejar cerita jenayah sehingga dia terlibat pada kes pembunuhan Masyitah menyebabkan dia bekerjasama dengan Inspektor Izwan walaupun pada awalnya Izwan melarang dia masuk campur tugas polis. Berikutan dari itu satu demi satu bukti membawa mereka untuk mencari pembunuh itu sehinggalah Suria mengetahui kewujudan Mahira yang mahukan tubuhnya untuk mengekalkan roh dan jasadnya. Suria adalah waris Mahira.

Dan wujudnya satu kumpulan yang ingin membunuh Suria supaya Mahira dapat dihapuskan. Pembongkaran kumpulan tersebut menyatukan kumpulan ini dengan kumpulan lain bagi menghapuskan Mahira dan lebih banyak rahsia besar terbongkar.

Novel ni adalah novel kedua hasil nukilan penulis ini. Yang pertama Sayangku Casper yang memang terbaik dan berbeza 360 darjah genre dari yang ini.

Monday, November 5, 2012

Review novel - Tertulis Buat Kita



Salam dan Hai..
Berjam-jam mencari mood untuk menaip entry kali ni. Novel terbaru kak Dhiya, TBK ni selamat saya khatam dalam masa 48 jam. Lambat juga. Ngeee.. Karya kak Dhiya seperti biasa tak pernah mengecewakan. Kalau boleh nak tebal-tebal, so tak de la cepat sangat habis baca. Hehehe.. Novel ni sambungan kisah Jauh Kau Pergi (JKP) yang saya dah review di SINI. Bezanya JKP Afi jadi watak utama manakala dalam TBK kembarnya jadi watak utama. Memang wujud kisah tambahan watak-watak JKP dalam TBK. Terubat rindu pada Afi dan Rif.

Seperti JKP, TBK juga kisah pasal komando tapi tak de la detail sangat macam JKP. Lebih kepada perjalanan watak utamanya.

Sinopsis

Jimmy bercuti ke Langkawi dan dalam masa yang sama menjalankan tugas. Di Langkawi dia menginap di Homestay kepunyaan Auni dan dia telah jatuh cinta pada Auni yang bencikan tentera. Auni diburu oleh Hadi dan di selamatkan oleh Jimmy walaupun Auni terror gak berlawan. Namun dah jodoh mereka di ijabkabulkan selepas 2 minggu kenal. Kemudian Auni di kejutkan dengan berita tentang kematian Jeffri dan siapa pembunuhnya yang menyebabkan dia bekerjasama dengan Robert. Hubungan Jimmy dan Auni menjadi bertambah buruk apabila Auni keguguran. Masing-masing membawa haluan sendiri kerana kecewa.

Apakah yang terjadi kepada perkahwinan Jimmy dan Auni? Bagaimana kesudahan kisah mereka? 

Bagi saya kak Dhiya bijak menggolah kisah ni. Walaupun ini adalah sambungan kisah terdahulu, setiap watak dan jalan cerita tidak lari.
Cuma saya tertanya- tanya tentang ini :-
  • Apa hubungan Shah dengan Jimmy and the Gang?
  • Apa yang tertulis di nota yang Eddie bagi pada Auni? Mungkin maklumat terkini pasal Jimmy
Mungkin kak Dhiya ada selit di mana-mana persoalan saya di atas tetapi saya terlepas pandang. Atau kak Dhiya akan sambung dalam novel seterusnya Kief's story may be?

Saya bagi 4.8 / 5 untuk novel ni. Memang recommended untuk di baca bagi peminat novel. Penuh dengan sedih, gembira, kelakar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...