Tuesday, April 19, 2011

mini library





Salam...
selamat pagi...

tinggalkan sekejap ceritera kahwin..
nak cerita hal library la.
kawan - kawan yang kenal saya mesti tahu yang saya ni kaki novel..
di rumah mak, memang da penuh rak tv dengan novel2 saya..
belum masuk majalah remaja yang saya kumpul dr umu 16 tahun sampai 23 tahun..

banyak majalah remaja saya telah dijual pada pemborong buku dan majalah lama..
tinggal la novel2 kesayangan saya yang saya tak rasa saya akan jual..

sebab saya ni jenis suka mengulang membaca..
cuma dah bekerja dan berkawin ni.. kuantiti bacaan makin menurun..
dulu sebuah novel boleh dihabiskan dalam masa 24jam..
sekarang 1 novel ambil masa paling cepat 5 ari..
kalau tak 2 minggu pun boleh..

dulu tiap2 minggu beli novel..
sekarang borong secara bulanan dan pukal..

senaraikan smua tajuk yang menarik dan recommended by others...
g chow rasta, tgkat atas kat penjual buku terpakai..
leh beli dengan harga lebih murah dalam kualiti seperti buku baru..

sekarang lepas tinggal bersama suami,
saya mengumpul novel disini plak..
dah cecah 10 buah novel saya sejak berkahwin ni..
mmg xde spesifik almari tuk letak novel saya..
bersepah sana sini..
lastnya saya letak di meja sudut dinding rak bawah..
saya teringin sangat nak ada mini library di rumah saya sendiri..
yang lebih teratur dan kemas...
saya sangat sayang koleksi novel saya..

semedang xde duit dan rumah sendiri lagi,
biarlah saya berangan dulu...
dan mode berangan ni di simpan dalam blog...
pasni belek2 blog leh inspired balik.. (-.-)

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...