Sunday, July 3, 2011

mari memasak

salam peeps..
masih ingat entry ini tentang saya yang tidak tahu menahu langsung memasak..
sekarang sudah 6 bulan usia perkahwinan bersamaan dengan setengah tahun.
sekali sekala saya memasak..
memandangkan saya dan suami kerja syif masa berjumpa memang terhad.
memang tinggal sebumbung tetapi saya bekerja dalam 3 syif -pg, ptg,mlm
7jam kerja bg syif pg dan ptg manakala 10 jam untuk syif malam dan setiap 2 mgu saya akan bekerja 2 malam berturut - turut.

manakala suami hanya 2 syif. siang @ malam dan sehari bekerja 12jam.
selang sebulan bertukar syif.
sebulan malam sebulan siang.
saya hanya memasak untuk suami apabila dia cuti @ syif siang.
kami akan dinner sesama. itu pun kalau tak pulang ke rumah mak sy @ in law

tanpa asas memasak saya hanya merujuk resepi dan tips2 di internet.
bukan tak mahu bertanya pada mak saya
yang sememangnya handal memasak tapi saya ingin belajar sendiri.

setakat ni saya hanya memasak yang ringkas saja.
suami pon bukan lah jenis makan semua janis makanan.
suami xmakan pedas tp sy suka pedas.
suami suka petai saya benci petai :(

suami orang banjar (betul ke eja), saya plak mamak penang pure.
memang kontra sangat kami berdua.

kebanyakan makanan yg dimasak jadi la.
cuma rasa berbeza.
bak kata saya ''rupa ada,rasa belum tentu lagi serupa"

3 ari lepas masak tomyam..
tomyam mmg plg kerap sy masak sbb favourite sy & hubby.
hubby ckp better dr awal2 dulu.
selama ni masak x nah pon snap pic
tp rini rasa nk snap lak..
sy masak daging black pepper.

ni kali kedua saya masak daging black pepper..
1st time masak komen hubby pedas sangat dan pekat.
kali ni masak sy kurangkan pepper dan lebihkan air..
resipi?  masih dicilok dr internet...

selepas siap masak. masih dalam kuali





sejenis je lauk masak selalunya..
lain2 nanti grg telur @ grg pekasam @ grg ikan bilis je nanti.
hubby tak suka makan dengan berjenis2 lauk.
yang penting ada lauk yg berkuah.
if xde berkuah dia makan ngan kicap je.
kadang2 hubby sy ni simple.
kdg2 complicated..

tak sabar menuggu komen hubby lepas makan nanti

2 comments:

  1. wahh chayouk2 kak masak.. huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Haha... Jgn gelak... Nsb baik jadi.. Masak yg terakhir tu 2hb before accident...

    ReplyDelete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...