Friday, September 9, 2011

minggu yang busy

salam..
seperti tajuk saya di atas, minggu ni sangat la busy.
kenapa busy?
3 hari berturut - turut perlu jumpa doktor.
kena bangun awal.. huhu..
dr sebelum kahwin lagi bangun awal adalah masalah saya.
dengan masalah untuk tidur malam lagi la susah nak bangun..
ok berbalik pada tajuk..

SELASA
appointment dengan doktor orthopedic (tulang) jam 9 pagi.
seawal 8 pagi dah berada disana sebab saya perlu xray kaki
yang patah sebelum jumpa doktor.
hari ni keputusan sama ada saya dah boleh berpijak atau tak menggunakan kaki yang patah ini.
untuk mengelakkan kesesakan, saya minta suami tinggalkan saya di xray department
dan dia mengambil no giliran saya di klinik ortho.
pernah kami lewat 10 minit sahaja dan perlu menunggu 2 jam untuk giliran jumpa doktor.

selesai xray kembali ke klinik..
memang pesakit ramai hari ni untuk appointment.
sebab klinik tutup smgu raya kan. haarus la ramai..
mujur saya x perlu menunggu lama. 5 orang saja.
kemudian tiba giliran saya.
malangnya. tulang yang patah tu belum sembuh sepenuhnya. separuh pon belum kot.

saya memang sedia maklum tulang peha tulang paling tebal dan kuat dlm tubuh manusia.
penyembuhannya memang mengambil masa.
fisio pun ada beritahu saya. mid shaft femur mmg ambil masa lebih dr 2 bulan tuk sembuh.
saya keluar dr bilik dr dengan kecewa.
then hubby bawa saya ke jusco.
saya yang nk pergi sebenarnya.
:)

jusco sediakan kemudahan tuk wheelchair. dr parking, lif, laluan utama.
sgt mudah nak bergerak.
sebenarnya saya nak pergi POPULAR je.
saya dah senarai kan 7 buah novel tuk dibeli.
susah benar nak bergerak dengan wheelchair dlm popular.
hubby yg setia manolak dan berhenti di rak untuk saya memilih novel..
akhirnya 3 buah je novel yg sy jumpa seperti dlm senarai.
malas nak tanya cashier..
badan2 saya pun dah lenguh..


RABU
appointment di hospital pulau pinang pakar neurosurgery.
ni pasal kecederaan kepala masa kemalangan tempoh hari.
masa keseluruhan dtg dan manunggu giliran 2 jam.
jumpa doktor 2 minit je.
x banyak pon yg doktor tu ckp.
lebih kepada bertanya pasal kaki saya.
apa yg dia cakap. dlm masa 6 bulan kecederaan di kepala saya akan sembuh sebab saiznya sangat la kecik.


KHAMIS
hari ni latihan fisio. senaman lutut saya yang masih belum boleh bengkok sepenuhnya.
owh, ramai sgt pesakit. tgu turn lama gak dr biasa.
bila turn saya, sampai 2 jam masa dihabiskan.
serius letih. mana yg dtg selepas sy ada yang dah balik dulu.
saya je dok terperap kayuh basikal, spring kaki segala.
tapi xpe la untuk kebaikan.
tapi hasilnya masuk kereta kakiku bengkak.
huhu..
kata fisio aliran darah di kaki saya masih belum ok sebab tu kalau duduk lama je skit kaki saya akan bengkak.
owh.. ok...

sekian saja contengan diari saya untuk minggu yang busy ini...

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...