Tuesday, January 10, 2012

review ombak rindu

Salam..
Saya tahu filem ni dah basi. Dah merata orang bercerita dan review tentangnya.
Tapi saya nak review jugak. ngeeee

2 minggu lepas sy download filem ombak rindu.
Tapi tersimpan je dalam laptop.
Semalam baru free nk menonton.
Macam la sebelum ni busy sangat.

Zaman sekolah dulu saya memang hafal plot-plot dalam novel ni.
Memang novel terbaik saya pernah baca la.
Then dah kerja saya beli novel ni.
Bila ada sambungan novel ombak rindu (OR) pun saya beli.
Pastu ramai la yang meminjam novel ni sampai lunyai jadinya.



Bila menonton filem ni saya rasa jalan ceritanya agak laju.
Pada yang dah baca novel mungkin paham.
Pada yg tak tahu jalan cerita asal mungkin blur.
Ye lah, novel agak tebal.
Takkan nak masukkan semua plot dalam novel kedalam filem.
Baik buat drama bersiri je.

Dah lama saya tak membaca novel OR.
Dari yang saya tonton filem dan membaca novel
Macam berbeza je sikit keduanya.
Pengarah mungkin ubah jalan cerita sesuaikan dgn filem.
Bagi saya ok je.
Pendapat dan kemusykilan saya...

  • Saya tak pasti wujud atau tak watak Mail dalam novel.
  • Rasanya Izzah tidak mengajar mengaji dalam novel.
  • Mak cik Izzah dalam novel jahat kot.
  • Adengan tukar jam tangan ada ke?
  • Dalam filem suara Maya Karin mengaji sedap ^_^
  • Kenapa kadang-kadang tudung yg Maya Karin pakai macam mak cik2 ^_^
  • Rumah mereka di Cameron Highland sgt cantik.
  • Watak Dato' Sufiah sgt menjadi.
  • Kenapa baju Harris cepat kering masa dia masuk disko cari Izzah? (disco ke). Bukan diorg basah kuyup kna hujan lebat ke?
  • Kenapa dialog dan gerakan bibir tak sama?

 cantiknya rumah ni siap gazebo lg

View cantik
Mungkin memang wujud adengan tu dalam novel tapi saya dah terlupa.
Maafkan saya.. T_T
Owh, itu sahaja komen saya. ^_^

Kredit all foto from CARI FORUM

2 comments:

  1. sy x penah baca buku Ombak Rindu ni. terus tengok movie kat Astro First. saya punya komen sama ngan Miza tang tudung Izah tu.. orang lain punya la moden bagai, tapi izah kampung giler..

    ReplyDelete
  2. iizla - paham tak jalan cerita?
    At least pakai tudung express tu kan nampak cantik. nape la pakaikan tudung zaman miza mengaji dulu ;)

    ReplyDelete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...