Macam pelik lak tajuk entry ni tapi memang dipanggil bilik pengantin kan?
Saja je buat entry pasal bilik pengantin ni sebab saya tengok di keyword nuffnang
setiap hari mesti wujud ''bilik pengantin''
Ramai rupanya yang dok google mencari bilik pengantin yang cantik-cantik.
Tapi ye la, majlis kita ni sekali je seumur hidup.
Mesti la nak yang perfect kan.
Maaf la ye, pengantin basi ni nak bercerita hal kawin. {^_^}
Tapi ada juga yang tak buat pun bilik pengantin.
Terpulangla pada individu tersebut.
Macam saya pun tak nak gak hias bilik pengantin.
Segan lak orang masuk bilik kita.
Dah la bilik sempit, panas lak tu.
Tapi atas desakan mak dan mak cik saya maka terhias la jugak bilik saya.
Kata mereka, tak kan nak hidang bilik semak-semak kat suami nanti.
Erm, betul jugak kan.
Dan sekarang pun dah ada pakej WP yang hiaskan billik kita.
Tak yah susah-susah, hulur duit je.
nak cari contoh-contoh bilik pengantin yang lawa lagi cantik dan kebabom..
Maka inilah hasilnya setelah berhempas pulas membelek.
Macam hiasan bilik saya tapi ini cantik lagi |
nampak sangat soft dan tenang |
jatuh cinta dgn bilik ini {^_^} |
sgt simple. Leh wat sendiri |
Yang ni juga cantik dan simple {^_^} |
Ape pun, berjimatlah sebab kehidupan selepas kahwin memerlukan lebih banyak wang.
Andai saudara nak sponsor, terima saja dengan hati yang terbuka.
Buatlah pilihan yang bijak.
Biarlah murah asalkan berbaloi {^_^}
No comments:
Post a Comment
Thanks :)