**maaf andai penulisan saya berkecamuk, saya bukan penulis -.-**
Salam
Rasanya baru je dua hari lepas saya menaip entry review novel,
hari ni saya menaip lagi.
Habisnya pembacaan novel Lili buat Najah, saya teruskan membaca
novel Rahsia hati Sofia.
Dalam masa 24 jam saya berjaya menghabiskan bacaan novel ni.
Memang novel ini 'susah nak letak'
Saya ingatkan novel Lili buat Najah sedih, tetapi novel ini lebih sedih.
Juga 4 bintang saya berikan.
Memang terbaik karya Nazurah.
Novel ini dah lama di pasaran. tahun 2009 di terbitkan.
Tapi tak tahu kenapa saya tak membelinya awal dahulu.
SINOPSIS
Sofia bercinta dengan Ikhmal since sekolah menengah.
Keluarga masing-masing pun merestui tapi Ikhmal panas baran dan playboy.
Suka keluar dengan banyak wanita tetapi cintanya hanya pada Sofia.
Sofia lak terus bersabar dengan perangai Ikhmal.
Ikhmal juga jenis yang cemburu, selalu berprasangka buruk dengan Sofia. Selalu mengambil kesempatan atas kebaikan Sofia.
Nizam, engineer baru bekerja di ofis Sofia juga teman baik Ikhmal.
Tetapi Sofia tak tahu yang Nizam bff Ikhmal.
Lama-kelamaan Nizam jatuh hati pada Sofia dan tak mengetahui yang Sofia teman istimewa bff nya.
Sehinggalah berlaku beberapa insiden yang menyebabkan Ikhmal hilang sabar dan terus merogol Sofia.
Sejak dari itu Sofia bencikan Ikhmal. Sofia rahsiakan perkara tersebut sebab ingin menjaga maruah keluarga.
Dia hanya ke klinik untuk mengelakkan dia pregnant.
Keesokkannya, Ikhmal datang merisik Sofia. Sofia menolak.
Sofia berubah menjadi pasif selepas kejadian hitam tu.
Kemudian Ikhmal datang lagi bersama keluarganya ke rumah Sofia
dengan mengatakan bahawa mereka terlah terlanjur.
Atas desakan dan memikirkan kesihatannya abahnya Sofia bernikah dgn Ikhmal.
Sofia dihalau dari rumah walaupun dia menceritakan hal sebenar.
Tiada yang percaya dengan ceritanya.
Sehinggalah Sofia bertengkar dengan Ikhmal dan ibu bapa Ikhmal masuk campur.
Cerita sebenar terbongkar dan keluarga dapat menerima mereka.
Sofia dan Ikhmal kembali bahagia dan tinggal bersama keluarga Ikhmal.
Nizam jiran belakang rumah Ikhmal. Ikhmal mula syak yg Nizam cintakan Sofia.
Sofia lak dah pregnant tapi banyak komplikasi.
Rumah tangga mereka diuji lagi bila Sofia menaruh syak wasangka pada
Ikhmal yang selalu pulang lewat malam dan ada perempuan mencarinya
hinggalah dia minta diceraikan.
Ikhmal berterus terang apa yang dilakukannya selama ini.
Dan diorg tak jadi bercerai. Kemudiaan Ikhmal kemalangan, lumpuh dan berubah perangai.
Sofia terpaksa bekerja untuk menyara keluarga mereka.
Tempat kerja lama Sofia offer untuk kerja balik tapi Ikhmal tak izinkan
sebab dia cemburukan Nizam yg juga bekerja di sana.
Tapi Sofia meyakinkan dia yang dia setia.
Ikhmal masih dengan cemburunya pada teman baik dan isterinya walaupun Nizam dah bertunang.
Dan Ikhmal kemalangan lagi dan dalam masa yang sama Ikhmal menjatuhkan talak pada sofia.
Mereka bercerai dan Nizam datang untuk merisik Sofia.
Tett....
Ending memang saya tak sangka.
Belilah kalau nak tau kesudahannya.
Banyak plot-plot menarik, bagaimana mereka kenal, adengan cemburu
Ikhmal saya tak mention di sini.Saya dapat rasa benda yang sama maca Ikhmal.
Bila dia kemalangan dan lumpuh. tak leh buat apa.
Hanya berkerusi roda.
Semuanya org lain kena bantu dan buatkan.
Saya pernah berada pada situasi itu.
Memang perit, rasa tak berguna, menyusahkan orang lain.
Tapi Ikhmal lebih teruk. Dia lumpuh, saya tidak.
Dia ketua keluarga kena mencari rezeki untuk anak isteri.
Dengan ini saya bersyukur sangat saya masih dipanjangkan umur.
Dikurniakan 2 kaki yang masih berfungsi (walaupun sebelah panjang sebelah pendek)
Walaupun saya hilang deria bau, saya boleh melihat, mendengar, bercakap, berfikir.
Alhamdulillah {^_^}
Review yang manis. Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya.
ReplyDeleteMuch Love,
Naz
Thanks Naz :)
ReplyDelete